5

171 5 0
                                    

Rumah Encik Raden nampak meriah apabila dipenuhi banyak tetamu yang hadir sempena majlis ulangtahun kelahiran cucunya.

"Suri! "

"Eh, Diana! " Surianna memeluk Diana.

"Ni untuk Afiq, " Diana menyerahkan sekotak hadiah kepada Surianna khas untuk anaknya.

"Ya Allah, terima kasihlah.  Eh jemput makan, Eddy marilah makan" ramah Surianna mempelawa kawan-kawannya.

"Aku harap Hafiz sukalah hadiah tu. " Diana tersenyum manis sambil duduk di atas kerusi.

"Alah.. Hadiah macam mana pun dia suka. Kalau dia tak suka aku ambik" seloroh Surianna.

"Seriously kau?  Hello, hadiah yang aku beli tu only for kids ajelah. Takkan kau nak ambik pulak" mereka berdua ketawa.

"Tapi iyelah jugakan. Kau boleh simpan mana tahu kut lah dapat anak kedua.. " seloroh Diana pula sambil ketawa.

"Mulut kau jaga sikit eh! Aku tak fikir lagi pasal tu. Jangan nak melampau ye" Surianna menampar bahu Diana. Waktu itu, Eddy datang bersama makanan di tangan.

"Eh, air tak ambik ke? " soal Surianna.

"Alah lupa, kejap.. " Eddy mahu bangun tetapi pantas ditahan Surianna.

"Eh tak apa Ed, biar aku pergi ambikkan korang makan je dulu. " Surianna bangun menuju ke tempat yang diletakkan air.

Surianna menuju ke tempat yang diletakkan air. Dia mengambil dua biji gelas lalu ditadah air.

"Assalamualaikum.. " sapa seseorang dari belakang.

"Waalaikumsalam. " Surianna menoleh. Alangkah terkejutnya dia, apabila melihat gerangan orang itu. Kenapa dia datang?  Setelah lama menghilang, kini dia datang. Untuk apa?  Untuk majlis?  Aku tak jemput dia..

"Awak buat apa kat sini? " tiba-tiba Surianna menyoal.

"Saya.. Saya datang majlis awak ni Suri.." kata Hafzal.

"Saya tak jemput awak" kata Surianna tanpa berpaling kepada Hafzal.

Surianna sempat menyerahkan dua gelas air itu kepada seorang pekerja katering untuk diberikan kepada kawan-kawannya.

"Awak, saya minta maaf. Saya tak niat nak tinggalkan awak.. Saya pergi bersebab" kata Hafzal.

"Sebab apa?  Sebab kecewa? " Surianna memandang Hafzal.

Hafzal diam tanpa kata.

"Saya tahu, awak kecewa. Kalau awak nak tahu, saya lagi kecewa awak. Saya kecewa, sebab cinta kita" kata Surianna sebak.

"Ye saya tahu, cinta kita. Sekarang ni, saya datang nak kembalikan semula cinta kita, cinta kita yang terhalang" kata Hafzal pula.

"Kenapa sekarang?  Kenapa tak dulu?. Saya kecewa awak, saya terpaksa kahwin dengan orang yang saya tak cinta. Saya tak mampu nak kata apa-apa masa tu..ayah dan mama saya dah setuju nak kahwinkan saya dengan abang awak. Saya tak mampu berbuat apa-apa.. " Surianna mengawal kesedihannya. Dia rindu sangat-sangat dengan Hafzal tetapi hatinya menjerit supaya jangan bersikap lemah.

"Saya minta maaf sekali lagi. Saya juga tak mampu nak berbuat apa-apa " Hafzal sedih melihat muka sendu Surianna.

"Awak takutkan mak awak kan? " Surianna memandang Hafzal.

"Sekurang-kurangnya.. Awak boleh pretend. Sebab mak awak sayangkan awak. Tapi tak, awak terlalu ikutkan rasa kecewa awak tu. Awak tinggalkan saya, selama 5 tahun tiada khabar berita. Saya call, saya mesej pun tak reply. Kenapa awak buat macam tu? " Surianna memandang Hafzal. Matanya sudah mengeluarkan manik-manik halus.

"Awak jangan cakap macam tu. Saya tak pernah nak lupakan awak..saya tak nak ganggu awak. Bila saya terus buat macam tu, saya tak boleh kawal perasaan saya. Saya cuma fikirkan awak tu isteri orang" balas Hafzal.

"Sekurang-kurangnya... Awak bagilah respon. Tak adalah saya ni menunggu aje"

"Suri please.. Kita jadi macam dulu" Hafzal memegang tangan Surianna.

"Saya belum bersedia.." Surianna menarik tangannya perlahan.

Kecewa terpapar di wajah Hafzal. Surianna sudah tidak seperti dulu. Dia banyak berubah. Tetapi, Hafzal tidak akan putus asa dia tetap akan memenangi hati Surianna.

Surianna perasan riak wajah Hafzal. Maafkan saya.. Maafkan saya..

"Mungkin awak perlukan masa untuk fikirkan pasal tu"

"Saya tak perlukan masa. Saya belum bersedia. " bantah Surianna.

"Suri, takkan awak nak sia-siakan cinta kita?  Cinta yang kita bina dari sekolah lagi.. " bersungguh-sungguh hafzal menyakinkan Surianna.

"Cinta kita hanya sekerat jalan. Kerana kecewa terhalangnya cinta kita.. Saya minta maaf, susah bagi saya untuk memulakan balik hubungan kita. " masih keras hati Surianna.

"Mungkin bagi awak susah, tapi tak bagi saya. Sebab saya percaya, saya percaya kita dapat kembali macam dulu. Saya boleh jumpa umi saya. Saya akan bincang hal ni dengan dia" kata Hafzal.

"Tak payah, saya tak nak keruhkan lagi keadaan. Awak tahu kan macam mana penerimaan umi awak terhadap saya? Saya tak nak nanti dia semakin membenci saya, dan tak mustahil dia akan bencikan awak juga. Saya tak nak umi awak bencikan awak kerana saya" balas Surianna.

"Tak apa, saya akan bincang dengan dia elok-elok. Awak tolonglah percaya please.."Hafzal merayu.

"Tak payah lah awak. Boleh tak jangan nak seksa diri tu?  Awak jangan nak ikut sangat hati tu nanti, awak akan derita "

"Saya akan cuba Suri. Demi cinta saya pada awak.. Saya akan cuba" janji Hafzal.

Surianna tidak tahu hendak berkata apa. Nampaknya Hafzal begitu bersungguh-sungguh mahu menagih cintanya kembali.
Surianna mengalah, dia terpaksa terima keputusan Hafzal.

"Saya harap awak boleh fikirlah...saya cuma tak nak kerana saya awak derita"

"Saya sanggup menanggungnya.. " balasnya.

"Kalau tak berhasil? Awak tak rasa semua tu sia-sia? " Surianna menduga.

"Saya akan terima dengan redha.. " sayu suara Hafzal. Surianna yang mendengarnya sudah merasa sedih. Dia tidak mampu menahan rasa sedihnya.

"Maafkan saya.. " Surianna meminta diri.

"Awak, awak.. " panggil Hafzal. Surianna tidak mengendahkan panggilan Hafzal dia bergegas masuk ke dalam rumah.

Surianna berdiri di tepi tingkap, sempat lagi dia mengintai Hafzal di sebalik tingkap. Hafzal masih berdiri di situ, hampa wajah Hafzal.

Surianna memegang dada, dia menahan sebak yang bertandang. Sepatutnya hari ini dia gembira dengan majlis yang diadakan. Tetapi dia dilanda kesedihan. Tanpa dapat dikawal air mata gugur satu per satu.

"Maafkan saya... " ucap Surianna setelah melihat Hafzal berlalu pergi. Surianna menangis di sebalik pintu. Hafzal melangkah keluar, sambil itu sempat lagi dia melihat kemeriahan majlis itu sebelum dia berlalu pergi.

Cinta Yang TerhalangWhere stories live. Discover now