39

143 3 0
                                    

Surianna membaringkan tubuh di atas tilam, dia penat selepas mengemop lantai rumah. Nanti kalau dia tak buat, orang tua tu asyik bising aje.

"Mama. " Afiq memanggil.

Surianna menoleh memandang anaknya.

"Ye sayang, kenapa ni? " soalnya lembut.

"Mama tak sihat ke? "

"Mama bukan tak sihat sayang, mama cuma tak larat aje. Mama kan baru lepas buat kerja" Surianna mengusap lembut pipi anaknya.

Afiq memeluk mamanya. Surianna membalas pelukan anaknya. Sejak kebelakangan ini, Afiq tidak mahu berenggang dengannya.

"Hoi!! " tiba-tiba Puan Zarina menengking di muka pintu bilik.

Surianna terus bangun.

"Amboi, amboi... Sedapnya kau tidur, kerja pun belum siap lagi nak membuta aje kerja kau!! " jeritnya.

"Kerja semua dah siap, Suri nak rehat kejap umi. Suri penat" katanya.

"Siap apanya? Aku suruh kau mop lantai! Tapi kenapa kotor lagi lantai tu? Kau keluar mop lain, kang aku suruh kau jilat lantai tu! " Puan Zarina menunjuk ke arah luar.

"Tapi umi.. Suri baru aje lepas mop. Bagilah Suri rehat sekejap" balas Surianna.
Puan Zarina menghampiri menantunya.

"Kau cakap apa? " Puan Zarina menolak kepala menantunya.

"Penat? Kau tengok muka aku " Puan Zarina menekan muka menantunya.

"Ada muka aku kisah?kau penat ke,kau tak penat ke.Aku tak kisah! Sekarang ni, kau ikut aku!" Puan Zarina menarik kasar tangan menantunya.

Puan Zarina menarik Surianna keluar dari bilik. Sampai sahaja di ruang tamu, Puan Zarina terus menolak Surianna .

"Aku nak kau mop lantai ni sampai bersih! Jangan malas sangat!! " tengkingnya.

"Umi tolonglah kesiankan Suri umi. Suri letih umi. Kenapa umi buat Suri macam ni umi? " Surianna meluahkan rasa tidak puas hatinya.

"Kau dah pandai melawan kan? "

"Tak umi.. Suri tak ada niat pun umi"

"Kau tak payah nak tunjuk baik depan akulah!! Kau ni dah lapar penampar aku ni! Kau mari sini! Aku nak ajar kau cukup-cukup! " Puan Zarina menarik rambut Surianna lalu mengheretnya ke luar rumah.

Sampai sahaja di luar rumah, Puan Zarina terus menolak Surianna kasar.

"Kau berambus! Kau berambus!! Kau tak payah nak tinggal sini lagi!! " halaunya.

"Umi.. Umi tolong jangan buat Suri macam ni umi.. " Surianna sudah menangis.

"Kau ni memang nak kena ajar! " Puan Zarina terus menampar pipi Surianna. Surianna jatuh kembali.

Puan Zarina menendang tubuh Surianna berkali-kali. Sehingga mereka dikejutkan dengan satu jerkahan.

"Berhenti!!!! "

Puan Zarina terhenti, dia menoleh ke arah gerangan suara itu. Surianna turut memandang ke arah itu.

Encik Raden menghampiri mereka dengan wajah yang bengis.

"Kau ni memang tak guna!!! " Encik Raden menolak tubuh Puan Zarina. Sambil itu, dia membantu Surianna bangun.

"Ayah.. Ayah buat apa kat sini? "

"Kenapa kamu sanggup tak bagitahu ayah Suri? Kenapa kamu masih tahan tinggal kat neraka ni? " tinggi suaranya sambil memandang geram Puan Zarina.

"Kau datang sini buat apa?! " tengking  Puan Zarina. Encik Raden menolak anaknya ke belakang.

Cinta Yang TerhalangDonde viven las historias. Descúbrelo ahora