BYP 32 💫

49 7 7
                                    

ADAM memandu kereta dengan perasaan bercampur baur. Dia tidak boleh menafikan bahawa kejamnya dia melayan Naurah di rumah tadi. Dia juga tidak tahu kenapa dia berani melakukan tindakan sebegitu pada isteri sendiri. Dia cuma berang bila dapat tahu Naurah sebenarnya curang dengannya dalam diam. Surat yang dibaca oleh nya tadi memang tak terfikir dek akal.

Beraninya Mikhael menulis surat itu dan diberikan pada Naurah dengan alasan si adik yang mengirim nya. Licik sungguh!

Fikiran Adam kini berputar mengingati kata kata yang dia hamburkan buat si isteri.

Aku akan lepaskan kau bila masa nya dah tiba.

"Arghhhhh! Kenapa kau boleh cakap macam tu pada dia, Adam?!" Stereng kereta di pukul kuat. Dia bagaikan sudah tersedar akan kesalahannya yang baru saja dia lakukan tadi. Sungguh, dia tidak berniat untuk berkata seperti itu pun pada Naurah. Emosinya seakan-akan dikawal seseorang untuk berlaku kasar pada isteri nya sendiri.

Sedar tak sedar dia juga mengalirkan air mata penyesalan. Menyesal kerana sudah kejam pada isterinya. Namun wanita itu perlu di ajar. Suka hati bawa masuk lelaki di saat dia tiada di rumah. Mikhael harus mendapat pembalasan kerana sudah sentuh haknya tanpa pengetahuan nya.

Adam membelok ke kiri lalu masuk ke perkarangan rumah. Untuk menenangkan diri yang sedang dibelenggu dengan banyak masalah, dia rasa lebih baik dia menginap disini semalam dua. Kalau hatinya sudah tenang, baru dia akan pulang dan berbincang dengan Naurah tentang penceraian mereka.

"Mak Som, ibu ada dalam rumah?" Tanpa memberi salam, Adam terus bertanya. Wanita tua itu hanya mengangguk perlahan sebelum menggaru tidak gatal. Adam berjalan melewati wanita tua itu lalu masuk ke dalam rumah. Pelik. Kebiasaannya Adam akan memberi salam terlebih dahulu. Hari ini lelaki itu nampak berbeza dari biasa.

"Apa tak kena dengan si Zaf ni, salam tidak apa tidak..haih budak budak zaman sekarang ni...apa nak jadi pun tak tahu lah.." Mak Som membebel seorang diri lalu menyambung kembali kerjanya yang tergendala.

Adam mengatur langkah laju naik ke atas. Dia mahu menenangkan diri nya sebentar. Namun pergerakannya berhenti bila bertembung dengan Mastura di tangga.

"Eh bila kamu balik Zaf?" Tanya si ibu dengan lembut. Adam menelan liur bila Mastura bertindak melilau lilau di belakangnya. Tidak lain tidak bukan mesti mencari menantu kesayangannya juga.

"Mana Naurah?" Seperti yang dijangka, Mastura bertanya pada anak lelakinya.

"Naurah..err dia tidur rumah kawan dia untuk dua tiga hari ni.." Tipu Adam ragu ragu. Mastura mula mengerutkan kening. Kawan? Setahunya, Naurah tidak mempunyai kawan sejak datang ke sini dan dilihat wanita itu kurang bermesra dengan orang yang dia baru kenal seperti Kayla itu.

"Kawan? Sejak bila Naurah ada kawan?" Soal Mastura hairan dengan jawapan Adam. Lelaki itu sudah mati kata. Dia tidak mungkin menceritakan hal yang baru saja terjadi tadi antara dia dengan Naurah. Mahunya dihambat keluar dengan penyapu oleh ibu nya sendiri.

"Er...adalah. Baru jumpa dekat mall semalam. Dia pelawa Naurah tidur rumah dia memandangkan mak ayah dia pergi oversea. Biasa lah ibu orang perempuan ni kan penakut sikit.." Adam Zafran mereka cerita lagi. Dia berharap sangat yang Mastura tidak akan bertanya lebih lebih lagi padanya. Dia sudah kehabisan idea untuk mencipta alasan. Dia hanya mahukan ruang untuk berfikir seorang diri.

Mastura hanya menganggukkan kepala. Malas mahu bertanya lebih tentang rumahtangga anak menantu nya. Dia pula bukanlah seorang yang suka jaga tepi kain orang. Baik solat lagi bagus.

"Kamu dah makan Zaf?" Tanya si ibu prihatin.

"Belum. Nanti kalau Zaf lapar Zaf turun makan okey ibu. Zaf naik dulu.." Katanya sebelum meloloskan diri dari situ. Buatnya si ibu bertanya bukan bukan lagi, tak ke naya dia dekat situ.

[OG]Bukan Yang Pertama✔Where stories live. Discover now