谁 Bab 13

1.7K 289 39
                                    

谁 | Who

CamelliaA flower that resembles desire, passion and refinement

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Camellia
A flower that resembles desire, passion and refinement.

_______________


DANG!

Tapak tangan Jimin menghentak meja kerjanya geram.

Gambar yang baru dilihatkan Jungkook tadi buatkan dia angin satu badan. Tapak tangannya dikepal sementara bibirnya diketap geram.

“Lah kenapa kau marah pula? Bukan ini ke yang kau nak? Kalau Ren dah jumpa orang lain, tak perlulah kau susah- susah nak claim Ren tu tunang kau, kan?” kata Jungkook.

Sengaja mahu panas- panaskan Jimin.

Pandangan Jimin menjadi tajam, kalau boleh mahu saja dia cucuk mata Jungkook yang tak habis- habis memancing kemarahannya itu.

“Ren dengan aku belum rasmi lagi putus tunang.” balas Jimin.

“Habis tu? Kau pergilah jumpa mak bapa dia dekat China, bagitau mereka baik- baik yang kau dah bosan dengan anak mereka.” kata Jungkook.

Jimin mengemam bibir.

Bukan ini yang dia mahukan.

Dia tak mahu diselubungi rasa cemburu apatah lagi merasa bengang kalau melihat Ren bersama lelaki lain.

Memang dia berniat untuk memutuskan hubungan serta pertunangannya dengan Xiao Ren, tapi dia tak menyangka yang hatinya masih utuh untuk gadis itu.

Dia bingung.

Selama ini, dia hanya menggunakan gadis itu untuk melepaskan rindu.

Rindu dia pada Anna kerana Ren mempunyai perwatakan yang sama dengan Anna.

“Pulangkan Ren pada keluarga dia baik- baik macam keluarga dia restu hubungan kau dengan Ren dulu.” kata Jungkook. Lelaki itu mengeluh perlahan.

“Aku tak tahulah nak cakap macam mana lagi untuk sedarkan kau ni Jimin. Ego kau tu, tolonglah rendahkan.”

“Kau tak ingat ke dulu yang Ren hampir kena buang keluarga sebab nak bertunang dengan kau? Mereka tak restu hubungan kau dengan Ren kan dulu sebab waktu tu orang Cina masih bermusuhan dengan orang Korea?

Tapi hati mereka jadi lembut. Mereka sanggup ambil risiko. Mereka terima kau dan harap kau dapat jaga Ren dengan baik.” kata Jungkook.

Masih segar diingatannya ketika Xiao Ren dihalau keluar dari rumah kerana mengatakan hasratnya mahu bertunang dengan lelaki bukan pilihan keluarga Xiao.

Sekarang bila semuanya dah selesai, Jimin pula yang sesenang itu mahu melepaskan Xiao Ren?

Bodoh ke apa?

“Dulu kau buat benda yang sama dekat Anna. Kau lukakan hati dia, kau gantung dia tanpa tali. Bila dia tanya bila kau nak lamar dia, kau asyik cakap yang kau busy.”

Bila dia dah tawar hati dan terlalu kecewa dengan perangai kau, dia pilih untuk bunuh diri dan guess what, dia terlibat dalam kemalangan jalan raya.”

Jimin tersentak, tapak tangannya yang dikepal menjadi penumbuk itu menggeletar bila memori lama dibuka kembali.

“Ego, kau betul- betul ego Jimin.” ujar Jungkook.

Sejujurkan peristiwa enam tahun yang lalu membuatkan Jungkook ada menyimpan benci pada Jimin.

Namun lama-kelamaan benci itu semakin pudar seiring masa berjalan.

Tapi kini, setelah 6 tahun peristiwa itu berlaku, Jimin kembali dengan perangai lamanya.

Kali ini dengan Xiao Ren.

“Kau nak ke Ren mati disebabkan kau?” soal Jungkook.

Jimin mendiamkan diri.

Dia tak mampu untuk menjawab lagi. Hatinya kembali berdarah bila terkenangkan nasib Anna.

Tapi Ren..

Apa yang patut dia buat?

.

Sha yang taip, sha yang geram😂

By the way,
ayat 'kau gantung dia tanpa tali' itu bukan bermaksud Jimin gantung Anna😅.

Itu perumpamaan yang memberi maksud, hubungan yang tak mempunyai ikatan kukuh.

Contohnya, ikatan pertunangan atau ikatan perkahwinan.

Sekian kelas hari ini.

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] 谁 WHO | 지민 ✓Where stories live. Discover now