Yelah, dah 3 hari masuk wad. Macam mana dia makan ubat pulak ? Melainkan...

"Saya tak makan. Saya sorok hehehe"

Aryyan menepuk dahi. Parah betul Airina Sofiya ni eish.

"Awak tunggu sini jap. Saya nak keluar"

Belum sempat Aryyan berdiri, lengannya yang berlapik aku pegang.

"Eh, nak pegi mana ? Ala jangan tinggalkan Sofiya, Yen"

Aryyan tergelak kecil sambil pegangan aku di lengannya dirungkaikan perlahan-lahan.

"Kejap je okay ? 2 minit"

"Okay, jangan lama-lama tau" Aku menguatkan sedikit suara kepada Aryyan yang sudah membuka pintu wad.

Beberapa minit kemudian ~

"Dah, sampai" ujarnya sambil duduk kembali di atas kerusi.

"Lamanya ! Kata 2 minit je"

Aku menarik muka.

"Sorry la, tadi saya pegi turun bawah sekejap beli something. Lepastu terserempak dengan Umi awak. Dia minta tolong hantarkan bekal ni dekat awak. Dia nak cepat pergi barkeri. Tak sempat nak naik jumpa awak. Ada masalah sikit katanya."

Hm , busy lagi. Sampai tak sempat jenguk aku.

Aku hanya tersenyum kelat.

"Eh pisang la !" ujarku ceria sambil memandang sesisir pisang yang baru sahaja diletakkan oleh Aryyan di atas meja.

Aryyan tersenyum sambil memberikan pisang tadi.

Baru saja nak masuk mulut Aryyan dah pegang lengan aku.

"Kejap-kejap"

Aku mengeluh lagi. Haish, nak makan pun tak senang.

"Saya belikan awak pisang bukan sebab nak bagi awak makan macamtu je" terang Aryyan.

"Dahtu ?"

Aryyan hanya tersenyum. Ubat- ubatan aku yang berada di atas meja di capai. Kemudian dia memasukkan salah satu ubat itu ke dalam pisang.

Jangan cakap..

"Okay, dah boleh makan" ujar Aryyan sambil menepuk-nepuk tangan.

"Eishh, taknak la" Pisang yang berada di tangan aku letakkan kembali ke atas pinggan kosong.

"Laaa, apa pasal pulak ?"

"Ada ubat. Saya tak nak"

Aryyan menggeleng kepala. Pisang yang diletakkan aku tadi dicapai dan diletakkan kembali pada tapak tangan aku.

"Nenek saya ajar, kalau tak reti makan ubat secara telan terus, cuba guna cara ni" terangnya dengan lembut.

"Argh argh argh sakit sakit" tangan Aryyan yang menyentuh pergelangan tangan kanan aku ketuk-ketuk supaya dilepaskan

Aryyan mulai cemas.

"Sakit ? Sakit kenapa ? Kat mana ? Macam mana boleh sakit ?" tanya Aryyan bertubi-tubi.

"Hehe , tak ada apa lah. Tipu je" tipuku sambil tersengih.

Aryyan diam. Muka singa terus keluar.

"Airina Sofiya.." panggilnya tegas. Dia ni kalau tegas, lagi garang daripada Harizz. Takut sis !

"Eish, yela yela"

Aku mulai selak sedikit lengan aku yang berlapik. Terdapat beberapa kesan cengkaman kuku.

Our Memories  [SU]Where stories live. Discover now