━・❪ 12 ❫ ・━

333 64 269
                                    

────── 〔✿〕──────

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

────── 〔✿〕──────

TAEHYUNG mengatur langkah menuju ke dapur. Halkumnya bergerak-gerak sambil dahinya berlapis dengan kerutan halus. Lehernya digosok beberapa kali. Entah kenapa tekak ni rasa kehausan pula. Saat kakinya mencecah permukaan lantai dapur, telinganya sudah menangkap suara gelak tawa Huda dan Nuha. Kedua wanita itu sibuk memotong bahan basah di meja dapur.

Apabila pandangannya bertembung dengan sepasang mata cantik Nuha, automatik bibir Taehyung mengukir senyum lebar ke arahnya. Nuha yang melihat turut membalas. Masing-masing bertatapan buat seketika sehinggalah kelibat Irsyad yang baru muncul itu menghancurkan suasana indah mereka.

Taehyung terus mengalih pandang, begitu juga dengan Nuha. Huda yang baru sedar akan kehadiran Irsyad itu menegur.

"Hah Icad, baru sekarang kamu muncul. Pergi mana pagi tadi?" Soal Huda sambil mengupas kulit bawang besar di tangannya. Irsyad menghadiahkan segaris senyum buat Huda sebelum punggungnya dilabuhkan bersebelahan dengan wanita itu.

Sempat dia mengerling sekilas ke arah Nuha yang langsung tidak memandangnya. Tidak ada sapaan mahupun usikkan, hanya riak wajah kosong sahaja yang ditayang. Taehyung yang sejak tadi memerhati terus menapak ke peti sejuk lalu membukanya. Sambil itu telinganya mendengar perbualan Huda dan Irsyad.

"Ummi nak masak apa tu? Ada apa-apa yang Icad boleh bantu?" Tanpa menjawab pertanyaan Huda, Irsyad langsung menukar topik. Sesekali dia menjeling sekilas pada Nuha yang masih diam itu.

"Abah kamu tu nak makan ayam golek kampung. Nak tolong ummi, ya? Haa nanti kamu pergi sediakan bahan api kat bawah rumah tu." Arahan daripada Huda itu, Irsyad turutkan sahaja. Lagipun dia memang pakar dalam bab-bab macam ni.

"Nuha? Kenapa senyap? Selalu kalau korang berdua ni berjumpa, ada je benda nak diusik. Gaduh ke?" Teguran daripada Huda itu langsung membuatkan Nuha mengangkat kepala. Sengihan kekok di bibirnya terhias.

"Err takde apalah, ummi. Nuha rasa penat sikitlah, tu sebab tak banyak cakap hari ni."

Hujung bibir Irsyad ternaik senget. Tadi sebelum dia masuk ke ruang dapur ni, bukan main kuat suara ketawa Nuha sampai ke luar beranda. Nampak sangat gadis ini tidak mahu bercakap dengannya.

Taehyung yang masih berdiri di hadapan peti sejuk itu mencebik kecil apabila mendengar jawapan daripada mulut Nuha. Dia yakin, Nuha sengaja menafikan kata-kata di hadapan Huda. Taehyung tahu apa yang Nuha rasakan sekarang, kalau dia di tempat gadis itu sudah lama pipi Irsyad ditampar.

Ya, dia yang menjadi saksi melihat perbalahan kecil antara Nuha dan Irsyad pada malam itu. Tambahan lagi ianya ada kaitan dengan dirinya sendiri. Tetapi Taehyung tidak bertindak melulu, selagi dia dapat bersabar dengan percakapan Irsyad, dia akan.

Dia Utusan Tuhan •HIATUS•Where stories live. Discover now