Chapter 5

8.5K 738 53
                                    

KING ADRIEL berjalan ke sesuatu arah

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

KING ADRIEL berjalan ke sesuatu arah. Arah berlainan dan bertentangan dengan kawasan orang ramai yang sedang menikmati malam itu. Walaupun sudah sejam berlalu sejak tari-menari itu berakhir namun jantungnya, masih lagi tidak berhenti berdegup laju.

Cara pandangan dari mata hijau itu membuatkan dirinya tidak tenang. Siapa gadis bertopeng misteri itu? Gaun dan figuranya begitu sama dan jelas sebagaimana mimpi misteri King Adriel selama ini.

Terhenti. Kakinya seperti tersepak sesuatu di kawasan gelap. Keras, tidak seperti batu. Berat.

Dia terus menunduk dengan kaki terus menyentuh. Lembut. Sejuk. Kulit manusia tetapi basah dengan cecair pekat. Dahinya sedikit mengerut.

"Venn!" Salah seorang pengawal dan pengurus peribadinya yang berjalan dari jarak jauh terus bergegas ke hadapan. Mereka sentiasa mengawasi raja itu atas arahan.

"My King!" Venn menunduk hormat gaya rakyat Asteria dengan patuh. "Apa ada, Tuanku?" Dia nampak dalam samar-samar rajanya sedang menunjuk sesuatu di bawah.

Dia turut menunduk juga lalu menyentuh walaupun tidak jelas juga penglihatan di malam dan belakang bangunan. Masing-masing tidak membawa sebarang lampu atau cahaya.

King Adriel memandang ke belakang dan memanggil beberapa orang royal knight yang mengawal dirinya seperti Venn. Mereka maju ke arah itu dan menyuluh ke lokasi.

"Ampun Tuanku, saya rasa ini manusia tapi... Basah," Venn membalas lalu apabila cahaya menyuluh, dia tersedar tangannya basah dengan cecair pekat merah gelap. Darah.

"T-Tuanku... Mayat..." King Adriel mengecilkan matanya lalu memerhati susuk tubuh seorang perempuan yang terbaring di atas tanah itu. Seperti dia kenal gaun dan warna rambut perang muda ini. Gadis itu tidak sedarkan diri.

"Periksa betul-betul." Dingin King Adriel memberi arahan seperti bisa. "Ampun, My King." Venn akur lalu memeriksa pernafasan gadis di hadapan mereka dan nadi.

"Hidup... Hidup lagi, Tuanku." Venn memberitahu setelah memeriksa.

King Adriel Darren terdiam sejenak. Perasaan pelik itu hadir lagi. Sama seperti selepas dia bangun dari tidur. Sama seperti dia bertemu dengan gadis ini tadi.

"Bawa... Bawa perempuan ni ke Reges Astrum. Bilik beta. Bilik tidur beta," titah King Adriel membuatkan Venn dan beberapa orang royal knight di situ tergamam.

"Ampun, My King. Bilik... Bilik tidur Tuanku?" Venn menyoal dengan terkejut.

"Kenapa? Tak dengar ke? Sepuluh minit aku bagi, kalau tak, kau orang jadi macam dia." King Adriel merengus sebelum beredar dari situ.

Venn memandang ke arah royal knight itu, mereka memandang sesama sendiri. Hairan. King Adriel tidak pernah membawa mana-mana perempuan ke dalam bilik tidurnya sendiri. Bangunan yang sama tetapi ketika bersama mistress, dia gunakan tingkat bawah.

R1 The King's Bride | Terbitحيث تعيش القصص. اكتشف الآن