" Untuk kali yang ke berapa saya nak cakap Jang Min , saya memang tak ambik dadah "
" Apa bukti tuan menyatakan yang tuan tak ambik dadah? Ujian air kencing tuan sendiri menunjukkan keputusan yang positif "
Tuan Nam Soo Hyung mengurut pelipis dahinya.
" Saya dikhianat Min-ah , saya dikhianat. Awak sendiri pun tahu yang saya memang tak akan ambik dadah "
Inspektor Jang Min mengeluh. Sedih melihat ketua terhadap pasukannya begitu.
" Saya percaya tuan takkan ambik dadah. Tapi saya tak boleh buat apa-apa , saya terpaksa ikut prosedur yang ditetapkan. Maafkan saya " ucap Inspektor Jang Min.
Nam Soo Hyung mengeluh. Inspektor Jang Min memegang bahunya.
" Walau apa pun yang terjadi , kebenaran pasti akan terbongkar walaupun akan memakan masa. Saya percaya tuan takkan ambik benda tu semua. "
" Jang Min , walauapa pun yang terjadi pada saya. Tolong jaga anak-anak saya. Saya merayu , mereka sahaja yang saya ada"
" Baik tuan "
a/n ;
aku memberanikan diri publish cerita ni , AHAHAHAH AKU TAK SANGKA
doakan aku tak unpublish cerita ni eh AHAHAHA , semoga cerita ni dapat sambutan macam cerita MMI aku tu.
maafla , hero dalam cerita ni masih jeon jungkook kesayangan awak semua. dan yeah , cerita ni mengarut sikit HAAHAH
sorry kalau bahagian ni pendek sebab ni hanya dia punya starter , bahagian yang seterusnya maybe akan panjang sikit.
jangan lupa vote dan comment , manatau aku lagi semangat and rajin nak update mmi dan unlucky ni :)
enjoy (๑・̑◡・̑๑)