26 • Is he the one?

5.9K 659 87
                                    

— Maths —





Hari ini, semua cikgu sedang mengadakan perjumpaan di bilik mesyuarat. Jadi, ada latihan yang ditinggalkan untuk murid tingkatan lima untuk disiapkan tetapi pelajar-pelajar kelas 5 Usaha nampaknya sibuk dengan urusan masing-masing. Kebanyakannya cuma bersembang kosong saja. Suasana di belakang kelas riuh-rendah dengan gelak tawa sekumpulan pelajar lelaki yang berkumpul di situ. Entah apa yang mereka main di belakang sana.

Kecuali Airil.

Dia sibuk menyiapkan latihan yang diberikan oleh cikgu. Ada juga beberapa pelajar lain yang membuat latihan tersebut tetapi majoritinya pelajar perempuan.

Ain bangun dan menarik kerusinya duduk di sebelah Airil. Sebelah Airil sepatutnya tempat duduk kawannya, Syafiq tetapi lelaki itu sudah hilang, duduk di tempat duduk belakang, menyertai pelajar lain membuat bising.

          "Airil, tolong aku."  Kata Ain kepada Airil yang fokus membuat latihan esei Bahasa Inggeris.

          "Tolong apa? Aku sibuk ni." Balas Airil tanpa memandang Ain.

          "Alah, ni kerja Kimia ni aku tak faham. Tolonglahhh."

          "Nanti-nanti jelah. Halah kau ni."

          "Alaa weh tolonglahhh. Markah Kimia aku masih rendah tau untuk exam trial hari tu! Aku takutlah kalau dapat C lagi untuk SPM nanti."

          "Pergilah belajar sendiri. Ramai orang dalam kelas ni. Pergi mintak diorang ajarkan."

          "Ala, tak nakkkk. Nak kau yang ajarkan."

          "Tak nak sudah. Aku pun tak nak ajar kau."

          Ain memandang Airil tajam. Dari tadi dia bercakap dengan Airil, mata lelaki itu asyik memandang kertas latihan saja. Dia pun merampas kertas tersebut lalu menyimpannya di dalam laci meja.

          "Woi, kau pahal? Bagi balik!" Marah Airil.

          Habis renyuk kertas latihan dia bila Ain menariknya kasar tadi.

          "Kau ni takde life eh? Kerja belajaaaar je! Cuba buat benda lain sekali sekala."

          "Suka hati akulah. Life aku. Kau sibuk pahal?"

          "Airil tolonglahhh. Pleaseee! Tolong aku buat kerja ni. Aku tak fahammm." Rayu Ain.

          "Alah, kau ni. Pergilah mintak tolong orang lain. Semak ah. Aku nak siapkan esei tu."

          "Tak nak. Tolong aku dulu."

          "Eish, bak sini."

          Buku latihan Kimia dirampas oleh Airil dari tangan Ain. Terus bersinar mata gadis tersebut bila Airil sudi membantu dia.





          10 minit mengajar...

          "Dah, faham tak?" Soal Airil setelah menjelaskan bab lapan, subjek Kimia.

Mathsحيث تعيش القصص. اكتشف الآن