谁 Epilogué

3.1K 344 82
                                    

谁 | Who

TulipsA flower that resemble a perfect love

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tulips
A flower that resemble a perfect love.

_______________

XIAO Ren duduk menekur lantai, Hanfu pastel yang dipakainya direnungnya.

Hari ini dia akan disatukan dengan lelaki bernama Cai Xukun, bukan Park Jimin.

Hatinya berdegup kencang kerana kecewa yang amat pada lelaki itu.

Dia sudah menunggu selama hampir 3 hari tapi batang hidung Jimin langsung tidak dilihatnya.

Xiao Ren masih berharap yang Jimin akan datang, kalau pun bukan sebab lelaki itu hendak mengambilnya semula, sekurang- kurangnya Jimin tahu yang Xiao Ren ini tak pernah memarahinya.

Jauh sekali membencinya.

Macam mana Ren nak benci kalau didalam hati Ren ini hanya dipenuhi rasa cinta untuk lelaki bernama Park Jimin?

Lelaki ego itu.

Ren mengemam bibir, tangisannya yang hampir pecah ditahannya. Dia tak mahu bersedih dihari yang sepatutnya dia bergembira.

Tolong bertahan untuk 3 jam lagi, Ren, bisik Xiao Ren.

"Ren? Dah siap, kan? Jomlah kita keluar, pengantin lelaki dah tunggu. (cc)" ujar mama sebelum menurunkan penutup muka milik Xiao Ren.

Bahu gadis itu ditepuk perlahan.

"Dahlah jangan sedih- sedih lagi, yang berlalu biarkan berlalu. (cc)" kata Puan Xiao. Ren cuma mendiamkan diri.

Dia mengangkat punggung sebelum melangkah keluar dari biliknya.

Kedua belah tapak tangannya dimasukkan kedalam hujung baju hanfunya yang sedikit besar dibahagian tangan.

Berat kakinya melangkah, sukar untuk dia bernafas. Perasaannya bercampur baur.

"Pengantin perempuan dah sampai! (cc)"

Xiao Ren cuma tunduk, langsung wajah Xukun tidak dipandangnya. Dia duduk berteleku diatas bantal kecil berwarna merah yang disediakan khas untuk pengantin perempuan itu.

Mei sudah berada disitu sejak beberapa minit yang lalu.

"Hari ini saya akan kahwinkan kedua anak perempuan keluarga Xiao dengan pasangan mereka masing-masing. Saya mulakan dengan kakak dulu, ya? (cc)" soal lelaki tua sambil mengeluarkan sekeping kertas.

"Adakah anda bersetuju untuk mengambil Xiao Ren sebagai isteri, menjaga dan menemaninya hingga ke tua nanti? (cc)" soal lelaki itu.

[C] 谁 WHO | 지민 ✓Where stories live. Discover now