━・❪ 08 ❫ ・━

254 59 208
                                    

────── 〔✿〕──────

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

────── 〔✿〕──────

"Yang tu sawah padi, yang tu pulak kebun Haji Bakhil. Abang nak tengok kebun tu tak? Hanie boleh teman abang hehehehe." Hanie tersenyum-senyum sambil memintal hujung rambutnya. Tidak lepas badannya meliang-liuk seperti ulat bulu yang kali kedua Taehyung nampak.

"Abang?" Soal Taehyung sambil menaikkan kening, memandang wajah Hanie. Apabila mata mereka bertemu, cepat-cepat Taehyung mengalih pandang ke hadapan. Dia dapat rasakan aura kegedikkan daripada gadis bernama Hanie itu.

"Haah, abang. Kenapa? Hanie tak boleh panggil macam tu ke?" Soal Hanie sambil mencebik bibirnya manja.

Taehyung terdiam sejenak. Kepalanya ditoleh ke arah Nuha yang berada di sebelah kiri. Dia membuat isyarat wajah 'apa-aku-nak-jawab-ni?' kepada Nuha sambil menjuihkan bibirnya kepada Hanie yang sudah menunduk memandang ke bawah.

"Layankan je." Balas Nuha dengan nada perlahan.

Taehyung menggulingkan anak matanya ke atas. Tolonglah, dia tidak ada masa mahu memujuk perempuan kampung yang entah dari ceruk mana datangnya.

"Saya tak kisah." Kata Taehyung dan automatik Hanie mengangkat kembali wajahnya dengan riak ceria. Senyumannya kembali mekar.

"Betul ke? Kalau macam tu boleh tak abang gelar diri tu sebagai 'abang'? Barulah sedap sikit bunyinya." Pinta Hanie lagi. 

Kali ini Taehyung rasa hendak tersedak. Keningnya sekali lagi ternaik apabila mendengar permintaan Hanie yang baginya tidak pernah terlintas pun nak gelar diri sebagai abang ni.

Nuha tersenyum kekok. Lantas lengan milik Hanie itu dipegang sekejap, cuba menahan gadis itu daripada bertutur yang bukan-bukan. Dia tahu Taehyung sememangnya tidak selesa.

"Nuha rasa tak perlu lah kot Hanie cakap macam tu. Dia tak selesalah." Bisik Nuha ke telinga Hanie.

"Ish kenapa pulak? Biarlah, kau ni sibuk je." Hanie terus menolak tubuh Nuha ke tepi. Wajahnya kembali menatap Taehyung yang terkebil-kebil melihat adegan berbisik mereka sebentar tadi.

"Boleh ke tak? Kalau tak, urm takpelah."

"Ya, abang tak kisah."

Makin lebar senyuman Hanie bila Taehyung mengikut permintaannya. Hatinya kembang kuncup tatkala suara husky itu masuk ke lubang telinganya. Aaaa sukanya!

Nuha tergamam. Wajahnya dialih ke sisi apabila merasakan kedua belah pipinya merona panas. Entah kenapa panggilan abang itu buatkan jantungnya berdegup aneh.

"Okey, abang! Lepas ni kita nak pergi mana pula?" Soal Hanie teruja.

Taehyung mempamerkan senyum kecil. Dilihat sahaja perangai gadis berambut perang ini. Dia sudah agak Hanie ini berbeza sikapnya dengan Nuha. Daripada pemerhatiannya sekarang, dia dapat lihat Hanie ini seorang yang kasar dan tak berlapik mulutnya, tetapi bila di hadapannya lain pula personaliti, tup tup jadi perempuan ayu sopan-santun atau lebih kepada gedik.

Dia Utusan Tuhan •HIATUS•Onde as histórias ganham vida. Descobre agora