OM || 05 💗

244 26 4
                                    

"I love you. You annoy me more than I ever thought possible. But I want to spend every irritating minute with you". - Unknown.


🍟🍟🍟

KOTAK yang berada di bawah katil ditarik keluar dengan keluhan berat. Perlahan-lahan tangannya membuka kotak tersebut. Beberapa keping gambar polaroid diambil dengan mata yang berkaca. Empangan matanya kini dipenuhi dengan air mata. Hanya tinggal tunggu masa sahaja untuk ianya mengalir.

"Sofiya, aku rindu kau" ujar Izz sambil memegang sekeping polaroid yang terpampang gambarnya bersama seorang gadis yang dicintai, Sofiya. Air matanya yang mengalir di pipi dibiarkan.

Gambar polaroid tersebut diletakkan di atas katil. Tangannya beralih pula kepada beberapa pucuk surat yang ditulisnya. Setiap surat ditulis dengan tarikh yang sama, iaitu 23 Oktober 2003.

Ya, tarikh tersebut ialah tarikh lahir gadis itu, Sofiya.

"Sofiya, aku mintak maaf sebab aku tak dapat nak wish birthday kau dan tak mampu nak ada bersama- sama untuk raikan hari lahir kau. Yang aku mampu hanyalah tulis surat untuk kau setiap tahun dan simpan dalam kotak ni. Aku tak mampu Sofiya nak jumpa kau, aku tak mampu". ujar Izz tersedu-sedan sambil tangannya menggenggam erat sekeping surat.

Perit. Hanya itu sahaja perasaan yang dapat diungkap ketika ini. Perasaan rindunya kepada Sofiya merupakan rindu yang paling susah untuk dia sendiri ubati.

"Aryyan, dah siap kemas barang belum ? Nanti dah siap turun bawah ya kita breakfast sama-sama". ujar Puan Liza, ibu kepada Izz sambil mengetuk pintu anak terunanya itu.

Izz menarik nafas dalam-dalam sebelum membalas pertanyaan ibunya itu.

"Ha, kejap Mama. Lagi sikit je ni. Nanti Aryyan turun ya" balas Izz perlahan, mengawal getaran suaranya.

Tanpa berlengah, dedaun pintu bilik Izz dibuka oleh Puan Liza. Kemudiannya dia mengatur langkah ke arah anaknya yang sedang duduk di birai katil sambil meriba sebuah kotak itu.

"Haih Aryyan. Kenapa anak Mama ni ? Pagi-pagi lagi dah nangis" ujar Puan Liza prihatin sambil tangannya mengusap kepala anak terunanya itu dengan penuh kasih sayang.

Bukan dia tak perasan suara anak terunanya yang sorang itu baru lepas menangis semasa menyahut panggilannya tadi.

"Eh mana ada nangis Mama. Ni ha kotak ni banyak betul habuk dia Ma" balas Izz cuba untuk menutup kesedihan sambil menyapu sisa air mata yang mengalir.

"Eleh anak Mama ni. Dah menangis tak nak mengaku pula"

Izz hanya tersenyum kelat.

Puan Liza menarik Izz ke dalam pelukan sambil menepuk belakang badannya seperti budak kecil.

"Aryyan, semua yang jadi ada hikmah. Terima dengan hati terbuka. Kalau ada jodoh adalah. Jodoh kan tak kemana. Sabar ya" ujar Puan Liza.

"Ma, Aryyan dah jumpa dia". balas Izz perlahan.

"Bila ?"

"Semalam. Tapi.."

"Mama dengan Abang Ngah ni lama betul ar borak. Yaya dah lapar ni" potong Yaya yang menerjah masuk ke dalam bilik Izz dengan muka cemberut dan mulut yang dicebik.

Yaya mengatur langkah ke arah ibu dan abangnya yang duduk di birai katil setelah terperasan sesuatu.

"Abang Ngah ni monyok pulak kenapa ? Dah, mulai sekarang Abang Ngah kene ikut cakap Yaya. Mulakan hari anda dengan senyuman". sambung Yaya mendekat sambil kedua-dua jari telunjuknya diletakkan di tepi bibir Izz dan menarik senyuman.

Our Memories  [SU]Where stories live. Discover now