Bab 40

1K 36 0
                                    

Aku cuba untuk tidur tapi tak dapat. Setiap Aksi Guillermo terpapar di ingatan aku apabila dia menyelamatkan aku daripada draco,thunderstorm tu ,bila aku kena allergic , bila aku bangun dari tidur orang pertama yang aku lihat adalah dia .

Tiba-tiba aksi yang sama muncul tapi bukan Guillermo orang pertama yang aku lihat tapi Lucas. Akhirnya aku teringat, perkara tu pernah terjadi kepada diri aku dengan Lucas.

Alarm telefon aku berbunyi menandakan kelas dah nak bermula. Tak apa lah ponteng sehari je pon. Aku mematikan alarm itu dan tidur. Boleh pulak aku lupa yang Lucas tu sakit.

Segera aku terbangun. Kelihatan aku sedang terlantar di tilamnya. Ya allah! Asal aku ada kat atas tilam ni? Sebaik sahaja aku memandang di belakang. Kelihatan Lucas sudah merenung aku sambil tersenyum.

Tanjat aku.Aku tak ingat pun detik-detik aku panjat naik tilam dia. Sumpah aku duduk  kat lantai semalam. Ish,Nahas lah aku. Aku mula membaiki diri aku dan terduduk di katil king size itu. Jarak antara kami tak dekat sangat.

"kau ok ke? "Soal aku nak menukar topik.Sebenarnya aku dah malu sangat-sangat ni.Dia mengangguk sambil tersenyum tetapi muka dan mulutnya masih pucat."oh, aku sediakan breakfast. "Kata aku ingin meninggalkannya di bilik itu.Aku betul-betul nak lari. Malu gila woi.

Tetapi tangan aku digenggam olehnya.

Aku berpaling ke arah Lucas."Thanks sayang. "Ucapnya yang membuatkan aku tersenyum. Aku gembira tapi malu jugak.

Very first time. Tanpa ku sedari air mata lagi mengalir. Aku pun dah menyampah dengan diri sendiri. "Why can't I fucking stop?"Marah aku pada diri sendiri sambil mengelap air mata.

Keesokkan harinya, lonceng rumah aku ditekan berkali-kali yang mengejutkan aku dari tidur .Siapa lagi ni yang datang rumah aku awal pagi ni?

Aku segera berjalan ke pintu rumah. Tiba-tiba aku terhenti apabila muka Guillermo yang muncul di fikiran aku. Rasa-rasanya dia ke? eish kalau betul dia, aku tak nak layan langsung hm.

Tapi lonceng tu tak pandai berhenti ditekan. Apa lagi lah dia nak dari aku? Dah dia sindir aku depan-depan semalam. Tak puas lagi ke. Mamat poyo.

Oke, siapkan mental kite ye. Buat sombong depan dia. Biar dia rasa apa kau rasa. Aku menarik nafas sebelum membuka pintu tersebut.

"Oh hey... "Dasar. Dah sedia aku tinggikan hidung rupa-rupanya bukan dia. Bill rupa-rupanya. "Why? "Tanya aku terkasar. Sorry i didn't mean to.

"kau free ke harini? "Tanya Bill. Dah dah lah tu nak ajak aku keluar! Salah masa betul lah budak satu ni. "tak-"jawapan aku terhenti apabila sesuatu yang muncul di otak aku.

Eh

Tak jugak.

Tak salah pun.

Aku pun ada banyak pertanyaan ni dengan Bill TENTANG GUILLERMO budak sesat dari Spain tu. Memandangkan pertama kali aku kenal Guillermo ni dari Bill yang kononnya kawan dia. Jadi aku nak tanyalah pasal dia .

Aku rasa diaorang bukannya kenal lama sangat kot. Bagus! Terima kasih Bill kerana menjemput aku. "Ada."Jawab aku.

Aku pun bersedia manakala Bill menunggu aku di ruang tamu aku sambil bermain telefonnya. "dah jom. "Ajak aku dengan semangat tapi tak gembira. Bill tersenyum gembira. Ew aku bukan ada maksud apa-apa eh.

Semua ni untuk Guillermo aje. Kami pun makan di sebuah restoran yang fancy fancy gitu. Tau lah budak Bill ni kan kaya.Hotel dia tu yang bukan calang-calang. Bapak dia kan jutawan, sebagai anak pun ada lah dapat sisa-sisa harta. Asalkan ada lah.

"aku bawa kau ni sebagai kawan, aku harap Lucas tak marah lah. "Kata Bill aku tahu, dia tu bukan nak minta maaf betul-betul saja je nak bagi bunga-bunga supaya aku tak maqah.

"ye."Jawab aku simple simple. "kau ada minta kebenaran ke? "tanya Bill ragu-ragu. Budak bill ni berlakon je tahu. Cakap aje lah sengaja nak buat Lucas cemburu.

"takpayah. "Jawab aku dengan selamba. Dia tertawa senget."Korang gaduh ke? "Soalnya . "tak."jawab aku.

"jadi dia tak marah ke kalau aku ajak kau keluar? "Tanya Bill sekali lagi. Dia dah lama mampus. Hehe tak lah macam tu.

"tak."

"korang dah...  Broke up? "teka Bill. Aku membalas renungan dia dengan muka serious. "Dah lama. "Jawab aku sambung makan. Bill sudah tersenyum senget. "im sorry to hear that. "Ucapnya sengaja.

"i guess he left you... "kata Bill tanpa belas kasihan. Aku memandangnya sambil mengangguk. "sounds stupid but true."Jawab aku yang membuat Bill terkaku.

Mesti dia hairan kenapa aku tak nampak sedih selepas broke up dengan orang yang jadi saingannya selalu."I want to ask you a few things. "kata aku sambil berhenti makan.

Dia tersenyum senget. "Sure. "jawabnya. "Kawan kau Guillermo I mean , Leonard. Dah lama ke korang kenal? "Soal aku dengan cara cool. Vibe-vibe Guillermo pulak dah. Ee cukup dengan dia!

Balik-balik dia je yang menghantui fikiran aku selepas kejadian kemarin. "dalam masa 4,5 bulan cam tu. "Teka Bill. Aku dah agak dah! Mesti tak lama. Seperti masa aku kenal Lucas .Dahinya terkerut. "wait, who's Guillermo? "Tanya dia tertanya-tanya.

"Leonard. "Jawab aku yang membuat Bill tertawa senget. "so you know him better than i do. "katanya. Mukanya sudah menunjukkan rasa cemburu di dalam hatinya. "No, i don't. That's why im asking you about him. "Kata aku.

"bila masa pertama kali korang kenal? "Tanya aku. Biarlah nampak macam reporter yang penting aku dapat apa yang aku nak tapi sebenarnya tak mudah.

"why on earth are you asking bout him? "Tanya Bill mula berapi. Aku tahu dia tak nak bagitahu pasal Guillermo Carleo. Tak apa, aku ada banyak cara Bill. Aku memberikan bill segelas wine. Pastu dia akan minum.

Setiap kali dia menghabiskan segelas wine itu aku akan isikan lagi sehinggalah soalan aku habis dijawab. "Bila pertama kali awak dan Leonard kenal? "ulang aku. Panggilan aku pun mesti dengan cara halus kalau tak, tak jadi lah nanti.

"The day when we broke up. I know you remember that. "katanya mula mabuk. Terkena pulak hari bodoh tu. "where? "Tanya aku sambil menuangkan wine itu ke dalam gelasnya.

Mesti aku berdosa besar lah aku buat dia macam ni haduh mati lah aku. "my hotel. "Jawabnya begitu singkat. "and how? "tanya aku lagi.

" Leonard tinggal kat hotel tu. Saya tak nak pun berkawan dengan dia tapi dia cakap dia tak tahu sangat tempat-tempat kat malaysia ni so dia minta aku tunjukkan tempat-tempat kat sini. "Terang Bill begitu jelas.

Ceh tak tahu tempat Malaysia lah sangat. Bill ni tanpa disedari, dia hanya digunakan dengan seseorang. Aku faham sekarang.

Tbc.
Edited

Estupído But True.[c]Where stories live. Discover now