BYP 33 💫

38 5 3
                                    

AULIA ketawa dengan kuat. Sinis saja bunyinya. Bagaikan dia sudah menang satu pertandingan besar dimana dia pembunuh dia juga pengarahnya. Tidak dapat dinafikan lagi begitu bahagia nya dia bila dapat tahu Adam sudah melarikan diri dari perempuan bernama Naurah Khadeja itu.

"Bos...payment saya mana? Saya dah buat apa yang bos nak." Kata lelaki itu dengan kasar.

"No! Benda yang kau buat tu tak cukup lagi untuk aku, aku nak lebih! Bagi aku lebih! Aku nak perempuan tu mati..!" Aulia tiba tiba berlagak serius. Dia memandang tajam ke arah orang upahannya yang sedang berdiri di depan meja.

"Tapi saya dah buat rumahtangga mereka bercerai berai. Itu dah cukup dengan payment saya bos... Tolonglah bos, saya perlukan duit. " Rayu lelaki itu lagi.

"Aku nak perempuan tu mampus baru aku akan bayar gaji kau. Sekali bonus sebab kau dah buat kerja dengan bagus. Tunggu untuk beberapa bulan lagi dan kau dapat duit yang kau nak tu." Kata Aulia lagi. Dia duduk di atas sofa sambil menyilangkan kaki. Lelaki tadi mengeluh perlahan. Mahu tidak mahu dia terpaksa menurut. Tapi kos pembedahan adiknya sudah tidak boleh ditangguh lagi. Dia harus membayar secepat mungkin kalau tak, adiknya tidak akan mendapat rawatan yang sepatutnya.

Lelaki itu meraup wajah. Di mana lagi harus dia mencari duit untuk membiayai kos rawatan adiknya itu.

"Mikhael, wait! " Suara Aulia kedengaran tegas di telinga nya. Dengan secepat mungkin dia menoleh. Barang kali bos nya itu baik hati untuk meminjamkan dia wang untuk rawatan adiknya.

"Kau nak duit cepat kan..?"

Mikhael angguk lagi.

"Aku ada kerja untuk kau.." Ujar Aulia seolah-olah mendapat akal baru untuk memusnahkan lagi rumahtangga Adam dan Naurah yang sudah roboh itu.

NAURAH melabuhkan punggung di atas tangga batu di depan rumah neneknya. Kebetulan pula dia sampai ke sini, rumah itu sepi saja. Macam tiada orang. Dia menyepak batu batu kecil di atas tanah. Hari sudah gelap. Angin pula menderu dingin malam itu. Membuatkan dia berasa mengigil saja. Memandangkan rumah Nek Yam berdekatan dengan pantai makin sejuk lah angin pada malam itu.

Belum sempat Naurah mahu lelapkan mata diatas tangga batu itu, matanya memandang kelibat seorang wanita tua yang jalan terbongkok-bongkok menuju ke arahnya. Sudahlah berpakaian seperti hantu. Dia pula berasa seram sejuk. Berdiri tegak bulu roma nya tika itu. Takkan lah cerita ni nak tukar jadi cerita hantu pula kan..

Makin lama makin dekat pula lembaga itu dengan nya. Naurah sudah mengucap dalam hati. Dia menekup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan. Tidak sanggup melihat muka mengerikan itu dekat dengan nya.

'Janganlah dekat dengan aku..'

"Assalamualaikum..cari sape ye?" Tegur 'lembaga' itu kepada Naurah. Fikiran mula memikirkan perkara-perkara yang negatif. Mungkin hantu itu mahu bermain-main tarik tali dengan nya.

"Pergi kau dari sini! Jangan kacau hidup aku, kalau kau nak makan aku aku mohon jangan. Aku tak ada isi. Pergi makan orang lain.." Naurah melalut seorang diri. Dia mengibas udara yang berada di depannya.

'Lembaga' itu menggeleng kepala sebelum mengambil batok di atas  tempayan lalu diketuk tepat di kepala Naurah.

"Auchh! Bukan main hantu zaman sekarang, canggih betul. Kepala aku diketuk nya..aduh.." Omel Naurah sendiri. Dia akhirnya mahu berdepan dengan 'lembaga' itu sendiri. Dia sudah tidak betah diganggu lagi. Namun, usai saja dia bangun wajah Nek Yam menerjah ruangan mata. Wanita tua itu mengerdipkan matanya beberapa kali.

"Nek Yam!" Tubuh wanita tua yang susut itu ditarik ke dalam pelukan.

"Nek Yam ni dari mana pakai telekung ni bagai, Deja mati mati ingat lembaga manalah tadi." Soal Naurah sambil memuncungkan bibirnya ke depan. Mahu bermanja dengan nenek kesayangannya itu. Dia juga membahasakan dirinya sebagai Deja singkatan bagi nama Khadeja.

[OG]Bukan Yang Pertama✔Where stories live. Discover now