29

70 4 0
                                    

Surianna menilau di dalam biliknya, sekejap dia duduk sekejap dia bangun. Dia memegang telefon bimbitnya.

"Nak telefon ke tak ni? " Surianna memandang telefon bimbitnya.

"Telefon ajelah.. " Surianna terus mendail nama Hafzal.

Dalam beberapa saat, Hafzal menjawab.

"Assalamualaikum awak. "

"Ye waalaikumsalam. " balas Hafzal.

"Awak sihat? "

"Sihat aje awak. Kenapa ni? " soal Hafzal.

"Tak ada saya saja aje call awak. Saya.. " Surianna tidak meneruskan kata-katanya.

"Ye.. Awak apa? " Hafzal tidak sabar untuk mendengar ayat seterusnya.

"Saya.. Saya rindu awak" laju sahaja Surianna berkata.

"Apa?! " Hafzal separuh menjerit.

"Saya rindu awak" kata Surianna.

"Apa? Sekali lagi saya tak dengar lah awak" gurau Hafzal.

"Awak ni! " Surianna malu. Mukanya sudah merah.

"Akhirnya.. Ada juga orang rindu saya" Hafzal ketawa.

"Awak. Boleh tak kalau kita jumpa? " kata Surianna. Sempat dia melihat jam.

"Saya tak ada masalah, tapi awak boleh ke keluar. Lagipun kan dah malam ni"

"Tak apa. Boleh aje" balas Surianna.

"Ok lah kalau macam tu. Nak saya pegi ambik awak ke? "

"Tak payahlah. Saya pergi dengan kereta sendiri. Nanti saya set location okay" kata Surianna.

"Ok lah kalau macam tu" balas Hafzal.

.................................-..............................

Surianna memandang sekeliling, masih tidak nampak kelibat Hafzal. Kata dah sampai, tapi tak nampak batang hidung pun.

Waktu itu, Hafzal datang dari belakang lalu menutup mata Surianna.

"Rindu ke Sayang? " kata Hafzal.

"Awak, public ni. " Surianna sudah malu kerana mereka berada di pasar malam.

"Ada saya kisah? Jawab dulu"

"Ok. Rindu" Surianna menjawab. Hafzal membuka mata Surianna.

"Kenapa awak lambat? " soal Surianna.

"Sorry, jalan jammed tadi" Hafzal memohon maaf.

"Yelah tu.. " balas Surianna.

Mereka memilih untuk berjalan di sekitar taman yang dipenuhi orang ramai di padang taman itu.

"Awak, tadi umi awak datang rumah saya" beritahu Surianna.

"Umi saya datang? Kenapa dia datang rumah awak. Dia ada buat apa-apa ke? " soal Hafzal bimbang juga kalau uminya mengapakan Surianna.

"Tak, bukan dia bukan buat apa-apa pun. Dia dah berubah awak, dia datang minta maaf pada saya. Alhamdulillah.. Syukur sangat dia dah berubah" ujar Surianna.

"Yeke, alhamdulilah.. " terlupa pula Hafzal bahawa uminya sudah berubah.

"Dia ada kata apa-apa ke pada awak? " soal Hafzal pula.

"Dia cuma mintak maaf aje pada saya. Saya pun dah maafkan dia, buat apa kita membenci kan"

Hafzal tanpa segan silu memegang tangan Surianna. Surianna memendang sambil tersenyum malu, dia dapat merasakan gengaman Hafzal bagaikan tidak mahu melepaskannya.

Cinta Yang TerhalangWhere stories live. Discover now