━・❪ 14 ❫ ・━

Start from the beginning
                                    

Daniel sedikit terkejut dengan perubahan Irsyad yang ala-ala badboy itu. Tetapi tak dinafikan ianya memang nampak hot. Terteguk liur Daniel dibuatnya.

"Kau maksudkan Taehyung ke?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau maksudkan Taehyung ke?"

Irsyad terus memandang Daniel tepat.  "Kau kenal dia?"

Daniel mengangguk. "Ya, hari tu aku ada teman diaorang main sama Homi tu hah."

Dengusan kecil terbit daripada bibir Irsyad. "Kau ada sekali ke masa tu? Aku tak nampak pun."

"Ada lah, takkan aku nak biar diaorang tu berdua? Aku––kejap..." mata Daniel melirik ke arah Irsyad.

"Kau senyap-senyap ikut diaorang eh?"

Irsyad memutar bebola matanya ke atas. "Kebetulan aku lalu kat padang belakang rumah kau masa tu, aku ternampak diaorang. Siap ikut Homi berkubang dalam lumpur bagai. Kenapa kau tak halang?" Nada Irsyad berubah geram.

"Aku nak halang apa? Dah Taehyung dengan Nuha jatuh tergelincir sama-sama dalam tu, takkan aku nak ikut berendam pula? Aku baru lepas ambil wuduk, Cad. Lagipun aku perhati dari jauh. Elok je Nuha tu masih dara sampai sekarang. Aku yakin Taehyung tak berani buat apa-apa kat dia." Ujar Daniel dengan menyebelahi Taehyung.

Irsyad terdiam sejenak. Terasa pula dia bila Daniel mengaitkan isu maruah Nuha dalam hal ni. Betapa rasa menyesalnya Irsyad bila teringatkan kata-kata lancangnya pada Nuha waktu itu.

"Dua hari berturut-turut kau lepak rumah aku ni, peliklah. Selalunya kau singgah rumah ummi kau, kan? Apa kes?"

"Takde apalah." Balas Irsyad menafikan.

Daniel mencebik. Telefon berjenama Samsung miliknya kembali ditatap. Camera dibuka lalu skrin memaparkan wajahnya bersama Irsyad.

"Cad, senyum jap."

"Malas."

"Alaaa cepatlah! Aku nak post kat instageram ni." Gesa Daniel sambil menyenggol bahu milik Irsyad.

"Benda tu boleh lepaskan geram ke?" Soal Irsyad polos.

"Tak tahu. Aku baru download benda ni tiga hari lepas. Dah cepat Cad! Buat muka geram tapi comel."

"Macam mana tu?"

"Ikut cara aku macam ni––haaa okey. Sedia? 1 , 2 , 3."

CEkaak!

Mahu tidak mahu Irsyad turutkan sahaja. Daniel tersengih lebar. Gambarnya bersama Irsyad tadi langsung dimuat naik ke laman sosial.

Location; Halaman belakang rumah saya 🏚

Location; Halaman belakang rumah saya 🏚️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


DnielIrfxn #KamiTengahGeram GRR !

"Lepas tu?"

"Kita tunggu orang like."

Tting!

@iamwwhksj like your photo

────── 〔✿〕──────

NUHA berjalan menuju ke anak tangga rumah Adzhar. Belum sempat kakinya mencecah langkah untuk turun ke bawah, satu suara memanggil namanya.

"Nuha."

Taehyung berdiri di muka pintu, melihat tubuh Nuha yang perlahan-lahan pusing menghadapnya. Raut wajah gadis itu kelihatan agak kekok bila berhadapan dengannya.

"Err, ya?"

"Nak pergi mana?" Soalnya dengan nada dalam.

Nuha menjadi tidak keruan tatkala mendengar suara Taehyung bernada husky itu. Pantas anak matanya beralih arah cuba untuk tidak bertentang dengan iris berwarna hazel milik Taehyung.

"Nak pergi rumah Icad."

"Buat apa?" Sekali lagi Taehyung menyoal dengan lagaknya seperti seorang suami.

"S-saya nak jumpa dia." Sedikit gagap percakapan Nuha bila renungan lelaki itu tidak lepas memandangnya.

"Kenapa?"

Nuha mengetap bibir erat. Kenapa dia ni? Banyak betul soalan!

"Maaf, aku cuma nak tahu." Ucap Taehyung senada. Jelas riak gadis itu tidak selesa apabila dia bertanya sedemikian. Kedua tangannya disisip kemas ke dalam poket seluar.

"Takpe, saya pergi dulu––"

"Nuha..." Sekali lagi intonasi romantik itu berkumandang di gegendang telinga.

"Maafkan aku atas semua yang dah terjadi."

"Ehh bukan salah awak pun. Salah faham sikit je, janganlah risau. Nanti saya pujuk Irsyad dan jelaskan kesemuanya kat dia." Balas Nuha.

"Kau nak pujuk dia?" Soal Taehyung dengan kening naik ke atas.

Nuha mengangguk. Lama Taehyung berdiam diri akhirnya dia kembali bersuara.

"Okey."

Teragak-agak Nuha mengangguk kepalanya sebagai balasan. Lidah terlalu kelu untuk menutur apabila melihat sikap Taehyung yang bersahaja itu. Nuha kembali ke niat asal, ingin pergi ke rumah Irsyad. Langkahnya diatur.

"Nuha..."

Nuha menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembus keluar. Kepalanya ditoleh ke belakang dengan senyuman kekok di bibir.

"Ya, Taehyung? Ada apa?"

"Hati-hati."

Nuha terkedu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nuha terkedu. Jantungnya berdegup dengan rentak aneh. Dengan kalut, Nuha segera berjalan meninggalkan Taehyung yang sudah menahan senyum.

"Gwiyeobda..."

────── 〔✿〕──────

Tak boleh sweet" moment lama-lama, tunggu kahwin dulu lah AGAGAGA 💜✨

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 05, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia Utusan Tuhan •HIATUS•Where stories live. Discover now