32

76 5 0
                                    

Surianna masuk ke dalam bilik selepas menolong mamanya membuat sarapan. Surianna mendekati suaminya yang masih tidur, mereka ada bangun semasa solat subuh tadi. Mungkin dia penat, Hafzal kembali tidur.

Surianna duduk di sebelah suaminya. Wajah lena suaminya dipandang. Surianna perlahan-lahan mendekatkan mukanya pada muka suaminya.

Perlahan-lahan dia mengelus sayang pipi suaminya. Waktu itu, tiba-tiba Hafzal menarik tubuh isterinya ke dalam dakapan. Terkejut Surianna dibuatnya, mukanya sudah disembamkan pada dada lelaki itu. Dia tahu Hafzal masih tidur, mungkin dia ingatkan bantal peluk.

Surianna tidak pula bangun, dia membalas pelukan suaminya. Tidak lama kemudian, dia juga turut terlena kerana dia bangun awal tadi. Niatnya mahu mengejutkan suaminya sarapan, terbatal begitu saja.

.........................-................................

Hafzal membuka mata perlahan-lahan, dia mengerling jam di atas meja. Sudah pukul dua belas tengahari. Waktu itu, dia terperasan isterinya yang lena berbantalkan lengannya.

"Ingatkan bantal peluk" Hafzal ketawa kecil.

"Suri... Suri.. Bangun sayang.. " Hafzal mengoncang perlahan bahu isterinya.

Surianna membuka mata, dia terus bangkit.

"Bukan ke tadi.. Awak pergi tolong mama buat sarapan? " soal Hafzal.

"Ye.. Entahlah mungkin saya terlelap kut" balas Surianna.

"Kejap lagi awak urut lengan abang. "

"Kenapa? Lengan abang sakit ke? " soal Surianna. Dia sudah memeriksa lengan suaminya itu.

"Tak, lenguh aje sebab ada orang tu buat bantal lengan kita ni" Hafzal ketawa.

Surianna terus menampar bahu suaminya.
"Oh, jadi abang tak sukalah Suri tidur dengan abang. Yang abang tu peluk Suri boleh pulak. Tak apalah kalau macam tu.. " Surianna ingin turun dari katil, tetapi Hafzal pantas memaut lengannya. Surianna kembali duduk.

"Alah.. Gurau ajelah. Abang suka Suri tidur dengan abang. Bahagia sangat bila dapat peluk Suri" Hafzal senyum nakal.

"Dahlah.. Jom sarapan"

"Sarapan apanya? Sekarang ni waktu orang makan tengahari dah. " tegur Hafzal.
"Abanglah punya pasal. Bangun lewat tengok sekarang dah pukul berapa ni? " Surianna menolak perlahan bahu Hafzal.

"Jomlah... " Surianna menarik manja lengan suaminya.

"Kiss dulu.. " Hafzal menunjuk pipinya.

"Tak kuasalah. Dahlah tak mandi lagi. Dahlah, pergi mandi dulu " arah Surianna.

"Alah.. One kiss aje" Hafzal mengangkat keningnya.

"Hish! Mengada dahlah.. Pergi mandi " Hafzal akhirnya menurut jua arahan isterinya. Mereka bersama-sama keluarga dari bilik.

...................................-..........................

"Amboi pengantin baru ni.. Dah pukul berapa ni. Baru nampak muka" tegur Puan Suhaila yang sedang membasuh pinggan itu.

Hafzal dan Surianna duduk di meja makan. Tudung saji dibukanya, nasi lemak masih ada. Surianna mencedokkan nasi ke dalam pinggan suaminya.

"Alah.. Biasalah ma. Abang ni, bangun lewat"

"Biasalah malam pertama kan" seloroh Hafzal.

Surianna mencubit paha suaminya.

"Ayah mana mama? " soal Surianna.

Cinta Yang TerhalangWhere stories live. Discover now