━・❪ 06 ❫ ・━

359 75 218
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


────── 〔✿〕──────

"Minggu depan? Oh boleh-boleh. Baik, saya akan datang ke sana. Terima kasih ya." Ucap Taehyung sopan sebelum panggilan dimatikan.

Huda yang tidak sengaja mendengar perbualan Taehyung sebentar tadi mula menegur. "Tae? Kamu bercakap dengan siapa?" Wanita itu mengambil tempat berhadapan dengan Taehyung di beranda rumah.

Taehyung tersengih. "Orang yang uruskan wasiat tu, dia kata minggu depan nak dibincangkan." Balasnya ringkas.

Huda mengangguk faham. "Lepas dah selesai, kamu terus balik ke Korea?" Sedikit kedengaran menjauh nada Huda menyoal.

"Ummi nak Tae duduk sini lagi ke?" Taehyung bertanya dengan wajah polos. Tidak sangka pula ummi angkatnya berfikiran sebegitu. Ingatkan kehadirannya di sini sekadar menumpang sekejap sahaja.

"Lagi lama Tae duduk sini, lagi ummi suka. Inikan rumah arwah ayah kamu juga..." Balas Huda dengan secalit senyuman.

Mendengar perkataan 'ayah' itu, terus membuatkan wajah Taehyung berubah sedikit. Cukuplah, telinganya terasa bingit.

"Tae masih marahkan ayah?"

Taehyung memandang Huda lama, kepalanya ligat mencari jawapan yang sesuai untuk diberi. Bimbang tersilap cakap, hati tua itu tergores lah pula. Lagipula Yusuf Taiyoob satu-satunya adik lelaki kepada Huda.

"Jangan terlalu ikutkan sangat hati dan perasaan tu. Hidup kamu yang merana nanti." Pesan Huda dengan maksud yang mendalam.

Taehyung mengukir senyum nipis di bibir. Pandangannya dialih ke arah lain. Dia tidak ada jawapan untuk itu, biarlah Huda berteka-teki sendiri.

"Assalamualaikum!"

Laungan salam yang kuat itu membuatkan Taehyung dan Huda mengangkat kepala. Segera Huda bangun dari tempat duduk lalu melihat gerangan suara tersebut.

"Waalaikumsalam... Eh Hanie, Ya Allah! Bila kamu sampai?" Lantas tubuh gadis itu dipeluk erat.

Hanie tersenyum manis, dibalas pelukan itu dengan mesra sebelum di salam tangan tua itu. "Baru je sampai pagi tadi, ni mama hadiahkan buah tangan untuk ummi sekeluarga. Buah ni bagus tau banyak khasiat. Nanti suruh abah makan, ya?"

Bakul berisi buah-buahan itu dihulur kepada Huda. Pandangan Hanie tertancap pada seorang lelaki yang berjalan mendekati mereka berdua.

Belum apa-apa, lelaki itu sudah mengukir segaris senyum. Hanie terpegun seketika. Omaigod, handsomenya! Siapa ni?

"Terima kasih lah ya.. Susah-susah je. Marilah masuk rumah, kita berbual kat dalam." pelawa Huda kepada Hanie.

Hanie mengangguk lalu mengikut rentak Huda dari belakang. Tidak semena-mena, bahunya berlanggar dengan bahu milik Taehyung.

Dia Utusan Tuhan •HIATUS•Where stories live. Discover now