BYP 8 💫

56 8 0
                                    

AZIM mengetuk pintu pejabat bosnya sebelum dia meluru masuk kedalam. Tercungap-cungap dia mencari udara yang masih bersisa diruang tersebut. Adam Zafran mengerling sekilas ke arah kawan baiknya sebelum dia kembali fokus menaip di komputer. Lincah jari runcing nya menari nari diatas papan kekunci.

Dia terpaksa pulang esok ke rumah kerana banyak lagi urusan yang hendak dilaksanakan. Tambah lagi dengan perbincangan projek dengan Tan Sri Jaafar, pemilik syarikat yang terkemuka di Singapura terpaksa dia mengadaikan waktu yang berharga malam ini iaitu makan bersama sama keluarga termasuk Naurah Khadeja.

Haih, teringat pula pada dia..

"Kau memang tak nak tahu kenapa aku lelah macam ni ke?" Tanya Azim lelah. Dia memicit sedikit pelipisnya sebelum melepaskan keluhan panjang.

"Apa? Aku banyak kerja lah. Petang ni aku kena attend a meeting with Tan Sri Jaafar you know? Aku malas lagi fikir fasal kau ke apa." Adam Zafran menjawab tanpa berlapik. Azim yang berada di sofa terus mendecit perlahan. Tak guna punya kawan! Wajah lelaki yang sedang sakan menaip sesuatu di komputer itu dipandang sekejap sebelum dia bangun lalu menapak ke arah kerusi yang disediakan khas di depan meja kerja bosnya.

"Kau tahu tak Katrina kejar aku? " Serentak itu, Adam Zafran memberhentikan kerjanya.

"Kenapa pula janda tu kejar kau? "

"Dia nak ajak aku keluar dengan dia lah apa lagi. "

"Then, just go. "Balasnya. Azim tayang wajah tidak percaya. Lelaki depannya ini betul betul sibuk!

"Mati hidup balik pun aku tak nak kat dia. "

"Oh." Ringkas bosnya menjawab. Azim terpinga pinga lalu mengusutkan rambutnya sebelum dia keluar daripada ruangan Adam. Benci betul bercakap dengan si bos tu, kadang kadang rasa cakap dengan patung pun ada. Ish!

Selepas 30 minit bertarung dengan kerja, Adam menekan butang save pada laporan kerjanya setelah itu dia mengemas kertas kertas yang berselerak diatas meja. Dia meregangkan otot-otot yang kendur itu kembali menjadi regang.

Bingkai gambar yang berada di bahu meja diambil. Gambarnya dengan seorang perempuan yang sangat dia cintai sebelum perempuan itu putuskan ikatan percintaan mereka ditengah jalan. Bukan kerana tidak cinta, tapi gadis itu pilih kerjaya yang sementara daripada cinta yang tiada penghujungnya. Adam mengamati gambar itu lama, setelah itu dia mengeluh perlahan. Teringat akan kata kata gadis pujaan nya dahulu yang menghina dirinya tidak setanding dengan lelaki lain. Hati mana yang tidak terusik, apatah lagi mereka sedang bercinta. Sepatutnya mereka menjaga hati satu sama lain tapi malangnya, benda yang tidak diingini terjadi.

"You tak pernah nak bersyukur dengan hubungan kita ni! Apa yang you tahu, tunggu dua tiga tahun lagi. I ni model, bila bila masa je orang offer I kerja luar negara. You sepatutnya fikir mana nak buat dulu, ini bertunang pun you tak nak lagi, you ingat I ni apa?!" Aulia mendengus geram. Kalau tahu dari dulu lagi dia tak akan bercinta dengan Adam Zafran. Penat lelah dia tunggu selama ini, ada baiknya dia sambung kerjaya di luar negara.

"I dah cakapkan, kita kahwin dua tiga hari lagi. Ayah I baru meninggal boleh tak you hormat pemergian dia?" Adam cuba memujuk. Dia memegang erat bahu Aulia namun ditepis kasar oleh gadis itu. Dia merenung mata redup itu tanpa belas kasihan. Aulia merasakan bahawa Adam ingin memainkan perasaannya dan menyekat kebebasan dalam kerjayanya sebagai model.

"I peduli apa dia nak mati sekalipun! I penat tunggu you, you langsung tak pernah nak faham I!" Dada Adam dipukul bertubi-tubi. Tak mengendahkan langsung orang awam menyaksikan perbalahan mereka di tepi pantai itu.

"You jaga sikit mulut you! I tak akan teragak-agak nak naik suara pada you!" Adam menahan diri daripada melakukan perkara yang tidak diingini. Gatal saja tangannya mahu naik menampar muka Aulia sampai pecah.

[OG]Bukan Yang Pertama✔Where stories live. Discover now