14

92 3 0
                                    

Puan Zarina resah, sudah sebulan Hafzal tinggalkan rumah ini. Bila telefon tak angkat, Puan Zarina syak mesti Hafzal pergi kerana tidak tahan dengan perangai dia.

"Mak long.. Kenapa ni? Muram aje" tegur Atirah apabila melihat muka ibu saudara dia sedih.

"Macam mana aku tak muram Tira. Hafzal pergi dah dekat sebulan dah.. Aku risaulah.. " balas Puan Zarina.

"Ini mesti pasal perempuan tu! " . Tak habis-habis nak menuduh Atirah ni. Ada je, Surianna tu salah.

"Takkanlah dia nak sorok Hafzal kat rumah dia? Agak-agaklah kau ni pun nak buat cerita pun".

"Tak maklong, bukan itu maksud Tira. Yang Tira maksudkan salah perempuan tu. Dia yang jadi punca maklong gaduh dengan Hafzal tu tahu tak! " main tuduh sahaja Atirah ni.

Puan Zarina diam seketika, seperti memikirkan sesuatu.

"Tak mustahil jugak ye.. "Kata Puan Zarina. Atirah tersenyum puas, akhirnya Puan Zarina termakan dengan tuduhannya.

"Ni semua mesti pasal perempuan tu! Dia yang buat semua ni. Hafzal pergi ni semua salah dia! Kerana dia, Hafzal sanggup tinggalkan aku" Puan Zarina merengus.

"Memang pasal dialah.. Pasal siapa lagi kan? Apa kata, mak long pergi jumpa perempuan tu. Bagi sedas dua biar dia sedar diri" api Atirah.

"Nak jumpa perempuan tu? Huh! Malas aku nak jumpa perempuan tu. Aku tak boleh, nanti aku kira nak pukul dia habis-habisan. Kau tahulah aku ni macam mana kan? Aku kalau jumpa dia, hilang sabar aku tau" kata Puan Zarina.

"Eh, biarlah yang penting dia takut. Bila dia takut mesti dia tak berani kacau Hafzal lagi mak long. Percayalah cakap Tira, bila dia kena sedas dengan maklong confirm dia takut" bersungguh-sungguh Atirah bercerita. Nabila yang sedang mencakar sampah mencebikkan bibir. Meluat betul dia kalau sepupunya datang. Tak habis-habis nak buat fitnah.

"Tak pasal-pasal Hafzal lagi jauh dia tinggalkan aku nanti"

"Alah pasal Hafzal tu. Nanti macam mana dia balik jugak jumpa mak long. Yelah, mak lah katakan. Anak mana yang tak sayang maknya kan? Mungkin dia merajuk kut sebab mak long suka pukul dia. Mesti dia ingat mak long tak sayang dia.. " kata Atirah.

"Mana ada! Aku sayanglah Hafzal tu. Sayang sangat-sangat, aku buat semua ni sebab aku tak nak dia masuk jerat perempuan tu. Aku tak nak Hafzal pulak jadi mangsa dia nanti. Aku tak nak Hafzal pergi dari aku. Entah apa bomoh dia jumpa sampai Hafzal tergila-gilakan dia! " marah Puan Zarina.

"Hah! Apa kata kita pergi jumpa bomoh" cadang Atirah.

"Nak buat apa? "

"Buat apa lagi? Bomohkan perempuan tu lah! Santau ke apa ke" kata Atirah selamba.
"Kau dah gila? Eh, aku memanglah bencikan perempuan tu. Tapi aku tak adalah sampai nak santau dia, nak bunuh dia! Syirik tahu tak! Tak pasal-pasal dapat dosa kering" Puan Zarina menggeleng kepala. Apa punya idealah dia bagi.

Meluat pulak Nabila melihat umi dan sepupunya itu. Tahu pulak dosa, yang dia tuduh orang sesuka hati tu tak dosa? Kata Nabila dalam hati lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Malas nak mendengar kata-kata kesat mereka.

"Iye tak ye jugak kan" Atirah menggaru kepalanya.

"Hmm kau ni, agak-agaklah kalau nak buat rancangan pun. Tak payahlah sampai ke situ. Dahlah, aku malas nak ingat pasal perempuan tu. Benci! " kata Puan Zarina.

"Alah, orang nak bagi cadangan aje. " perlahan kata Atirah.

"Tak payahlah bagi cadangan kat aku. Cadangan kau tu syirik. " kata Puan Zarina.

Cinta Yang TerhalangWhere stories live. Discover now