Terdiam Izz mendengar kata-katanya. Papa Ain ada sisi lain apabila beliau marah. Namun, beliau sebenarnya seorang yang penyayang walaupun garang.

          Ain yang ternampak Airil berjalan di kawasan dia berada terus berpusing dan masuk ke dalam kereta Encik Naem. Kereta Toyota tersebut bergerak membelah jalan raya meninggalkan kawasan sekolah.

          Izz meraup wajahnya.


          What should I do now? It seems like she hates me.





~~~~





          Ain ke rumah Airil seperti biasa untuk membuat kerja sekolah bersama-sama. Semasa belajar tu, Airil dan Ain cuma senyap saja. Masing-masing tidak bersuara. Mungkin disebabkan adegan memalukan yang berlaku di sekolah petang tadi.

          Airil melirik mata ke arah gadis yang sedang mengelamun di sebelahnya itu. Kerja tak buat, mengelamun saja kerja.

          Manakala dalam fikiran Ain pula...



          Hm... Farah dah minta maaf kat aku. Aku rasa dia ikhlas dengan kata-katanya. Tapi... betul ke kau nak maafkan dia, Ain? Macam mana kalau tetiba kau dengan dia gaduh balik? Haih.















          "Buat kerjalah woi. Mengelamun apa?" Tegur Airil yang semakin menyampah melihat Ain. Lama benar termenungnya.

          Ain masih membisu. Fikirannya bercelaru tika ini.

          "Weh, kau rasa patut ke aku maafkan Farah?" Tanya dia tiba-tiba.

          "Maafkan jelah. Member kau kan? Buat apa nak simpan dendam lama-lama?"

          "Tapi dia rampas Faizz dari aku do!"

          "Ah, pergi mampuslah dengan budak Faizz tu! Menyampah aku dengar nama dia." Kata Airil dan sambung membuat kerja sekolahnya.

          "Ish dia ni. Tapi seriuslah? Patut ke aku maafkan dia?"

          "Maafkan Farah. Budak Faizz tu boleh pergi mampus. Apa bodoh sangat nak curang? Kalau betul dia sayangkan kau, dia takkan buat benda bodoh macam tu." Balas Airil sambil matanya masih ditumpukan pada kerjanya. Nada suaranya kedengaran seperti menyampah.

          "Tadi tu pun dah kenapa? Nak berpeluk-peluk kat sekolah pula. Kalau cikgu nampak, memang habis korang tau." Sambung lelaki itu tentang situasi di sekolah antara Ain dengan Izz tadi.

          "Bukan sengaja k. Tadi aku nak terjatuh, dia tangkaplah aku. Memang taklah aku nak peluk dia."

          "Yelah tu." Mendengar balasan Airil, Ain cuma menjeling dan senyap saja. Malas dia nak bertengkar.










         

          "Tapi kan weh... dia kata dia menyesal tau. Semua orang layak diberi peluang kedua kan? Yelah, sebab kita kan manusia. Tak lepas dari membuat kesalahan." Kata Ain perlahan.

MathsWhere stories live. Discover now