Chapter 4

9.3K 715 66
                                    

PRINCESS ADEENA DAYRA keluar dari pintu bilik itu dengan gaun satin berwarna emas yang panjang melepasi buku lali malah hampir mengheret lantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PRINCESS ADEENA DAYRA keluar dari pintu bilik itu dengan gaun satin berwarna emas yang panjang melepasi buku lali malah hampir mengheret lantai.

Gaun ini mendedahkan bahu berkulit cerah Adeena dan cantik dihias dengan permata. Rambut gadis ini dihias dengan gaya waterfall, tidak lupa dengan mahkota di atas rambutnya. Wajah cantik gadis berusia 20 tahun ini bercalitkan makeup nipis, hilang segala kotor dan lebam di wajahnya.

Seorang wanita tadi melebarkan senyuman di hadapan Adeena, tenang hatinya melihat kecantikan puteri King Edward ini. Topeng mata berwarna emas seperti masquerade yang menutup separuh wajah, dihias dengan permata diserah ke tangan Adeena. Dia hanya akur walaupun hatinya penuh dengan banyak soalan.

"Sertai majlis tari-menari ini." Wanita bangsawan ini mengemaskan keadaan gaun Adeena di hadapannya. "Siapa awak?" Perlahan suara gadis itu menyoal dengan hairan. Kenapa dia rasa seperti pernah jumpa wanita ini?

"Suatu hari nanti, patik akan berjumpa kembali dengan tuan puteri. Tolong jaga diri dan buat apa yang tuan puteri rasa terbaik untuk Antheia," jawab wanita berusia 50-an itu sebelum menunduk hormat ke arah Adeena.

Dengan keliru, kasut tumit tinggi Adeena tetap melangkah ke hadapan, arah dataran Somnium. Tidak dinafikan lagi, kehadirannya seperti puteri diraja sangat menarik perhatian ramai apatah lagi golongan nobles Asteria.

Mereka yang sedang menari mengikut rentak alunan muzik itu tergamam sampai terdiam. Adeena mula menjadi gugup dalam dirinya walaupun kaki laju melangkah ke hadapan dataran tari.

Persoalannya, dalam keramaian... Siapa yang kau nampak? Tidak dia sedar, pergerakannya sudah lama diperhati oleh seorang pemilik mata berwarna amber dari belakang, lelaki itu terus berjalan serentak ke gadis bertopeng separuh ini.

Spontan kaki Adeena terhenti di hadapan King Adriel, bukan hanya dia menari perhatian orang ramai malah King Adriel Darren sendiri. Ini gila, ya dia tahu tentang hal itu. Dengan segera, dia terus menunduk hormat ke arah raja Asteria di hadapannya.

"Susuk tubuh kau macam aku kenal. Siapa kau ni?" Mata mereka bertemu, pada saat itu King Adriel tergamam pula.

Dia ingat akan warna mata malah cara pandangan gadis ini tetapi kenapa susuk tubuh dari belakang ini sungguh dia kenal seolah-olah ini bukan kali kedua dia bertemu dengan gadis ini?

"Patik bukan sesiapa yang layak untuk Tuanku kenal, patik hanya seorang manusia biasa." Bibir Adeena terukir senyuman manis dan indah. King Adren dan Queen Eira memerhati dari jauh, hairan. Gadis cantik itu berjaya menarik perhatian anak mereka yang begitu dingin dengan manusia lain.

"Izinkan patik menari dengan Tuanku?" Sungguh berani gadis ini meminta walaupun baru beberapa hari lepas ditahan dan diseksa. Bibir King Adriel tersenyum sinis, dia ingin kenal dengan gadis misteri yang dikatakan lupa ingatan ini.

"Aku suka keyakinan kau," bisik dia di tepi telinga Adeena. Tangan kiri diletakkan di dada manakala tangan kanan dihulur ke arah Adeena Dayra. Gadis itu menyambut, serentak kaki mereka mula mengikuti alunan muzik.

ADEENA membasuh wajahnya yang dicalitkan makeup nipis itu. Badannya gementar, tarian dan cara pandangan mata mereka tadi seolah-olah hanya dia dan King Adriel yang wujud di hadapan dataran.

Setelah muzik berakhir baru lah dia kembali ke dunia asal, tergopoh-gopoh dirinya meninggalkan dataran itu dengan alasan ingin ke tandas. Nafas laju dan dada yang sedang berdebar sekarang ini, dia ingin sekali hilangkan walaupun gagal.

Perlahan-lahan kakinya melangkah semula untuk keluar, dia mesti mencari bilik pekerja untuk menukar gaun ini semula. Dia ingin kembali ke realiti semula, sedar akan diri yang bukan lagi tuan puteri.

Saat kaki berkasut tumit itu mula melangkah, bahunya disentuh seseorang dari belakang. "Mereka nak jumpa," bisik seseorang dari tepi. Tiba-tiba dadanya rasa sesak dan susah bernafas.

Trauma. Takut.

Alangkah malangnya, dia langsung tidak peluang untuk lari. Pasti tubuhnya dupukul dan diseksa lagi di belakang bangunan. Dia kenal siapa 'mereka' itu. Tidak hairan kerana gerbang istana Asteria dibuka malam ini, pasti mereka sedar siapa gerangan manusia bergaun mewah ini.

Sudah beberapa hari berlalu sejak peristiwa dia dan adiknya dihalau keluar dari istana tetapi dia masih tidak menyelesaikan tugas yang diberi, pasti dia dipukul lagi.

Adeena menunduk pasrah. Pasti tanah lagi menjadi tempat dia jatuh setelah kaki tidak tahan. Namun hati tetap nekad memendam harapan. Walapun sakit secara fizikal dan mental. Dia rela agar cita-citanya tercapai suatu hari nanti. Hati ini masih menyimpan cita-cita mustahil.

Perlahan-lahan dia merelakan diri untuk mengikuti orang suruhan yang senyap-senyap masuk ke dalam Asteria Kingdom.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
R1 The King's Bride | TerbitWhere stories live. Discover now