━・❪ 04 ❫ ・━

397 78 148
                                    

Namun, dalam hal ini Taehyung juga dapat mengagak sesuatu. Lelaki dan perempuan berkawan baik? Mustahil salah seorang daripada mereka tidak mempunyai perasaan suka kan? Cuma ceritanya akan menjadi sebuah pengakhiran yang pedih jika seseorang itu langsung tidak menganggap kawannya lebih daripada hubungan istimewa.

Taehyung yakin kerana hal ini sudah banyak berlaku dan ianya memang hanat.

"Ummi suka tengok hubungan kawan macam tu. Ada masa susah senang,diaorang tempuh bersama. Itulah yang dinamakan sahabat sejati."

Kini,fikiran Taehyung melayang teringatkan kawan baiknya yang sudah bertahun-tahun tidak bersemuka. Hilang tanpa kesan dan itu membuahkan banyak persoalan di mindanya. Cukup kecewa bila mengenangkan peristiwa itu kembali.

"Habis tu, kenapa diaorang gelar ummi dengan panggilan 'ummi'?" Ini yang Taehyung mahu tahu.

Huda menghela nafasnya sebelum menyambung cerita. "Masa Nuha dengan Irsyad nak ambil keputusan peperiksaan, mereka dikejutkan dengan berita sedih. Ibu bapa mereka meninggal akibat kemalangan jalan raya semasa keluarga mereka bersama-sama nak ke sekolah tu. Ummi sebak sangat tengok Nuha menangis masa ambil keputusan tanpa ibu dan ayah dia di sisi. Irsyad pula, walaupun kamu nampak dia dingin tapi hati dia masih bersifat lembut. Ummi tahu, Irsyad sedih tapi dia pandai sorok kesedihan dia. Jauh dari sudut hati, ummi tahu mereka menyimpan perit dan duka."

Huda berhenti seketika, memeriksa keadaan Taehyung yang sudah menunduk kepala memandang tikar. Riak wajah lelaki itu kelihatan mendung sekali dan Nuha tahu apa bermain di fikiran Taehyung ketika ini. Pasti dia sedang merindui keluarganya.

"Maafkan ummi, ummi tak bermaksud nak——"

"Tae pasrah dengan apa yang telah ditentukan. Setiap manusia pasti akan kembali kepada Tuhan, kan ummi? Tae tahu, Tuhan sangat sayangkan eomma dan appa. Nasib kami bertiga sama. Kebahagian yang berganti kesakitan tapi itu ujian yang perlu kami tempuhi sebab Tuhan nak uji ketabahan kami." Taehyung mengukir senyum namun jelas matanya mempamerkan riak sedih.

"Ummi tahu... Anak ummi ni kan tabah dan kuat."

Taehyung mengedipkan matanya beberapa kali cuba untuk menghilangkan emosi yang kian melanda. Kedua belah tangannya ditongkat pada bawah dagu seraya memandang wajah Huda. 

"Jadi sebab itulah, diaorang anggap ummi dengan abah macam keluarga sendiri?" Duganya dengan andaian. Dia sudah faham jalan cerita ini dan ianya seakan sama dengan jalan hidupnya sendiri.

Menagih dan menumpang kasih sayang daripada orang lain.

Huda mengangguk. "Ya. Ummi sayang ketiga-tiga anak angkat ummi ni."

"Tae sayang ummi lebih."

Mereka berkongsi senyum. Tanpa sedar, Adzhar yang sejak tadi berdiri di muka pintu telah mendengar semuanya.Hatinya senang melihat isterinya memberi kasih sayang seorang ibu kepada ketiga-tiga mereka. Biarpun mereka bukan darah daging sendiri, isterinya langsung tidak memilih kasih.

Mungkin kehadiran Taehyung, Nuha dan Irsyad ini adalah hadiah pemberian Tuhan kepada Huda dan Adzhar selepas mendapat tahu isterinya disahkan mandul beberapa tahun lalu.

Namun itu tidak mematahkan semangat pasangan seusia ini. Malah mereka redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan. Selepas hujan, pasti turunnya pelangi dan buktinya, mereka dikurniakan ketiga-tiga insan yang mampu membahagiakan hati mereka.

"Aku berterima kasih kepadaMU, Ya Allah." Ucap Adzhar dengan penuh kesyukuran.

────── 〔✿〕──────

IRSYAD terjengket-jengket masuk ke ruang dapur secara senyap. Bimbang orang lain perasan akan kehadirannya. Matanya melilau mencari kelibat Nuha namun hampa, hanya susuk tubuh Huda sahaja yang kelihatan sedang berdiri memotong lobak bersebelahan sinki.

"Nuha mana, ummi?" Irsyad berjalan menuju ke arah ummi sambil memerhati gerak geri wanita berusia itu.

"Eish kamu ni kan, suka sangat kejutkan ummi! Lain kali bagilah salam." sempat dicubit pinggang lelaki muda itu dengan geram.

Irsyad tersengih sehingga menampakkan dua batang gigi arnab  miliknya . Tangannya menggosok pinggang yang sedikit pedih. "Heheh Assalamualaikum ummi..." sapanya lembut.

"Waalaikumsalam, haa kamu cari Nuha? Dia tengah tolong abah tanam buah kat kebun tu." Balas Huda sambil mencuci lobak yang telah dipotongnya tadi.

"Icad nak tolong dorang sekali lah."

"Baguslah,pergi tolong apa yang patut. Jangan kamu nak mengusik Nuha tu sudahlah." Pesannya berbaur perlian. Tahu sangat perangai Irsyad ni,bila bersama Nuha ada sahaja benda yang diusik.

"Takdelah,okeylah Icad pergi dulu." Setelah meminta diri,Irsyad terus menuju ke kebun dengan hati senang.

Dalam fikirannya sudah merancang 1001 usikkan yang bakal dikenakan pada Nuha nanti. Bibirnya tidak henti menguntum senyum tatkala fikirannya sudah terbayang-bayang wajah geram Nuha.

Setibanya dia di sana,kaki Irsyad terhenti. Pandangannya terhala pada Adzhar,Nuha dan Taehyung.

"Menyemak lah lelaki tu aduh." Irsyad berkata geram. Tangannya dikepal apabila melihat kemesraan ketiga-tiga manusia di sana.

Baru sahaja dia ingin kembali melangkah,niatnya terhenti. Melihatkan wajah Nuha yang berseri sedang tertawa itu, Irsyad tersenyum nipis. Perlahan dia menjauh dari kawasan tersebut dengan wajah yang kosong.

────── 〔✿〕──────


Komen korang buatkan aku terhibur sjskjsksjk💜





Dia Utusan Tuhan •HIATUS•Onde histórias criam vida. Descubra agora