━・❪ 13 ❫ ・━

270 55 179
                                    

A/n; Bold - Korean

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/n; Bold - Korean

────── 〔✿〕──────

HUDA terjenguk-jenguk ke luar beranda, mencari kelibat Irsyad pada waktu-waktu pagi macam ni. Selalu ada sahaja batang hidung lelaki itu muncul di rumah tanpa diseru. Tapi hari ini, tidak ada pula. Huda mengeluh kecil, nampaknya Irsyad betul-betul terasa tentang kejadian dua hari lepas.

Masih dia ingat kata-kata Irsyad malam itu. Jauh di sudut hati Huda, dia langsung tidak pernah membeza-bezakan Taehyung dengan Irsyad. Dua-dua anak angkat lelakinya, dua-dua dia sayang sama rata. Tidak ada istilah berat sebelah.

"Ummi...." Nuha yang baru muncul dari rumahnya itu, menaiki tangga rumah Huda. Raut wajahnya hairan melihat Huda yang sedang gelisah. Seperti ada yang menganggu wanita itu.

Nuha berjalan mendekati Huda. "Ummi cari siapa tu?"

Huda menoleh sekilas. Bibirnya melepas keluhan berat.

"Nuha ada nampak Icad?"

Nuha terdiam seketika. Tidak lama selepas itu, bahu Huda digosok lembut cuba untuk tenangkan hati yang gelisah.

"Takde, ummi. Kenapa?"

"Haih, ummi risaulah kat dia. Tak pernah-pernah dia macam ni." Balas Huda khuatir. Hujung pelipisnya diurut dengan hujung jari. Nuha membawa langkah Huda ke kerusi luar di beranda.

Huda melabuhkan punggungnya, Nuha masih berdiri di sisi. Bibir dikemam lama. Dalam diam sebenarnya Nuha pun risaukan kawan baiknya itu. Setiap kali dia melimpasi rumah Irsyad untuk pergi ke rumah Huda, langsung tiada bayangan lelaki itu keluar.

"Nuha tolong pujuk Icad, ya? Ajak dia datang rumah."

Nuha tercenggang. Langsung dia menggeleng kepala dengan laju. Tak masalahnya sekarang, aku ke Icad yang tengah merajuk ni?

"Kenapa? Kamu kan rapat dengan dia. Ummi rasa tak sedap hati lah. Entah apa lauk makan dia kat sana,takde siapa masakkan. Nuha tolong ummi,ya?" Huda memegang tangan Nuha,pandangan harapan diberikan kepada gadis itu.

Lama Nuha berdiam diri,akhirnya dia setuju biarpun hati ini berasa berat untuk bersemuka dengan lelaki yang sudah menghina maruah perempuannya. Tapi dalam hal ini,perasaan Huda juga mesti dijaga. Haih,buntu!

────── 〔✿〕──────

TAEHYUNG membaringkan tubuh di atas katil miliknya. Pandangan tertancap ke atas siling yang kosong. Matanya terkebil-kebil. Tidak lama kemudian, dia melepas keluhan kecil.  Posisi tubuhnya dihadap mengiring ke sebelah kanan. Smartphone kepunyaannya dicapai dan ditatap gambar wallpaper yang terhias di skrin.

Dia Utusan Tuhan •HIATUS•Where stories live. Discover now