Part 5

16 0 0
                                    

Wajah ceria menghiasi pasangan suami isteri itu di hari konvokesyen mereka. Hanya adik Sakinah, Muhammad yang datang menyaksikan istiadat konvokesyen mereka berdua. Tetapi Sakinah tidak berkecil hati kerana ayahnya sibuk dengan kerjanya.

"Congratulation sis. I am very proud of you," ucap Muhammad terus memeluk kakaknya.

"Terima kasih Muhammad,"

"Tahniah, Muzaffar,"

Muzaffar tersenyum menganggukan kepala. Mereka akan menghabiskan masa bersama Muhammad untuk dua hari itu, sebelum dia dan Sakinah terbang pulang ke Malaysia. Semua barang sudah dipos ke Malaysia untuk memulakan hidup baru bergeral graduan. Dia bersyukur Sakinah menerima keputusannya untuk menetap di Malaysia dengan baik. 

---

Tiba di Malaysia, bermalam semalam sahaja di Selangor sebelum Muzaffar membawa Sakinah terus ke Tapah, rumah makya. Kepulangan anak tunggal lelaki itu Hjh Maimoon, disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Hjh Maimoon memeluk dan mengucup pipi anak lelakinya itu. 

"Mak, mari Par kenalkan isteri Par. Sayang, salam mak," ujar Muzaffar.

Sakinah terus menghulurkan tangan ke depan Hjh Maimoon. Pernah berbual sekali sekala sahaja di telefon dan ini kali pertama bersua depan mata, terada gugup pula di hati. Hjh Maimoon tidak menyambut salam, tetapi terus memeluk tubuh menantunya. 

"Alhamdulillah. cantik dan ayu menantu mak," puji Hjh Maimoon. 

"Mak.. sihat?" soal Sakinah, masih pelat untuk berbahasa Melayu. 

"Bertambah sihat tengok kamu dan Par depan mata. Patutnya setahun kahwin, kena balik bertiga tahu?" balas Hjh Maimoon, tersenyum. 

"Balik bertiga?" soal Sakinah, mengerut dahi, tidak faham. 

"Mak. nanti-nantilah. Bagi stabil hidup dulu. Kerjapun belum dapat lagi," ujar Muzaffar, tidak menjawab soalan Sakinah. 

"Iyelah. kamu merancanglah hidup kamu. Asalkan mak dapat peluk cucu mak nanti," 

Muzaffar menganggukan kepala. Dia memandang Sakinah, isterinya itu masih blur mendengar ayat mak mentuanya. Belum faham sepenuhnya bahasa Melayu. Muzaffar lega. Sebab... dia masih tidak berterus terang dengan mak mengenai masalah kesihatan Sakinah.   

Mengejar Kebahagian... (rarely update)Where stories live. Discover now