Chapter 11

8.2K 825 74
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ADEENA memerhati daging di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ADEENA memerhati daging di hadapannya. Mereka berada di salah satu bangunan yang hanya khas untuk golongan nobles iaitu golongan keluarga raja.

Meja panjang dan besar namun hanya mereka berdua berada di situ secara bertentangan. Dia masih tidak berhenti memikirkan hal beberapa jam yang lalu.

King Adriel menyeksa seorang pengkhianat dari Asteria sendiri. Dia dapat lihat yang King Adriel memang tak akan maafkan pengkhianat walaupun berasal dari sini. Apa pula nasibnya jika terbongkar? Sudahlah dia dari kingdom yang lelaki ini bencikan. Pasti lagi buruk padahnya.

"Kau dah kenapa? Tak nak makan? Ke kau nak daging yang lagi fresh? Banyak dekat bilik hukuman tu." Adeena menelan liur apabila mendengar kata dingin King Adriel.

Tidak cukup dengan hal itu, dia juga mendapat renungan tajam dari sepasang mata amber bercampur cognac. Terkial-kial dirinya memotong daging steak, hati penuh dengan rasa risau.

"Aduh kau, ini pun lembap! Hilang selera aku tengok kau!" Kasar pinggan Adeena ditarik membuatkan gadis itu terjerit kecil kerana terkejut.

Sepasang mata hijau memandang King Adriel sendiri yang memotong daging itu untuk dirinya sedangkan tadi ada pembantu sendiri yang memotongkan untuk lelaki itu.

Setelah selesai, dia menolak kasar pinggan itu ke arah Adeena. Kasar. Nasib tidak menjadi daging steak terbang.

"Makan atau aku sumbat dalam mulut kau kejap lagi. Nak makan pun susah ke?" Makin menggigil tangannya mencucuk daging itu dengan garpu lalu memasukkan ke dalam mulut.

Dikunyah perlahan, lidah mula merasa dari daging steak itu. Dahi mula mengerut sedikit sebelum tersenyum.

"Wah, sedapnya!" Dia memasukkan lagi hirisan daging itu dengan gembira dan ceria. King Adriel hanya memerhati sekilas sebelum menjamu seleranya. Dia tersedar gadis di hadapannya mempunyai sisi ceria lain dari sebelum dia lihat.

Selama mereka berjumpa sebelum ini, gadis itu hanya nampak pendiam dan mata penuh dengan rasa dendam. Kini, Adeena tidak berhenti tersenyum sambil menghabiskan steak.

"Kalau kau suka, aku nak panggil pembantu dapur ambilkan lagi." King Adriel merendahkan suaranya namun tidak memandang ke arah Adeena Dayra.

Rasa kekok pula tiba-tiba dengan cara dia melayan seseorang seperti Adeena. Gadis itu terdiam sejenak, baru sedar akan kelakuannya kerana terlalu gembira dengan makanan kegemaran.

"Ampun, Tuanku. Patik tak sedar... Patik tak kawal perasaan." Adeena bermain garpu sendiri sambil tertunduk.

"Tak apa. Aku suka tengok kau seperti tadi dari penakut dan gementar." King Adriel memerhati ke arah dua orang pembantu dapur yang berdiri tidak jauh dari meja mereka. Jari dipetik, isyarat diberi.

"Tuanku," Mereka menunduk hormat apabila melihat isyarat King Adriel memanggil mereka.

"Ambilkan lagi satu pinggan steak untuk Carena beta." Nadanya bertukar dingin kembali apabila dengan orang lain. Carena bermaksud little darling.

"Menurut perintah, My King."

Adeena Dayra menggigit bibir sambil mata sibuk memerhati ke arah dua orang pembantu dapur yang bergesa-gesa masuk ke arah dapur semula.




"MY KING, sudah hampir lewat malam." Adeena mengikut jejak langkah raja Asteria itu yang mengajak dirinya keluar dari bilik. Sudah hampir dua minggu dia dikurung di sana.

Dikurung selama dua minggu? Dia sudah terbiasa seperti sebelum ini tetapi apa yang bezanya... Tidak diseksa, tempat tidur selesa malah diberi makanan dan minuman.

"Jadi?"

"Kenapa Tuanku bawa saya ke luar?" soal Adeena. Lelaki itu malah memberitahu yang dia tidak mahu walau seorang royal knight pun mengikut mereka.

Mereka berjalan di satu koridor selepas naik beberapa anak tangga. King Adriel tidak menjawab, pintu ditolak kasar dengan gayanya seperti selalu.

Adeena tergamam apabila melihat satu kawasan yang tidak berbumbung dan dikelilingi dengan begitu banyak pokok bunga yang ditanam di tingkat atas.

Dahi Adeena berkerut apabila tersedar terdapat satu katil besar di tengah. Tempat itu bau semerbak dengan wangian pelbagai bunga, sangat mengingatkan Adeena kepada Antheia yang dulu. Sebuah kerajaan yang kaya dengan hasil tumbuhan menghijau dan berwarna-warni dengan pelbagai jenis bunga.

"Aku nak tidur sini tapi bukan sekarang. Kau duduk dekat tengah dan bersandar dekat kepala katil dulu. Bersimpuh ke? Buat jelah macam mana pun."

Adeena mula merasakan perasaan ganjil, hairan, dan risau jikalau King Adriel mahu membuat benda yang bukan kepada dirinya namun dia masih akur.

Selepas beberapa minit, King Adriel mula baring di atas katil itu malah meletakkan kepalanya di atas paha Adeena Dayra. Gadis itu tergamam. Lidah jadi batu.

King Adriel pula selamba malah lebih memandang ke atas langit. Bintang pada malam itu sangat kelihatan jelas dan purnama cahaya bulan begitu indah.

"Aku selalu tidur sini kalau aku dapat mimpi itu." King Adriel mengeluh, dia akan cari tempat yang tenangkan hati. Siapa sangka raja sekejam dirinya pun menenangkan diri berseorangan di sini.

"Sejak kau ada, aku dah tak bermimpi. Tidur aku rasa tenang macam persekitaran sekarang. Aku tak faham sebabnya tetapi itu kenyataan." King Adriel menghela nafas berat.

Matanya ralit memandang ke arah kepekatan langit malam. Adeena pula memberanikan dirinya merenung wajah King Adriel yang begitu menarik perhatian tambahan pula pada jarak sedekat ini. Dia tidak nafikan yang jantungnya berdegup laju melihat ciptaan Tuhan yang indah.

"Adeena Dayra kan nama kau?" Adeena mengangguk dengan gugup.

"Kau kisah tak kalau aku kongsi dengan kau cerita aku?" Sepasang mata King Adriel memandang ke arah sepasang mata Adeena setelah kepalanya sedikit mendongak, memandang pemilik paha yang dia rehatkan kepala. Adeena tergamam.

"Cerita?"

"Cerita?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
R1 The King's Bride | TerbitWhere stories live. Discover now