3

229 32 4
                                    

Selesai menjemput halmeoninya balik dari berkerja , Haewon terus merebahkan badannya di atas katil empuknya. Nafas lega di hembuskan.

Insiden dia , Jackson dan Seongwoo dikejar seorang lelaki yang baru putus cinta di imbas semula. Bila difikirkan balik , rasa kelakar la pulak.

Yang paling lawak , apabila dia membaling aiskrim perisa strawberry tepat kena muka lelaki tu.

" HA ! sengih sorang - sorang , fikir boyfriend ke tu? " soal Da Reum yang meninjau dari pintu bilik.

Haewon mencebik.

" Bila masa pulak Hae nak ada boyfriend? "

" Yelah. Duk tersengih sorang-sorang dah kenapa? " soal Da Reum lagi sambil membaringkan dirinya di atas katil milik Haewon.

" oppa , nak dengar something tak? " soal Haewon terhadap Da Reum yang baring di atas katil miliknya.

Da Reum berdehem perlahan menandakan dia mahu mendengar cerita Haewon.

" tadi kan , tadi kan , tadi kan oppa HAHAGAGA "

Da Reum memandang Haewon pelik.

" sekarang ni Hae nak cerita ke nak gelak? Confuse. "

" Okay - okay macamni tadi... "

Haewon menceritakan dari A sampai Z kepada Da Reum.

" DAH KENAPA HAE PERGI BALING AISKRIM DEKAT MUKA DIA? "

" DAH HAE TENGAH GELABAH , TAKKAN NAK SMACKDOWN DIA PULAK? "

" YELAH TAPI TAK PERLULAH CAMPAK AISKRIM TU DEKAT MUKA DI- "

" -woi , kalau ye pun nak berborak. Jangan la menjerit. Ada yang aku sunat kang." Joo Hyuk meninjau dari pintu bilik Haewon.

Terganggu waktu tidurnya apabila jeritan dan gelakan dua ekor tenuk ini memasuki ruang biliknya.

" hyung kena dengar cerita Hae. Kelakar nak mampus. " kata Da Reum dan sambung gelak bersama Haewon.

Joo Hyuk masuk bilik adik perempuannya dan mendengar kisah Haewon.

Dan malam tu , suasana menjadi bising apabila 3 adik - beradik itu ketawa bagaikan syaitan merasuki diri mereka. Sekali gus membuatkan jiran-jiran di sebelah rumah mereka memaki mereka dalam diam.

-

Jungkook memasuki kawasan perkarangan rumah. Pintu masuk di buka dan di masukinya.

" Jungkook anak mama , dah lama mama tak jumpa kamu sayang. Rindunya dengan anak mama yang sorang ni. " pipi Jungkook dikucup oleh seorang wanita yang umurnya dalam lingkungan 40-an.

Jungkook tersenyum manis. Terubat sikit perasaannya yang terluka seketika.

" Jungkook pun rindu mama sangat-sangat. Mama sihat? " dia membalas pelukan ibunya.

" Sihat sayang. Kamu dah makan? Jom
makan dengan mama. " kata Puan Jeon sambil membawa anaknya yang bujang itu ke meja makan.

" Papa mana? "

" Papa ada dekat bilik dia. Tengah siapkan kerja. "

Jungkook mengangguk perlahan. Dia kemudian duduk di kerusi meja makan dan makan makanan yang di sediakan.

Rindu nak makan makanan dari air tangan ibunya.

" Uncle Que bagi tahu mama yang Kook pergi Paradise'Mall. Jumpa Jihyo ke? " soal Puan Jeon.

Jungkook mendiamkan diri.

" Kook? Kamu dengar tak apa yang mama tanya ni? "

Unlucky | 전 정국Where stories live. Discover now