━・❪ 14 ❫ ・━

293 55 294
                                    

────── 〔✿〕──────

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

────── 〔✿〕──────


IRSYAD memerhati Daniel yang sedang berswafoto bersama Homi dengan berlatarbelakangkan sepohon pokok pisang. Bertungkus-lumus Daniel cuba menarik perhatian Homi agar mengikut cara posing nya tetapi faham-fahamlah, haiwan seperti Homi sememangnya tidak mengerti semua ini.

Mata Irsyad mengecil sedikit apabila Daniel mula membebel dengan bercekak pinggang kepada Homi. Tidak lama selepas itu, Daniel mengatur langkah ke arah Irsyad yang sejak tadi duduk menonggeng di atas motorsikalnya.

"Stress weh aku dengan si Homi ni, haih!" rungut Daniel. Bibirnya dicebik ke hadapan dengan geram.

Irsyad tertawa kecil. "Aku lagi stres bila tengok kau membebel kat Homi tu. Nasib aku je yang nampak, kalau orang lain? Sia-sia kena cop gila." Posisi duduknya dibetulkan dalam keadaan selesa. Wajah Daniel yang sudah berubah cemberut itu dipandang.

"Aku bebel sebab nak mengajar."

"Yelah..."

Daniel tersengih kecil namun beberapa saat dahinya berlapis hairan. Riak muka Irsyad yang tadinya cerah kini kembali mendung. Bahu Irsyad dicuit sekilas menggunakan hujung jarinya.

"Kau okey tak ni?"

Irsyad menggeleng kecil. Keluhan berat terlepas daripada bibir. Semakin tertanya-tanya Daniel, apa yang menganggu fikiran Irsyad.

"Apa perasaan kau bila kau dipinggirkan oleh keluarga sendiri?"

Daniel diam, memikirkan jawapan yang sesuai sebelum pertanyaan tadi dijawab.

"Rasa sedih lah... Nak-nak lagi bila keluarga aku langsung tak kisah tentang perasaan aku."

Irsyad senyum segaris. Jawapan Daniel itulah yang terjadi pada situasinya sekarang. Sudah dua hari, tiada pun kelibat Huda dan Adzhar menjenguknya ke rumah. Nuha? Itu lagilah diibaratkan seperti jauh panggang dari api. Ketiga-tiga manusia itu langsung tidak mengambil kisah pasalnya.

"Kenapa tanya? Ummi dengan abah angkat kau tak layan kau eh?"

Irsyad mengumam malas. Kedua bahunya diangkat naik ke atas. "Bukan diaorang je, Nuha pun sama. Sibuk sangat manjakan lelaki asing tu sampai diri aku ni pun terabai."

Kening Daniel bercantum pelik. "Lelaki asing? Siapa?" Soalnya ingin tahu.

"Anak angkat lelaki ummi aku. Tayung? Entah aku lupa nama dia––tch. Tak penting pun aku nak ingat nama lelaki yang dah rampas kebahagian aku." Irsyad membuang ludah ke atas tanah sekilas. Giginya diketap geram bila bayangan wajah Taehyung bermain di minda.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 05, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia Utusan Tuhan •HIATUS•Where stories live. Discover now