谁 Bab 15

1.9K 306 20
                                    

谁 | Who

SedumA flower that resembles a lure for broken and wounded hearts

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedum
A flower that resembles a lure for broken and wounded hearts.

______________

SETELAH menyusun pakaian kedalam bagasi.

Xiao Ren kembali termenung, cincin pertunangannya dengan Jimin yang tergeletak diatas meja lampu itu dipandangnya sayu.

Masih layak ke dia nak pakai cincin tu sedangkan dirinya dengan Jimin sudah tidak ada apa- apa?

Ren melepaskan keluhan berat. Sekeliling biliknya yang sudah selesai dikemasnya itu dipandang kosong.

'Xiao Ren akan balik ke China dan takkan kembali lagi', itu yang dia katakan pada penyewa apartment tersebut.

Seluruh sewa dan bayaran dibuatnya walaupun belum habis bulan. Kedai bunganya dia serahkan pada Sue, kawan kepada Mei yang tinggal di Korea.

Jimin?

Jimin dia tinggalkan di sini bersama dengan hatinya luka. Dia tak berani nak bersua muka dengan Jimin lagi sejak kejadian menyakitkan malam itu berlaku.

Ren cuma takut yang dia akan menangis lagi.

Ren cuma takut yang Jimin beranggapan bahawa dia sedang meraih simpati.

Kalau masa boleh diputarkan semula, dia takkan pilih Korea sebagai tempat belajarnya dulu kerana disitu dia berjumpa dengan Jimin.

Jejaka yang kali pertama menambat hatinya dan juga jejaka yang kali pertama menghancurkan impiannya.

Xiao Ren yang dulu dan Xiao Ren yang sekarang masih sama.

Dua- dua masih berharap pada cinta yang tak pasti.

Begitu juga harapan yang cuma sekadar harapan.

Ini cerita cinta Xiao Ren. Cerita cinta yang agak menyedihkan.

Xiao Ren mengeluh perlahan. Lama dia termenung, Ren dikejutkan dengan Mei yang sedang menjenguk dari pintu bilik.

Mereka berpandangan seketika.

"Kalau dixiong masih sayang, jangan putus asa. (cc)"

Mendengarkan itu buatkan Ren ketawa kecil.

"Tak cukup ke 6 tahun akak berusaha, Mei? (cc)" soal Ren. Mei mengeluh perlahan. Tak tahu hendak membalas apa.

"Jomlah turun, teksi yang Mei pesan dah tunggu kat bawah. (cc)" ajak Mei sebelum menarik bagasinya keluar dari bilik.

Ren masih lagi kaku ditempatnya, lama dia dalam keadaan begitu akhirnya cincin yang berada diatas meja dicapainya.

Dia mahu berjumpa dengan Puan Park sebelum dia meninggalkan bumi Korea buat selamanya.

Punggung diangkat, bagasinya ditarik keluar dari bilik.

〰〰〰

"Jemputlah masuk, Ren" kata Puan Park, dari jauh lagi wanita itu menyambut Xiao Ren dengan senyuman lebar sebelum menyambut gadis itu masuk.

"Tak apalah, mama. Ren tak lama. Kejap lagi flight Ren nak berlepas. Kita bual kat luar aje ya, mama?" kata Ren.

Terus berkerut dahi Puan Park jadinya.

"Eh, Ren nak pergi mana?" soal Puan Park. Dengan polosnya tapak tangan wanita itu menarik lengan Xiao Ren agar gadis itu rapat dengannya.

Firasatnya kuat mengatakan ada perkara yang tak kena sedang berlaku.

"Ren nak balik China, ma."

"Lah kenapa? Jimin tahu?" soal Puan Park.

Ren menggeleng kecil, dia selitkan sebentuk cincin belah rotan pertunangannya dengan Jimin ditapak tangan wanita itu.

Berubah riak wajah Puan Park jadinya.

"Ren?"

"Kami dah putus, ma."

Tak semena- mena setitis air mata Puan Park mengalir turun dari pipi. Terus saja tubuh Xiao Ren ditariknya kedalam pelukan.

"Kenapa?"

"Mungkin Ren ada buat salah, mama jangan risaulah. Ren baik- baik je. Mama janganlah nangis. Tak cantik dah mama Park ni." usik Ren walaupun hakikatnya pipinya sudah ikut basah disebabkan Puan Park.

Puan Park masih lagi tersenguk- senguk.

Tak kesampaian dia mahu bermenantukan Xiao Ren. Gadis baik yang berdarah Cina itu.

.

Hohohoho

Sha penuh perasaan taip part ni, sampai nangis🙈

AHAHA CAM ODO AJE

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] 谁 WHO | 지민 ✓Where stories live. Discover now