Perlahan-lahan kaki melangkah menuruni tangga. Ahh sudah jantung macam nak keluar dah ni. Sayup-sayup kedengaran suara orang berbual di ruang tamu.

"Haa turun pun Rissa. Meh sini." Suara Umi mengamit aku melangkah kearah mereka.

Disebelah Abi aku nampak seorang lelaki yang sudah berusia tetapi masih segak bergaya. Aku hanya tunduk hormat dan senyum ke arahnya. Aku berjalan pula ke arah seorang wanita cantik yang mungkin seusia umi.

Tangan dihulurkan untuk bersalaman. Harapnya tak sejuk macam ais lah. Muka cuba dimaniskan.

"Assalamualaikum aunty. Aunty sihat?" Entah dari mana aku copy ayat ni KAHKAHKAH. Tak tahu nak cakap apa sebenarnya. Habis takkan nak tanya pasal anak jiran dia pulak kan.

"Waalaikumsalam. Panggil Mama je. Alhamdulillah Mama sihat. Rissa macam mana?" Dia senyum manis dekat aku. Kemudian suruh aku duduk ditepi dia. AAA TAKUT LA MACAM NI.

"Err sihat je aunty.. maksud Rissa mama." Adoi awkward nya nak panggil macam tu. Aku sengih tak berapa ikhlas.

"Abang... cantiknya menantu kita ni." Teruja suara Puan Sri Rohaya memberitahu suaminya. Aku yang disebelah ni dah kering liur rasanya.

Tapi kembang seinci juga la hidung aku ni lagi2 bila papa Haikal tu iyakan kata mama. Hohoho mesti umi bangga dengan aku. Ceh.

Tapi aku tak nampak pun Haikal. Dia tak datang ke? Aku baru nak belasah habis-habisan mamat tu. Eish.

Kemudian kedengaran orang bagi salam di muka pintu rumah. Aku turut menoleh kebelakang. Nampak Haikal berjalan ke arah kami. Dia pergi bersalaman dengan Abi.

"Maaf Abi, Umi. Haikal ada hal sikit tadi. Tu yang lambat ni." Mak aii belum pape dah panggil mak bapak aku macam tu.

"Takpe Abi paham. Mesti Haikal busy sekarang kan?" Abi tersenyum menatap anak muda tersebut. Berbeza dengan aku. Menatap belakang dia macam nak kasi tembus.

Kalau lah aku boleh smackdown dia dah lama aku buat huh. Mungkin perasan diri di perhati dia berpusing kebelakang. Terus eye-contact dengan aku. Aku boleh rasa ada api keluar dari mata aku.

"Err saya nak bercakap dengan Rissa sekejap boleh Abi, Umi? Rasanya dia ada banyak benda nak bagitahu saya." Dia minta izin dengan Umi dan Abi aku. Haa tahu pun aku ada banyak benda nak sembur dia.

Abi mengizinkan kami berbual. Aku terus mengikut dia ke halaman rumah dan duduk di kerusi batu tepi taman bunga umi.

Senyap. Aku langsung tak pandang dia. Rasa cam nak tikam-tikam je. Aku nak dia yang mulakan dulu. Walaupun aku segan sebab dia tengah pandang aku macam tu tapi rasa marah tu lebih menguasai rasa malu.

Aku dengar dia mengeluh dan raup muka dia.

"Kau marahkan aku?" Soalan cerdik dari mana dia tanya ni dah sah-sah la aku marah dia. Pinang orang tak cakap apa-apa. Ingat aku ni pokok ke apa?

Aku hanya senyap. Buat macam dia tak wujud. Aku nak merajuk 3 minit. Biar dia rasa bersalah. Padan muka.

"Please answer me sweetheart. Kau marahkan aku ke? Jangan lah senyap macam ni?" Nampak dia terdesak. Haha seronok jugak kenakan dia ni. Nak tengok sejauh mana dia boleh sabar.

"Kalau kau marah aku, then tell me apa yang aku perlu buat untuk dapatkan kemaafan kau?" Hmm menarik soalan tu.

"Then, batalkan perkahwinan kita." Tegas aku jawab. Mungkin dah cukup kot 3 minit aku merajuk. Nampak muka dia terkejut kemudian berubah serius.

"No! Never!!" Dia turut berkeras. Haih baik tak payah tanya tadi. Aku mengeluh. Aku tarik dan hembus nafas. Okey jom bincang betul-betul.

"Bagitahu saya kenapa awak nak kawin dengan saya?" Aku mula serius. Pandang mata dia. Nak dapatkan kepastian.

"Sebab aku sayang kau." Yakin dia jawab sambil tatap mata aku. Aku pulak yang tergugat.

"Ha.ha sayang? Seriusly Haikal? Kita kenal tak sampai berapa bulan. Okey mungkin dah lama tapi kita hanya jumpa beberapa kali. Kita belum kenal perangai masing-masing lagi. Macam mana nak kawin?" Terang aku panjang lebar. Macam tak logik je dia nak sayang aku.

"Kita boleh berkenalan lepas kawin. Itu lebih baik. Dan aku tahu kau perempuan yang baik-baik." Selamba dia bercakap macam kawin ni bukan hal serius.

"Mana awak tahu saya ni baik? Saya ni banyak kekurangan tau. Dah la pemalas. Tak reti masak pulak tu macam mana nak jadi bini orang. Lepastu tidur ganas. Lepastu saya suka terajang orang. Lepastu-"

Belum sempat aku habiskan ayat aku dia dah angkat tangan tanda stop. Terdiam aku dibuatnya.

"Listen here sweetheart. Nobody perfect okey. Aku ada kekurangan, kau ada kekurangan. But kita akan saling melengkapi. And I'm looking for a wife not a maid."

"Tapi tu semua tanggungjawab isteri. Kalau saya tak reti semua tu macam mana nak laksanakan tanggungjawab." Aku membentak.

"And tanggungjawab suami pulak untuk bantu isteri juga bukan goyang kaki macam bos saja." Dia lontarkan hujah dia. Aku diam tanda mengiakan dan tak tahu dah nak balas apa.

"Please... susah sangat ke kau nak terima aku? Are you afraid to fall in love?" Suara dia perlahan sahaja buatkan aku serba salah.

"I'm afraid of being the only one that falls while the other one pretends." Ye aku dah tak nak terluka sebab lelaki. Kalau dulu takpe lagi sebab tu hanya boyfriend. Ni suami. Lain.

"I swear. I will love you with all part of my body. Aku janji takkan kecewakan kau. Aku janji akan lindungi kau. Aku janji akan buatkan kau bahagia. Aku janji takkan sia-siakan kau. So please, accept me dear." Pelbagai janji dia taburkan tapi hati aku masih ragu-ragu. Tak tahu nak terima ke tak?

"Saya..." Tak terkeluar apa yang aku nak kata. Rasa macam tersangkut dikerongkong.

"Aku sanggup buat apa saja asalkan kau terima aku. Please I'm begging you. Bagi aku peluang untuk buktikan sayang aku dekat kau."

Ya Allah... apa dah jadi ni. Mana pergi Haikal yang dingin, beku, tak berperasaan dulu. Aku raup muka. Buntu. Aku perlu masa untuk pikir.

"Bagi saya masa untuk buat keputusan. Dan... jangan jumpa saya selagi saya tak siap buat keputusan."
Aku terus melangkah masuk kedalam rumah meninggalkan dia dengan muka kecewa.

Argh sumpah aku tak tahu aku akan terima ke tak lamaran dia. Ini terlalu mengejut. Aku perlu masa untuk pikir. Aku kena buat istikharah dulu. Aku mengeluh memikirkan masa depan.

p/s : sorry kalau boring. sis dah habis idea doo 😂 rasa-rasa Rissa terima tak? Jeng jeng jeng. Harap enjoy and vote ⭐♥ and satu lagi kalau ada apa2 nak tegur or nak suruh baiki jalan cerita ke benda whatever boleh komen kat bawah. sis akan cuba okeyy ♥♥♥♥

HEY MR PHOTOGRAPHER ©Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang