BAB 10

2.2K 263 36
                                    

Buaian yang diduduki Piqa diayun ke depan, ke belakang dengan menggunakan kakinya.

Sesekali matanya mengerling ke dalam rumah Acer. Mamanya dan mama Acer masih rancak berborak. Kak long pun join sekaki. Berborak pasal koleksi Tupperware terbaru. Memang tidaklah dia nak join.

Acer dan Amin juga berborak sesama mereka. Adik Acer sudah meminta diri awal lagi. Katanya nak siapkan assignment.

"Malam ni tak ada bintang."

Tersentak Piqa bila tiba-tiba Acer berdiri menyandar bahu dengan tiang buaian.

"Tak ada bintang, langit gelap aje. Merajuk dengan I jugak agaknya."

Piqa diam. Tak rasa nak bercakap dengan Acer malam ini.

"I tahu you terasa hati dengan I. I minta maaf," ucap Acer, ikhlas! Taj betah rasanya melihat Piqa yang tak mahu berbual dengannya. Senyuman pun macam mahal benar!

Piqa masih diam, bagai memberi peluang Acer bercakap.

"I bukan tak nak you datang rumah I tapi I takut mama I letak harapan tinggi dekat you. I tak nak mama I suruh you buat benda-benda yang boleh buat you terbeban."

"Maksud you?"

"Mama I harap yang I boleh lupakan Fei bila I keluar pergi blind date. Dah banyak blind date I pergi, semua tak lekat. Dengan you aje, I masih berkawan. Masih berhubung," Acer hela nafas sebelum dia duduk di kerusi buaian yang berdepan Piqa, "Mama I risau, takut I masih berharap dengan Fei."

"Tapi you masih berharap dengan dia."

Acer diam.

"I tak tahu macam mana sakitnya rasa cinta bertepuk sebelah tangan tapi bagi I, kalau you dah cuba tapi masih tak berjaya. You dah patut move on. Buat apa tunggu orang yang tak menghargai you."

Acer diam lagi. Matanya hanya memandang saja Piqa yang bersuara.

"Kenapa?" Tanya Piqa bila sedar mata Acer tidak lari dari merenung wajahnya.

"Kenapa you setuju nak pergi blind date dengan I?"

Piqa hela nafas sebelum tersenyum nipis, "Sebab I nak tutup mulut makcik bawang yang asyik mengata I ni songsang."

"Piqa..."

"Ya...?"

"Pernah tak orang cakap you cantik?"

"Hah?"


"So kau tersampuk bisu bila dia tanya kau gitu?"

"Iyelah! End up aku tenung dia, dia tenung aku."

"Kuch kuch hota hai?" Jannah bersuara penuh mengusik.

"Kuch kuch nehi hai!" Balas Piqa sebelum dia mengeluh, "Jane, obvious sangat yang dia tak ready nak buka hati dia untuk orang baru. Dia masih ingatkan perempuan tu lagi."

"Tapi perempuan tu dah bertunang, kan? Takkanlah dia nak berharap lagi."

"Jane, bertunang pun boleh putuslah!"

"Hei, tak baik doa gitu!" Tegah Jannah, tegas!

"Aku bukan mendoakan. Aku bercakap mengenai possibility yang akan jadi. Kalau perempuan tu putus tunang, tak mustahil Mat Laptop tu akan masuk line!"

"Kalau macam tu, kau ajak dia bertunang."

"Hah? Kau ni dengar tak aku cerita tadi?" Piqa mengeluh. Kepalanya terasa berdenyut. Aduhai...

"Aku dengar, Kachu! Sekarang kau dengar ni!" Tegas Jannah! "Macam aku pernah cakap hari tu. Tawan hati dia, in every possible way. Kalau kau orang bertunang, aku rasa lebih mudah untuk kau tawan hati dia."

"Jane, it's not easy! Kau sendiri cakap, nak tawan hati dia macam suicide mission. Kalau berjaya, aku bahagia tapi kalau aku gagal, aku yang akan terluka," ujar Piqa separa mengeluh, "And I am afraid of the pain after."

"Kachu, in the game of love you will always have to feel the pain. Love is always excruciatingly beautiful. It is so beautiful yet so painful,"

"And people still fall in love, even though it is damn painful!"

"Are you game, Kachu?" Jannah bertanya, cuba mencabar Piqa.

"Will you save me, if he broke my heart?"

"Of course, Kachu! Of course..." Jannah memberi janji, "I will always be there for you!"

"Then, I'm game! Doakan aku?"

"Always, babe!"

"Abang, tak tidur lagi?"

Acer pandang Amie yang duduk di depannya dengan segelas susu di tangan, "Amie kenapa tak tidur lagi?"

"Baru siap assignment. Nak tidur dah lepas ni. Abang kenapa tak tidur lagi?"

"Can't sleep!"

Amie angguk kepala sebelum dia capai balang berisi cookies buatan Piqa, "I really like her."

"Huh?"

"Kak Piqa," jawab Amie dengan senyuman. Cookies yang diambil dan dicelup ke dalam susu yang ada di dalam gelas, "Amie suka tengok dia senyum sebab bila dia senyum, mata dia senyum sekali. Comel!"

Acer diam sahaja. Comel? Bolehlah...

"Mama pun nampak suka betul dengan Kak Piqa," ujar Amie lagi sebelum menyuap cookies ke dalam mulutnya, "Tapi kan..."

"Hmm?"

"Kenapa dia nampak macam marah dengan abang? Abang gaduh dengan dia ke?"

Soalan Amie buat Acer tersentak. Tiba-tiba dia teringat balik kata-katanya pada Piqa tadi.

"Pernah tak orang cakap you cantik?"

Gila, Acer! Gila! Tapi tadi memang dia nampak Piqa cantik. Nak kata sebab cahaya bulan, macam tak sebab malam ni tak ada bulan. Sebelum ni dia tak pernah nampak Piqa macam tu.

"Abang!"

Tersentak Acer bila Amie petik jari di depan mukanya, "Huh?"

"Dengar tak Amie cakap apa tadi?"

Acer menggeleng, "Tak."

Amie hela nafas sikit, "Amie cakap, jangan terlalu mengejar bintang sampai terlupa nak pandang bulan."

"Hah?"

"Bak kata peribahasa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran."

"Amie, abang tak faham."

"Aduh!" Amie tepuk dahi. Lembab betul abangnya yang ini, "Maksud Amie, berhenti kejar Kak Fei. Berhenti berharap pada Kak Fei. Pandanglah Kak Piqa yang ada kat depan mata abang. I think she is worth it!"

Acer diam.

Bersambung...

p/s; selamat menyambut ramadan. Saya memohon maaf andai ada salah silap, ada komen tak terbalas. Moga Allah rahmati kita semua. Jangan lupa niat puasa ya ❤️

BLIND DATE (TERBIT)Where stories live. Discover now