20

88 4 0
                                    

Hafzal memegang dahinya yang sudah ditampal dengan plaster itu, dia terpaksa menipu uminya.

"Hafzal! "

Hafzal yang baru hendak masuk ke dalam rumah terhenti sebaik sahaja uminya memanggil.

"Ya Allah! Kenapa ni sampai berdarah ni. Kena apa ni sampai berdarah bagai ni? Cakap dengan umi, kenapa ni? " soal Puan Zarina.

"Aaa... Tak ada apa umi, Hafzal cuma jatuh aje" balas Hafzal takut-takut.

"Takkan jatuh sampai jadi macam ni? Cakap baik-baik dengan umi, kenapa sampai berdarah macam ni? " Puan Zarina tak puas hati.

"Ok.. Sebenarnya, Hafzal bergaduh umi" beritahunya.

"Bergaduh! Bergaduh dengan siapa pulak? Bagitahu umi, biar umi pergi jumpa dia"

"Tak payah umi, bergaduh lelaki sama lelaki. Kes parking aje, itu yang bergaduh. Tak apa umi lagipun dia dah bayar" bohongnya.

"Haih, lain kali umi tak nak dengar kamu bergaduh ye. Sampai berdarah ni" .

Bunyi ketukan pintu menyedarkan Hafzal daripada lamunan.

"Masuklah, pintu tak kunci pun"

Nabila masuk ke dalam bilik adiknya. Dia duduk di biral katil di sebelah adiknya.

"Kau ok tak ni? " soal Nabila lembut.

"Ok kak.. " balasnya perlahan.

"Akak tolong jangan bagitahu umi ye.. Hafzal tak nak nanti umi, serang Suri pulak" kata Hafzal.

"Tak.. Akak takkan bagitahu umi. Akak faham macam mana umi tu. "

"Hal ni jadi mungkin sebab Hafzal jugak. Yelah, Hafzal tahu Suri stres tapi Hafzal pergi juga jumpa dia" Hafzal rasa serba salah.

"Hafzal.. Dahlah, tak payahlah nak berkorban diri kau sampai macam ni sekali. Akak tak nak tengok kau terus jatuh macam ni semata-mata untuk cinta" Nabila memujuk adiknya. Dia pun risau dengan sikap adiknya yang sanggup membuat apa sahaja demi apa yang dia mahu.

"Tapi Hafzal sayang dia akak. Hafzal tak boleh lupakan dia.. "

"Ye, akak tahu Hafzal.. Akak tahu yang kau sayangkan dia sangat. Tapi untuk kebaikkan kedua-duanya sekali, cuba bagi dia masa sikit. Insyaallah dia akan ok" kata Nabila.

"Kebaikkan untuk siapa? " tiba-tiba sahaja Puan Zarina mencelah. Hafzal dan Nabila masing-masing dengan muka terkejut.

"Aaa.. Kebaikkan untuk Hafzal lah. Yelah, tak baikkan kita asyik bergaduh aje" Nabila cuba mereka cerita.

"Tak payah nak mengarutlah! Dah pergi buat air, kawan umi dah sampai" Puan Zarina mengarahkan anak perempuannya.
Nabila bangun lalu mengatur langkah pergi ke dapur. Puan Zarina senyum pada Hafzal lalu duduk di sebelah anak bongsunya.

"Hafzal.. Kamu ok ke ni? " Puan Zarina mengusap lembut pipi anaknya.

Hafzal mengangguk perlahan.

"Umi nak kenalkan kamu pada kawan umi.. Kejap lagi kamu keluar ye.. Dia nak sangat tengok kamu.." katanya lembut.

"Yelah.. "

"Umi keluar dululah ye.. " Puan Zarina bangun lalu keluar dari bilik anaknya.

Hafzal termenung seketika, teringatkan Surianna. Apa lagi yang dia perlu buat untuk kembali pada Surianna?

Waktu itu, kedengaran suara riuh di ruang tamu mungkin kawan uminya sudah sampai. Hafzal perlahan-lahan bangun dari katil lalu menuju ke ruang tamu.

Cinta Yang TerhalangWhere stories live. Discover now