Chapter 12

10.6K 841 92
                                    

TUBUH kecil berpakaian gaun berwarna putih dan rambut cantik dihias mahkota itu cuba menolak pintu sebuah bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TUBUH kecil berpakaian gaun berwarna putih dan rambut cantik dihias mahkota itu cuba menolak pintu sebuah bilik. Namun pintu itu terlalu besar bagi dirinya malah lebih berat untuk ditolak.

Kepala mengalih sedikit ke belakang sambil melambai ceria ke arah dua orang royal knight yang menuju ke arah koridor.

"Princess Adriana." Mereka menunduk hormat kepada budak berusia empat tahun sebelum menyoal hasrat tuan puteri kecil itu.

"Tolong bukakan. Adriana nak jumpa kakanda." Jari kecilnya menunjuk kepada pintu yang sangat besar dan lebar di hadapannya.

"Ampun, princess tetapi Prince Adriel sed-" Kata-kata seorang royal knight itu terhenti apabila pintu tiba-tiba ditolak dari dalam.

"Come here, Adriana." Kelihatan Prince Adriel menegur dan menghulurkan tangan ke arah adiknya dengan tersenyum nipis.

"Wah, kakanda!" Princess Adriana terus menyambut sambil melebarkan senyuman. Sudah seminggu dia kurang berjumpa dengan abang sendiri kerana Prince Adriel sedang sibuk dengan majlis pertabalan yang akan berlangsung beberapa hari lagi.

"Kakanda, Adriana tak mengganggu kan? Adriana sunyi... Bosan." Tubuh kecil itu berusaha memanjat sofa mewah di dalam bilik belajar Prince Adriel.

Lelaki itu yang tersedar perbuatan adiknya segera menarik Adriana untuk duduk di atas sofa yang agak tinggi.

"Kakanda memang sibuk tapi sudah seminggu kan kakanda tak sempat nak teman Adriana main?" Prince Adriel membalas walaupun sepasang mata ambernya ralit memandang skrip dan protokol Asteria sebelum dia ditabalkan menjadi King of Asteria Kingdom.

"Tapi kakanda nampak macam sibuk." Senyuman budak kecil itu sedikit pudar. Prince Adriel segera meletakkan skrip ke bawah lalu menarik lembut pipi adiknya.

"Jangan bersedih. Kakanda janji habis kelas Adriana petang nanti, kakanda tunggu di taman bunga atas kediaman ayahanda dan bonda, okey? Tempat kegemaran Adriana." Prince Adriel menekan lembut jarinya pada kulit putih kemerahan Princess Adriana.

"Uwahhh! Kakanda janji?" Hujung jari kelingking dihala ke arah Prince Adriel Darren dengan ceria walaupun suara tersepit kerana pipinya masih ditarik perlahan. Prince Adriel membalas sambil mengangguk ke arah adiknya.

"Tapi kan petang nanti Adriana nak keluar dari istana sebentar. Nak keluar beli hadiah." Adriana mengukirkan senyuman lebar ke arah Prince Adriel.

"Hadiah?" Dahinya sedikit mengerut hairan.

"Secret." Princess Adriana Luther terus menutup mulut dengan dua belah tangan sambil merenung mata Prince Adriel Darren Luther.

Sebenarnya dia mahu mencari hadiah sempena pertabalan kakanda Adriel Darren, manusia yang sangat rapat dengan dirinya dan sentiasa melayan dengan baik.

R1 The King's Bride | TerbitWhere stories live. Discover now