22 • Break up

5.9K 634 122
                                    

— Maths —





          Tepat jam 1:20 petang, loceng sekolah berbunyi menandakan tiba waktu untuk pulang ke rumah. Ain, Izz dan Farah berjalan menuruni tangga blok sekolah.

          "Izz, hari ni kita keluar nak? Kan kita dah plan nak keluar lepas exam. Jom." Ajak Ain sambil berjalan beriringan dengan Izz.

          "Urm... okey, besok kita keluar. Hari ni I ada hal. Nak kena tolong parents I dengan kerja diorang." Izz membalas.

          "Oh, okay then. Good luck."

          "Thanks." Senyuman Ain dibalas Izz.

          Mereka bertiga berjalan menuju ke pagar utama sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing. Farah melihat kereta emak dia sudah terletak elok di depan sekolah. Dia pun berjalan menuju ke kereta Honda yang berwarna hitam tersebut.

          "Aku balik dulu weh. Bye~"

          "Weh kejap!" Ain menghalang Farah daripada terus berjalan.

          "Nanti kita keluar, nak tak? Kau takde buat apa-apa kan dekat rumah?" Tanya Ain.

          Farah mengerling ke arah Izz sekilas sebelum memandang gadis itu semula. Dia membisu seketika.

          "Ala, sorry weh. Mak aku tak kasi keluar. SPM dah dekat kan?"

          "Alah, dua bulan lagi kot. Lek ah, lama lagi. Takkan keluar sekali pun tak boleh?"

          "Itulah... tapi sorry do. Aku takleh. Aku pergi dululah. Bye."

          "Hurm bye.." Ain membalas lambaian Farah lalu kereta Honda tersebut laju membelah jalan raya setelah Farah menapak masuk ke dalamnya.

          Keluhan dilepaskan oleh Ain.

          "It's okay la, sayang. Lain kali kita keluar sama-sama. Lepas kerja I dah siap nanti, kita keluar eh?" Pujuk Izz lembut sambil bahu Ain dipeluknya.

          "Okey... I balik dulu. Papa dah sampai tu."

          "Alright. Bye, sayang."

          "Bye." Ain melangkah masuk ke dalam kereta papanya dan bergerak pulang ke rumah.

          "Papa, nanti Ain nak ke rumah Farah kejap tau. Kalau boleh, nak pergi sebelum pukul dua." Kata Ain sebaik saja Encik Naem memusing stereng masuk ke sebuah selekoh jalan.

          "Okey. Balik pukul berapa?"

          "Urm... tak pasti. Tapi takpe. Ain balik naik Grab je."

          "Ha yelah."






          Aku yakin ada sesuatu yang tak kena. Dah berapa hari dah selepas habis exam, Izz macam tak mahu pun keluar dengan aku. Farah tu pun satu. Ugh, aku kena cari jugak jawapannya.





~~~~





          Pukul 1:49 petang lagi, Ain sudah sampai di rumah teres Farah. Dia bersalaman dengan papanya lalu melangkah keluar dari kereta. Encik Naem pun memandu pergi dari situ untuk ke tempat kerjanya semula. Ain memandang kereta papa dia sehingga hilang dari pandangan.





          Okey cun. Papa dah pergi. Now, kita tunggu.



          Dia menyorok di sebalik sebuah pokok besar berdekatan dengan rumah Farah.





MathsWhere stories live. Discover now