"Kau nak balik beraya ke apa ni Hara?" matanya tertumpu pada bagasi hitam yang berdiri gah di sisi gadis itu.

"Tolong masukkan dalam but" Seokjin mengangguk lantas memasukkan bagasi berat itu ke dalam but keretanya. Lelaki itu menyalakan lampu di dalam kereta itu mencari telefon pintar tetapi matanya lebih peka pada wajah gadis itu yang ditutupi mafla.

Tanpa sebarang amaran, mafla itu ditarik sehingga kesan ungu kebiruan yang berada di hujung bibirnya terserlah.

"Siapa buat kau macam ni? Jungkook? Biar aku ajar dia" Seokjin dengan pantas membuka tali pinggang keledar yang menyilangi badannya namun ditahan oleh Hara.

"Tak payah. Tak ada apa-apa yang serius pun"

"Jadi, sebab ni kau bawa bagasi sebesar tu?" gadis itu tertunduk memandang pahanya sendiri. Bahunya ditepuk lembut.

"Apa pun keadaan kau, susah, sakit, kecewa, kami sentiasa ada untuk kau. Jangan risau. Itulah gunanya keluarga" ujar Seokjin sebelum memulakan perjalanan.

S

K

I

P

Kedua-dua mereka berjengket masuk ke dalam rumah untuk mengelakkan penghuni yang lain terjaga. Namun, kehadiran Namjoon merosakkan segalanya. Dentingan cawan kaca yang mencium lantai marmar kediaman itu membuatkan Yejeong dan Jungmin menapak turun ke tingkat bawah.

"Ada apa ni, Joon? Eomma ingatkan ada pencuri tadi. Haish, cemerkap betul anak teruna seorang ni" tegur Yejeong. Matanya beralih ke arah Seokjin dan Hara yang mematung di pintu utama.

"Seokjin? Hara? Kenapa balik malam-malam macam ni? Jungkook mana?" soalan Yejeong membuatkan kedua-duanya mati kata. Jungmin pula menghampiri anak sulung dan anak bongsunya itu.

"Pergilah tidur. Esok pagi kita bincang" Hara dan Seokjin lantas berlari anak ke tingkat atas. Sebaik melintasi figura sang ibu, lengan gadis itu dipegang erat.

"Kenapa dengan bibir kamu, Hara?" anak mata gadis itu bergetar. Apa yang perlu dia lakukan? Menipu atau berterus terang tentang apa yang berlaku?

"Jungkook pukul kamu?" tekaan Yejeong mengena tepat pada sasarannya.

"Yejeong, biarkan mereka berehat dulu"

"Yeobo! Saya tak boleh biar perkara macam ni berlaku. Saya tak mahu anak saya jadi mangsa keganasan rumahtangga. Saya tak kahwinkan anak saya untuk menjadi tempat pelepas geram orang lain"

"Eomma, Hara baik-baik saja--"

"Jawab apa yang eomma tanya. Jungkook yang buat?" dia tiada pilihan lain selain menganggukkan kepala.

"Kau tunggu"

🦃🦃🦃

Letukan kasut tumit tingginya kedengaran di segenap kafe. Kelibat si besan dicari oleh mata helangnya. Sebaik figura itu kelihatan, Yejeong langsung menyapa Minjoo yang menyisip kopi santai sambil menyemak fail syarikat.

"Minjoo. Aku nak bincang tentang anak-anak kita" ujar wanita paruh baya itu sebaik tas tangannya diletakkan kasar di atas kerusi.

"Ada apa, Yejeong? Ada masalah? Mereka tak beritahu aku apa-apa pun"

"Semalam Hara balik ke rumah agam Kim. Hujung bibir dia lebam, katanya kena lempang dengan Jungkook. Kalau anak kau dah tak sudi jaga anak aku, suruh dia pulangkan anak aku dengan cara baik" Yejeong memang terkenal dengan kelantangannya bersuara. Almaklumlah, sifat diktatornya di pejabat sukar dibuang.

"Yejeong-ah, janganlah macam ni. Kita tak sepatutnya masuk campur dalam urusan rumah tangga anak-anak. Tapi, aku akan bincang dengan Jungkook pasal hal ni" tangan besan merangkap sahabatnya dicapai lalu digenggam erat.

"Aku tak mahu masuk campur urusan anak-anak. Tapi aku takut mereka tak dapat kawal diri masing-masing. Mereka masih mentah, masih tak faham tentang dunia perkahwinan" Minjoo mengangguk faham dengan pandangan besannya itu.

"Cuma itu saja yang aku nak sampaikan pada kau. Kau berbincanglah dengan Jungkook. Aku pula akan berbicara hati ke hati dengan anak aku" Yejeong bingkas bangun dari duduknya dan beredar dari kafe tersebut.

Minjoo mengurut dahinya perlahan. Yejeong tak pernah bertemu sesingkat itu dengan Minjoo. Jika duo besan itu bertembung, pasti ada saja topik yang akan mereka kupas bersama. Kali ini, ianya berbeza. Aura marah milik Yejeong jelas terasa apabila mereka tidak bergurau senda sama sekali. Bahkan, Yejeong hanya berbicara terus tentang intinya tanpa basa-basi.

"Budak ni nak kena sunat untuk kali kedua gamaknya"

🐞🐞🐞

"Jeon Jungkook! Mari sini kau!" Jungkook yang baru pulang dari apartment Yoongi itu tercengang apabila ibunya menyergah di tengah panas matahari petang.

"Ada apa, eomma?" telinga Jungkook ditarik kuat.

"Ampun eomma! Sakit! Jangan tarik telinga Kook" terbongkok-bongkok Jungkook dibuatnya apabila Minjoo yang lebih rendah itu menarik cuping telinga kirinya kasar.

"Oh, sakit? Sakit lagi hati eomma dengan perangai kau ni tahu tak? Kenapa kau tampar menantu eomma? Eomma Kim dah mula melenting pada eomma, tahu tak? Eomma hantar kau belajar tinggi-tinggi tapi satu habuk pun tak boleh pakai"

"Jadi, Hara tak ada di rumah?" soalannya mengundang tamparan hebat di belakang kepalanya.

"Isteri dia, nak tanya kita pula"

"Bukan salah Kook sepenuhnya. Dia terlalu cemburukan Kook dengan Hwayoung"

"H-hwayoung? Park Hwayoung?!" nama itu. Nama itu sudah terpadam dari memorinya sejak bertahun lama. Namun kini, nama itu mengusik gegendang telinganya semula. Dia tidak akan datang tanpa sebab melainkan untuk memusnahkan kebahagiaan keluarga Jeon.

"Ya, Park Hwayoung yang eomma halau dari rumah dulu" getus Jungkook jengkel sambil menyilangkan tangan di dada. Minjoo berdecit dan tersenyum sinis.

"Jadi dia dah burukkan eomma juga pada Kook? Licik betul betina tak guna tu. Memang tak tahu diuntung, tak tahu mengenang jasa. Padanlah Tuhan kenakan karma berat pada dia. Ya, memang eomma halau dia. Apa yang dia cerita pada Kook tu semuanya betul. Tapi, Kook kena tahu kenapa eomma buat semua tu" mulai detik ini, wanita titisan iblis itu tidak akan selamat. Sebentar lagi, kebusukan hati hitamnya akan terbongkar satu demi satu.

























































































































{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍



































Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now