4

178 8 0
                                    

Surianna baru sahaja pulang bersama adiknya Ikmal dari pasaraya. Banyak barang yang dibeli untuk persiapan majlis esok.

"Eh, banyaknya barang. Sini biar Ika angkat sikit" Zulaikha datang mengambil sedikit barang di tangan kakaknya.

"Ambik dekat Kak Suri aje?  Dekat Ikmal tak nak ambik? " Ikmal memandang kakak keduanya.

"Kau tu lelaki, takkan nak angkat barang banyak tu dah tak larat? " Zulaikha menjeling adiknya.

"Kejam eh! "

"Hish! Dah, dah tak payah nak gaduh" Surianna memegang bahu adik bongsunya. Mereka dua beradik ni memang suka bergaduh. Mereka bertiga menuju ke dapur.

Zulaikha meletakkan barang-barang yang dibeli oleh kakak dan adiknya di atas meja lalu mengeluarkan barang-barang tersebut.

"Petang ni Ika tolong akak masak ye. Akak nak masak lebih sikit sebab ramai orang datang" kata Surianna.

"Ok kak" balas Zulaikha.

Surianna turut menolong adiknya mengeluarkan barang-barang.

"Akak ada jemput keluarga mak cik Zarina ke? " soal Zulaikha tiba-tiba.

"Ada.. " balas Surianna perlahan. Mana adik aku tahu ni?

"Kenapalah akak jemput dia kak?  Menyampahlah dengan dia, nanti bila dia datang bukannya buat apa pun asyik marah akak aje" marah Ikmal.

"Tulah! Dasar orang tua tak sedar diri! " sampuk Zulaikha geram.

"Korang ni tak baik tau cakap macam tu. Akak jemput dia bukan apa, dia kan pernah jadi keluarga kita " kata Surianna.

"Dulu bukan sekarang! " balas Zulaikha.

"Hafiz kan masih ada pertalian dengan diorang"

"Tapi diorang tak pernah pun ambik Hafiz? " Zulaikha masih tak nak mengalah.
"Dahlah, akak tak nak cakap lagi pasal ni. Sekarang, tolong akak masak sebab petang ni akak nak beli barang lagi "kata Surianna.

Tiba-tiba, telefon Surianna berdering. Surianna terus mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Nombor yang tak dikenali, nak ke tak jawab?  Jawablah, manalah tahu kut nombor Diana maklumlah Diana selalu tukar nombor.

"Hello, ye siapa ni? " soal Surianna. Talian di sana senyap. Surianna mengerutkan dahi. Ni main-main ke nak buat aksi prank?  Jawab ajelah!

"Hello, siapa ni? " soal Surianna kali kedua. Kali itu, talian di sana ditamatkan.

"Hish, tapi call orang bila angkat tak nak jawab pulak. Buang masa betul" bebel Surianna.

"Salah nombor kot. Ke akak ni ada secret admirer ?" Zulaikha gelak pada kakaknya.

"Mengarut aje kau ni. Siapalah yang nak kat akak ni?  Dah lah janda.. "

"Akak ni cantik apa? Janda pun, menawan. Entah-entah ramai orang kat luar sana tu tergila-gila kan akak mana tahu.. " kata Ikmal.

"Dah-dah korang ni mengarut aje kerja. Kerja tak buat lagi. Kata nak tolong akak.. " kata Surianna pada adik-adiknya.

Hafzal memandang telefon bimbitnya. Dia meminta nombor telefon Surianna pada kakaknya, dia dengan berani menelefon Surianna. Suara Surianna telah menghadirkan perasaan rindu di hati. Tetapi, suaranya tidak mampu membalas soalan Surianna.

Hafzal membuka telefon bimbitnya. Nombor Surianna dilihatnya, jarinya galak mahu menekan tetapi dia tidak mampu. Kalau dia menelefon Surianna sekali lagi dan perkara yang sama terjadi mungkin akan menimbulkan kemarahan Surianna. Dan tak mungkin Surianna tidak mahu menghubunginya lagi. Akhirnya, Hafzal menutup telefon bimbitnya lalu menolak telefonnya ke tepi.

"Hafzal, kenapa ni?  Dah call Suri? " soal Nabila sambil duduk di kerusi berhadapan dengan adiknya.

"Lah.. Tadi beria-ia mintak nombor dia kat akak. Lepastu, tak call dia pulak "

"Hafzal dah call dah, tapi seganlah nak bercakap dengan dia.. " kata Hafzal.

"Segan pulak.. Dahtu mengalah lah ni, tak nak call dah? " Nabila memandang adiknya.

"Nantilah Hafzal call dia, Ambik masa sikit" kata Hafzal.

"Ambik masa?  Nanti tu bila? Silap-silap tak call teruslah jawabnya kalau asyik ikut nanti aje" kata kakaknya pula.

"Hafzal ikut akak pergi majlis dia. Hafzal akan cakap dengan dia sendirilah"

"Ikut suka hati kaulah... Agak-agak dengan segan kau ni nak bercakap dekat telefon pun segan apatah lagi nak bersemuka?  Lagi seganlah kau" Nabila membalas.

"Nak jumpa selalu susah kak.. Faham-faham lah umi tu macam mana kan" Hafzal memandang sayu kakaknya.

"Akak faham, yelah umi kan tak suka."

"Hafzal pun tak fahamlah. Kenapalah umi tu benci sangat dengan Suri? " Hafzal merengus.

"Umi tak boleh terima hakikat dan takdir yang menimpa dia, bila abang Am meninggal. Dia salahkan Kak Suri dan hafiz " kata Nabila.

Hafzal tidak berkata apa, hanya mukanya diraup.

Cinta Yang TerhalangWhere stories live. Discover now