━・❪ 04 ❫ ・━

397 78 148
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


────── 〔✿〕──────



TAEHYUNG menghirup udara segar pada waktu yang kini menjelang pagi. Langit yang kebiruan itu dipandang seketika sambil leka menikmati angin pagi yang menyapa kulitnya. Nyaman dan segar yang dia rasakan. Sedikit sebanyak membuatkan fikiran dan mindanya tenang tanpa sebarang masalah.

"Tae." Panggilan daripada Huda membuatkan Taehyung menoleh sekilas lalu mengukir senyum manis kepada wanita berusia itu.

"Ummi, selamat pagi." Ucapnya mesra. Dia mengikut rentak Huda yang sedang menuju ke luar kaki lima lalu melabuhkan punggung di atas tikar yang terbentang. Kakinya disila dengan posisi yang kemas, kemudian matanya melihat Huda yang turut duduk berhadapannya.

"Jadi.... Siapa Nuha tu?" Tanpa berbasa-basi, Taehyung terus menuju ke topik utamanya. Huda yang mendengar sebaris nama itu meniti di bibir Taehyung mula tersenyum mengusik.

"Belum apa-apa lagi, kamu dah tanya ummi tentang Nuha. Ada apa-apa ke ni?"

Taehyung tersengih kecil. Baru dia sedar akan keterlanjuran mulutnya berkata. Tapi dia cuma sekadar bertanya, bukannya ada niat apa pun. Entah kenapa dirinya meronta-ronta ingin mengetahui latar belakang gadis bernama Nuha itu.

Menarik atau dia tertarik?

Fikiran Huda pula sudah menjangkau  ke arah lain. Bibir nipisnya tidak henti menyungging senyuman mengusik. Yang peliknya, Taehyung hanya menyebut nama Nuha.
Irsyad? Takkanlah dia tidak mahu mengetahui siapa lelaki muda itu?

Dari situ, Huda sudah menganggap bahawa ada sesuatu yang menjentik hati lelaki Taehyung.

"Eee apa senyum-senyum macam tu? Ummi jangan fikir bukan-bukan eh... Tae cuma nak tahu siap perempuan tu dan... Siapa Irsyad? Sampai hati ummi, Tae ni dah tak layak jadi anak ummi ke sampai ummi nak angkut diaorang tu? Hmph...." Taehyung mencebik kecil bibirnya ke depan.

Ummi tertawa kecil melihat karenah Taehyung yang seakan kebudak-budakan itu. Terlalu comel bila dipandang dan sudah pasti bagi sesiapa yang memandang akan cair.

"Nuha dengan Irsyad tu anak didik ummi. Dulu, setiap hari diaorang datang ke rumah sebab nak belajar mengaji sama-sama. Irsyad tu memang rapat sangat dengan Nuha sebab dari awal persekolahan sehingga tamat belajar, mereka tu tak pernah berenggang. Senang kata,diaorang kawan baik sejak kecil lagi."

Tekun Taehyung mendengar cerita dua sekawan itu. Kepalanya diangguk-angguk kecil memberi respon. Memang wajarlah dia nampak hubungan lelaki dan gadis itu kelihatan akrab sekali. Dalam diam dia memuji hubungan kawan yang terbina itu masih kukuh sehingga sekarang.

Dia Utusan Tuhan •HIATUS•Where stories live. Discover now