B A B 3 0

2.4K 264 8
                                    

"Siapa Tasya bagi Abang?"

Cukup dengan melihat reaksi dia, aku dah tahu jawapan dia. Yang pasti Tasya itu seorang yang penting bagi Haikal.

"Kenapa tanya soalan macam tu tiba-tiba?" Haikal akhirnya bersuara.

Aku menarik perlahan tangan aku dari genggaman dia dan menggeleng perlahan.

"Nothing. Lupakan je." Aku bangun dari katil untuk keluar dari bilik itu. Dada terasa sesak berada dekat dengan Haikal.

Nampak dia cuba halang aku berlalu namun telefon bimbit dia yang berbunyi menghentikan tindakan dia.

Aku pula tanpa membuang masa terus melangkah keluar.

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

Sejak dari hari itu, aku jarang bercakap dengan Haikal. Dia pun semakin hari semakin sibuk dengan hotel dia. Sebagai isteri, aku paham akan hal tersebut.

Hari ini aku bercadang nak ke rumah Mama. Saja lepak-lepak, borak-borak dengan Mama. Daripada buang masa mereput dalam rumah sunyi ni.

Aku dah minta izin dengan Haikal semalam. Dia hanya bertanya aku pergi dengan apa. Sempat dia berpesan supaya aku jaga diri.

Aku memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah Mama. Kedengaran suara Mama menjawab dari dalam.

"Menantu Mama! Rindu nya Mama dekat Rissa. Haikal ni susah benar nak bagi Mama jumpa kamu! Rissa sihat?"

Aku tunduk bersalaman dengan Mama sebelum Mama tarik aku ke dalam pelukan dia.

"Sihat je Mama. Mama dengan Papa sihat tak?"

"Alhamdulillah sihat juga. Meh masuk jom. Ni dah makan ke belum?" Mama bersemangat mengheret aku masuk ke dalam rumah dia.

"Belum. Mama dah makan ke? Kalau belum, Rissa boleh tolong Mama masak." Kalau aku tolong tu tak tahu la sebenarnya jadi apa. Mahu berlaku keracunan dalam rumah ni.

"Mama hajatnya nak ajak kamu keluar. Papa pun tak ada jadi kamu je la boleh teman Mama shopping. Kita makan kat luar je terus, on tak on?"

Ceh Mama macam orang muda. Siap kening terangkat lagi. Aku tergelak kecil.

"Boleh je Ma. Mana-mana pun Rissa tak kesah." Memang la tak kesah sebab bukan aku yang kena masak huhu.

"Okey nice. Tunggu Mama pergi ambik handbag Mama jap kat atas." Aku hanya mengangguk sebelum Mama berlalu ke tingkat atas.

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

"Nak makan kat mana Ma?"

Kami berjalan beriringan masuk ke dalam Mall tersebut. Memandangkan hari ni hari bekerja, jadi suasana agak lenggang. Hanya beberapa orang yang memakai baju kerja. Mungkin jumpa client.

"Kita pergi Seoul Garden nak? Dah lama rasanya tak pergi sana."

Bukan kaleng-kaleng taste Mama. Orang tua-tua selalunya tak suka makanan pelik-pelik ni.

"Boleh Mama. Apa-apa je untuk Mama." Aku tersenyum lebar.

Kami berjalan beriringan ke arah eskalator untuk menuju ke tingkat atas.

HEY MR PHOTOGRAPHER ©Where stories live. Discover now