Chapter 1

15.1K 818 38
                                    

Hak cipta © 2019 Nuraa Qilla
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian dari cerita ini yang boleh digunakan, mengulang cetak atau diterbitkan semula dengan cara apa pun tanpa keizinan penulis. Karya ini adalah hak milik sepenuhnya oleh Nuraa Qilla. Tiada istilah plagiat, inspirasi tanpa kebenaran penulis. Watak- watak, nama, tempat dan peristiwa yang terdapat dalam buku ini adalah hanya rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Sebarang kesamaan kepada realiti hanyalah sekadar kebetulan.

Karya ini mengandungi bahasa kasar, penderaan dan kegiatan kasar untuk pembaca matang. Bagi pembaca berumur bawah 18 tahun sila mendapat bimbingan terlebih dahulu sebelum membaca.

Untuk Maklumat Hubungi: sweetiecupcakeewattpad@gmail.com
Rekaan Muka Kulit: Hazellora Graphics

com Rekaan Muka Kulit: Hazellora Graphics

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KINGDOM OF ANTHEIA

"GOODNIGHT, Princess." Permaisuri Layana mengucup lembut dahi anaknya yang baru berusia enam tahun. Selimut tebal ditarik menutupi tubuh kecil puteri Adeena Dayra tersayang. Namun sepasang mata hijau zamrud itu masih lagi jelas terbuka, ralit memerhati sang bonda.

"Bonda... Princess nak tanya sesuatu, boleh? Seharian princess fikir tentang benda ini." Fikiran Adeena terlintas gambaran majlis ulang tahunnya yang diadakan di dalam Dewan Adara sewaktu ayahandanya merasmikan suasana di sana.

Dia dapat melihat cara layanan seorang raja yang adil, penyayang dan memerintah negara yang baik dari sifat ayahandanya, King Harry Edward.

"Sewaktu Adeena dilahirkan, ayahanda kecewa tak dengan kehadiran Adeena? Bonda pun tahu... Adeena ini puteri sulung. Orang selalu harapkan putera sulung untuk memerintah sebuah kingdom.

Hujung jari telunjuk kanan bertemu dengan jari kiri, dia bermain jari sendiri. Hati kecilnya terfikir jika dia pernah mengecewakan bonda dan ayahandanya.

"Jom ikut bonda." Permaisuri Layana menghulurkan tangannya ke arah si cilik itu sambil terukir senyuman. Tangan kecil Adeena menyentuh kulit lembut bondanya dan dipimpin turun dari katil, berjalan keluar dari pintu balkoni.

Lantai balkoni besar dan luas itu dipijak oleh kaki kecilnya sebelum Permaisuri Layana mengangkat anaknya untuk berdiri di atas bangku batu yang dihias cantik dengan bunga-bungaan. Lambang kepada negara bernama Kingdom Ataraxia ini, bungaan dan tanaman.

"Tak pernah, sayang. Adeena dah lama banggakan bonda dan ayahanda, sejak Adeena lahir ke dunia ni lagi." Kata-kata lembut itu menembusi telinga kecil Adeena. Kata-kata yang dia sering dengar, sejak bukanya sepasang mata hijau zamrud itu ke dunia fana ini.

"Wah, bonda! Cantiknya..." Princess Adeena terpegun melihat kawasan di bawah istana mereka. Terdapat banyak rumah rakyat jelata yang dibina sedikit jauh dari tembok pagar istana.

Kawasan itu dihiasi cantik dengan pelbagai jenis bunga dan tumbuhan hijau. Cahaya bulan terang yang menyimbah ke arah kawasan itu kelihatan sangat cantik. Sungguh indah ciptaan Tuhan, menarik mata manusia untuk melihat setenang hati yang menerima.

"Princess tahu tentang empat negara teragung di bawah naungan Ataraxia sekarang ini?" soal Permaisuri Layana sambil melihat wajah ceria anaknya yang masih sibuk memerhati pemandangan di hadapan mereka.

"Um... Adeena baru belajar dengan teacher... Antheia, Amphitrite, Khione..." Kata-kata budak berusia enam tahun itu terhenti sejenak. Satu nama lagi untuk melengkapi negara di bawah naungan Kingdom Ataraxia tetapi dia tidak ingat. Badan dialihkan ke arah Permaisuri Layana.

"The Great Asteria, sayang," jawab bondanya lembut sebelum mata biru lembutnya bertembung dengan mata hijau zamrud Adeena.

"Kenapa ada perkataan The Great untuk Asteria, bonda?" Cukup polos reaksi wajahnya menyoal dengan hairan. Dia sering melupakan perkataan Asteria itu setiap kali gurunya mengajar sejarah Ataraxia.

"Sebab Asteria yang mengetuai Ataraxia. Bukan hanya pemerintahan yang melayakkan mereka malah keluasan kingdom mereka dan rakyat lebih ramai. Diikuti kita, Antheia, Khione dan Amphitrite." Princess Adeena Dayra mengangguk perlahan, faham apa yang diterang oleh bondanya.

"Bonda faham apa yang Adeena maksudkan dengan soalan tadi. Siapa cakap perempuan tak boleh mentadbir kingdom? Orang yang mula membangunkan Ataraxia ialah perempuan dan menamakan setiap kingdom yang terbahagi dengan nama goddess mengikut kekayaan sumber alam di sini."

"Antheia seperti yang kita tahu satu kingdom yang kaya dengan hasil tumbuhan dan bunga-bungaan yang serba cantik. Antheia dari Goddess of Gardens and flowers. Manakala Asteria ialah Goddess of Dreams and astrology. Negara mereka bertemakan kekayaan langit dan mimpi. Amphitrite ialah goddess of the sea dan Khione, Goddess of Snow."

"Kingdom dinamakan atas kelebihan sumber alam tersendiri. Ia berasal dari perintahan seorang perempuan. Jadi bonda percaya Princess Adeena kesayangan bonda mampu mentadbir kingdom dengan baik." Tangan anaknya ditarik lalu digenggam erat.

"Perempuan tak lemah, Adeena. Suatu hari nanti, Princess Adeena bonda akan faham maksud ini. Bonda percaya yang princess boleh buat. Princess kena percayakan diri." Permaisuri Layana mengukirkan senyuman ke arah Princess Adeena. Budak kecil itu mengangguk laju setelah mendengar kata-kata bonda tercinta.

"Bonda, boleh ceritakan lagi?" Pinta Princess Adeena Dayra sambil membuat mimik muka comel. Permaisuri Layana mengangguk perlahan.

"Tapi janji dengan bonda yang princess akan masuk beradu selepas ini?" Princess Adeena Dayra mengangguk dengan bersemangat sekali. Itulah rutin harian yang dipinta sebelum masuk tidur.

 Itulah rutin harian yang dipinta sebelum masuk tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
R1 The King's Bride | TerbitWhere stories live. Discover now