━・❪ 07 ❫ ・━

269 66 117
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


────── 〔✿〕──────


Taehyung duduk termenung di pondok berdekatan dengan kolam ikan peliharaan Adzhar. Matanya memandang kosong ikan-ikan berwarna keemasan yang sedang berenang sambil melepaskan najis di bawah dasar air kolam. Tetapi itu tidak menganggu fikiran Taehyung yang masih terkesan dengan peristiwa semalam.

Dia cuba mencari jawapan di sebalik maksud percakapan Irsyad yang sememangnya dalam. Entah kenapa ayat Irsyad itu terngiang-ngiang sampai ke telinga.

"Agama dia lain kot, abah. Apa kata orang kampung nanti?"

"Buat dia nak ikut kita ke majlis yang penuh dengan kesyukuran dan kesucian tu?"

Sekali lagi, ayat tersebut berulang. Taehyung segera menepis bisikan saitan itu. Rambutnya diramas kasar sebelum pandangannya jatuh kepada Nuha yang sedang mengorak langkah ke arahnya. Taehyung mendengus kecil.

Punggungnya diangkat untuk terus beredar dari situ. Dia dapat mengagak bahawa kedatangan gadis itu akan membuatkan dirinya lebih stres. Lebih baik dia pergi sebelum---

"Taehyung."

Tidak jadi dia mengangkat punggung bila suara lembut itu menyapa ke gegendang telinga. Sekali lagi ianya kedengaran enak saat Nuha menyebut sebaris namanya.

"Saya ada benda nak cakap. Boleh saya curi masa awak sekejap?" Nuha meminta kebenaran dengan nada yang teragak-agak. Bukan apa, dia takut dia telah menganggu masa lelaki ini sahaja.

Taehyung mengumam pendek. Matanya memandang penampilan Nuha yang baginya sedikit kelainan pada hari ini. Bukan pasal baju mahupun seluar tetapi tudung yang dipakainya itu.

Tudung berjenis bawal. Selama ini Nuha hanya mengenakan shawl bergaya santai namun berbeza pula pada hari ini. Jelas pipi pau Nuha kelihatan bila dia mengenakan bawal itu. Dalam diam Taehyung sudahpun melafazkan satu perkataan buat Nuha iaitu comel.

"Err sebenarnya saya nak minta maaf pasal semalam." Nuha memulakan ayatnya. Taehyung yang leka melihat wajahnya tadi terus mengalih pandang. Bibirnya diketap lama, dia perasan ke yang aku tengok dia tadi?

Taehyung lepaskan keluhan lega. Tak, dia tak perasan tu. Kemudian, Taehyung kembali menatap wajah mulus itu.

"Kau takde salah dengan aku, kenapa nak minta maaf?"

Dia Utusan Tuhan •HIATUS•Where stories live. Discover now