OM || 17 💗

78 12 12
                                    

happy reading !!!



🍊🧡

Diyanah yang berjalan terlebih dahulu di hadapan kini berhenti sambil matanya memerhatikan segenap inci kawasan di kantin ini.

"Nak duduk mana ni ? Sana ada kosong, situ pun kosong lagi"

Shiha yang berjalan beriringan dengan aku mulai menunjuk ke satu arah.

"Hm kat sana tu, okay kot. Tersorok sikit"

Fariesha mengangguk setuju.
"Ha boleh lah tu"

Kami berempat kini sudah melabuhkan punggung, manakala Fariesha dan Shiha sudah berlalu pergi membeli makanan untuk kami.

Apa susah, order je. HAHAHAH

Faridah yang duduk di sebelah mula berpaling menghadap muka aku.

"Weh Rin yang pasal budak baru tu kan, kau ada terserempak dengan dia tak ?"

"Ha ? Budak baru ?"  tanya aku bingung.

Diyanah pula turut serta mengikuti perbualan kami. "Yang mata kelabu tu ke ?"

"Ha yang tu"

"Ouh, yang tu. Kenapa dengan dia ?" balas aku tanpa perasaan sambil menongkat dagu.

"Tak ada lah, aku tanya je kau ada terserempak dengan dia ke?"

Aku kemudiannya mengeluh ."Tak ada pun, haih"

Shiha yang baru sahaja datang terus mengeluarkan telefon bimbitnya, mencari gambar budak baru bermata kelabu itu.

"Ha aku ada gambar dia, jap aku tunjuk" 

"Laju ek kau buat keje"

"Tengok orang lah" balas Shiha berlagak sambil flip tudung.

Keep halal bestie.

"Ha ni"

Telefon bimbit yang berada di tangan Shiha secara tiba tiba dirampas oleh Qursya.

"PERGH BAPAK HANDSOME SKSKSKSKSKS" 

Faridah yang dan sifat ingin tahunya pun melirik sedikit telefon bimbit itu.

"Mana mana mana nak tengok"

Dan kemudiannya, "Ala, tak hensem pun. Kai aku lagi hensem"

Aku yang berada di depannya terus mengetuk lengannya dengan pen. Geram. Dia boleh bawak masuk nama kesayangan dia yang nun jauh di Korea pula.

"Eh sebenarnya niat betul aku nak tunjuk gambar ni kat Arin, bukan korang. Ha nah"

"Hah ?"

"Hah apa kau, amik lah tengok"

"Nak buat apa?"

"Mana tahu berkenan"

Aku kemudiannya menolak telefon bimbit Shiha kepadanya kembali.

Our Memories  [SU]Where stories live. Discover now