━・❪ 02 ❫ ・━

Start from the beginning
                                    

Kini, dia sudah berdiri di sisi motor Irsyad.

"Kau tercegat apa lagi kat situ? Naiklah duduk kat belakang aku ni."

Taehyung sudah mengetap erat bibirnya. Seriously? Naik motor buruk ni dengan dia?

"Aduh Mamat asing ni, memang pekak ke apa... Eish." Irsyad mengusutkan rambut depannya dengan geram sambil mulutnya mengutuk perlahan.

Taehyung langsung menarik mask mulutnya ke bawah dagu. Seluruh wajahnya kini terpapar dengan riak dingin tanpa sebaris senyum. Telinganya mulai panas bila mendengar Irsyad mengutuknya tadi biarpun dengan nada perlahan namun dia masih belum pekak untuk mendengar.

Irsyad pula sedikit tergamam tatkala melihat wajah yang sempurna tanpa cacat cela itu. Begitu halus dan bersih muka Taehyung tanpa sebarang jerawat dan jujur katakan lelaki ini mempunyai wajah yang kacak berbanding dirinya. Namun Irsyad cepat mengawal reaksi. Wajah angkuhnya masih kekal seperti biasa.

"N-naiklah cepat. Aku ada kerja nak buat lepas ni." Gesa Irsyad sekali lagi tetapi kali ini nadanya sedikit gentar. Mana taknya, dengan raut wajah Taehyung yang gerun itu sedikit sebanyak melahirkan rasa takut dalam dirinya. Jelas anak mata hazel itu menikam tajam ke arahnya.

Taehyung melepas keluhan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Taehyung melepas keluhan. Berkali-kali dia mengucap perkataan sabar di dalam hati.

"Beg pakaian tu ada roda kan? Kau tarik je kat atas jalan raya masa kita gerak nanti. Kita akan masuk ke kawasan pedalaman kampung ni jadi kau tak perlu risau. Seret je beg mahal kau tu." Irsyad berkata memberi cadangan dan dalam masa yang sama dia menyindir. Taehyung mengangguk sahaja tanpa sebarang bicara, dia langsung mengambil tempat duduk di belakang tubuh Irsyad.

Beg yang mempunyai empat roda itu diletakkan di atas jalan bersebelahan dengan sisinya. Sebelah tangannya menarik pemegang beg ke atas manakala sebelah lagi diletakkan di atas bahu Irsyad bagi menstabilkan kedudukannya.

Irsyad hanya membiarkan sahaja perlakuan lelaki itu. Dia segera menghidupkan motornya dengan bunyi ekzos yang kuat sehingga mengeluarkan asap hitam di bahagian belakang.

Taehyung terbatuk kecil sambil memasamkan mukanya apabila asap tersebut masuk ke dalam rongga hidung. Belum sempat dia menegur Irsyad, motor yang didudukinya spontan membelok keluar lalu perjalanan diteruskan. Dengan erat, Taehyung mengenggam pemegang begnya agar tidak lari begitu juga dengan bahu Irsyad.

Tidak dinafikan, Irsyad membawa motor ini dalam had yang sukar dijangka. Sekejap ke kiri,sekejap ke kanan. Naik mual Taehyung dibuatnya. Rambut miliknya turut menggerbang ke belakang. Mulutnya automatik terbuka luas akibat kesan angin yang terhasil.

Dia Utusan Tuhan •HIATUS•Where stories live. Discover now