OM || 09 💗

203 24 7
                                    

" I am already healed when you are with me " - Neliya.



🍟🍟🍟

SEJAK dua menjak ni, Aryyan selalu melawat aku, dan hiburkan hati aku. Lagipun, aku sunyi duduk dalam wad ni seorang diri. Keluarga aku semua busy. Umi dengan Baba pun kadang-kadang malam baru datang melawat sebab pagi kan kerja.

Dia punya tahap bosan tu, sampai dah jemu hadap telefon. Televisyen yang disediakan dalam bilik ni pun aku dah jemu tengok. Jadi, kedatangan Aryyan sedikit sebanyak mengurangkan rasa kesunyian aku.

Aku hanya tersenyum memandang Aryyan yang memakai hoddie berwarna maroon dan dipadankan dengan seluar jeans serta topi berwarna hitam yang dipakai secara ke belakang sedang melangkah masuk wad aku.

Kerusi di sebelah kanan dijadikan tempat untuknya duduk.

Aih, abistu takkan la dia duduk atas katil pulak ? Ha jangan macam-macam eh.

"Awak harini macam mana ? Okay ?"

"Okay je. Tapi doktor tak nak bagi keluar lagi. Eish bosan tau tak duduk hospital ni" Aku mengeluh perlahan.

Aryyan hanya tersenyum.

"Takpelah, sabar sikit ya ? Awak belum betul-betul sihat lagi. Nanti dah sihat mesti doktor bagi awak keluar" nasihatnya lembut.

Aku hanya mengangguk lemah.

"Eh, tu ubat kat tepi tu kenapa tak makan ?" tanya Aryyan sambil menjuihkan bibir ke arah beberapa ubat yang berada di dalam bekas dan diletakkan di atas meja sebelah katil aku.

Aku hanya tersengih.

"Err, nantilah saya makan. Awal lagi bro"

"Banyak lah awak punya awal. Makan sekarang ! Jangan banyak alasan ya. Nak keluar hospital cepat tapi ubat tak nak makan" ujarnya sambil menggeleng kepala.

Aku buat muka comel.

"Ha start dah dia" ujar Aryyan kembali memicit kepala.

Asal taknak buat something, asyik buat muka comel macam kucing Puss. Mula-mula memang la Aryyan ni masuk jerat. Sekarang dah tak berkesan dah cara tu sebab asyik guna.

Semalam buat muka comel mintak ABC. Ada-ada jela kau ni Arin.

"Dah, takde takde. Amik ubat tu sekarang" sambungnya lagi.

Perlahan-lahan tangan aku mencapai bekas berisi pelbagai jenis ubatan dan dituangkan semuanya ke tangan.

Ada 3 biji semuanya. Ubat demam, selsema dan batuk.

Ubat yang berada di tangan aku tenung lama. Besar gila mak aih.

Aku dah lah tak reti makan. Selama ni pun kalau tak sihat aku just rehat je.

"Airina Sofiya, yang awak duk tenung je ubat tu kenapa ? Bila nak masuk mulutnya ?" tegur Aryyan yang sedari tadi hanya memerhatikan aku hanya merenung ubat ini.

Aku geleng kepala.

"Kenapa ni ? Tak nak makan ?" tanyanya dengan nada lembut.

Aku angguk.

"Kenapa taknak ?" sambung nya lagi.

"Tak reti la Yen"

"Aik, macam mana pulak boleh tak reti ? Awak tak pernah makan ubat ke ?"

"Pernah. Tapi, yang jenis cecair jela. Lagipun saya jarang jatuh sakit" balasku sambil tersengih kepadanya.

"Dahtu, selama awak dekat hospital ni ?"

Our Memories  [SU]Where stories live. Discover now