谁 Bab 16

1.9K 282 39
                                    

谁 | Who

AmaranthusA flower that resembles a never fading feelings

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Amaranthus
A flower that resembles a never fading feelings.


_______________

XIAO Ren cuma menundukkan wajahnya, sedikit gerun untuk menatap seraut wajah kecewa ibu dan ayahnya itu.

“Papa dah cakap, kan? Orang Korea memang tak boleh nak diharapkan. (cc)

“Dah 6 tahun papa tunggu dia datang untuk buat hubungan kamu berdua serius, sekarang apa? (cc)” kata Tuan Xiao.

Keningnya diurut perlahan. Xiao Ren cuma mendiamkan diri, tak berani untuk mengangkat wajah apatah lagi menyampuk percakapan papanya itu.

Jarinya dibelek, perasaan bersalah menyelebungi dirinya.

“Sekarang apa Ren nak buat? Mei adik kamu tu dah nak kahwin minggu depan tahu? Tak ada istilah langkah bendul dalam kamus hidup keluarga Xiao tapi kamu dah langgar semuanya! (cc)

“Kalau kamu tak berdegil dulu, sekarang mesti kamu dah bahagia dengan anak lelaki keluarga Zhen. Mana mama nak letak muka ni, Ren? (cc)” soal Mama, lengan Xiao Ren dipukulnya perlahan.

Xiao Ren tak kunjung menjawab ucapan mamanya.

“Kamu tu dah bertunang dekat 6 tahun tahu? Apa mama nak jawab kalau mereka tanya pasal kamu? Mama malu Ren, mama malu! (cc)” ucap Puan Xiao seraya meraup wajahnya mahu menangis.

Xiao Ren pula cuma menangis dalam diam.

Dia tahu dia sudah melukakan perasaan ibunya, tapi apa yang boleh dia buat untuk pulihkan semula keadaan?

Menangis air mata darah? Huh, tak ada gunanya.

Bagi keluarga Xiao, langkah bendul merupakan satu petanda yang keluarga akan mendapat malapetaka seperti si kakak tidak dapat menemui jodohnya, kahwin dalam usia tua.

Serta.. akan mempunyai kesukaran untuk mengandung. Itu kepercayaan keluarga Xiao yang dipegang mereka turun temurun.

Tapi sekarang, Xiao Ren yang melanggarnya.

“Mei tak boleh berkahwin kalau Ren tak kahwin. (cc)” kata Tuan Xiao tegas.

Dui bu chi (i'm sorry..)” balas Ren.

“Ren tak ada kawan lelaki yang boleh dijadikan pasangan hidup lagi, pa. (cc)” kata Xiao Ren.

Tuan Xiao menepuk meja tanda geram dengan jawapan anak gadisnya itu. Terhinjut bahu Ren dan Puan Xiao jadinya.

“Huh! Papa kecewa dengan kamu, Ren. Sangat- sangat kecewa! Kalau kamu balik China semata-mata nak kecewakan papa, baik tak payah balik terus! (cc)” ucap Tuan Xiao sebelum mengangkat punggung lalu melangkah keluar dari ruang rehat tersebut.

Puan Xiao masih lagi tersenguk- senguk.

“Sekarang Ren nak kami buat apa? Carikan pengantin lelaki buat kamu? Sudah terlambat Ren, majlis akan tetap berjalan walaupun Mei saja yang berkahwin. (cc)” ujar mama sebelum mengangkat punggung lalu melangkah pergi dari situ.

Xiao Ren masih lagi di posisi yang sama, dia tersenguk- senguk menangis.

Dua kali dia kecewakan kedua ibu bapanya, dua kali juga dia merasa berdosa.

Xiao Ren kau memang anak tak guna, kan?

“Xiao Ren..” panggil seseorang membuatkan Ren mendongakkan wajah. Bibirnya diketap menahan tangis.

“Nenek..” kata Ren sebelum meluru memeluk tubuh nenek Xiao yang bertongkat itu.

Segala tangisnya dicurahkan bahu wanita tua itu.

“Dahlah, jangan sedih- sedih.. kalau jodoh kamu berdua kuat dia akan datang pada kamu dengan sendirinya.” bisik Nenek Xiao sambil menepuk- nepuk bahu cucu perempuannya itu.

Shei? (Who?)” soal Ren.

Wanita tua itu cuma tersenyum kecil.

.

4 chapter lagi.
Huhu and sorry for a sudden update😅

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] 谁 WHO | 지민 ✓Where stories live. Discover now