Part 21

3 0 0
                                    

Selepas perjumpaan guru dan ibubapa di sekolah, Sakinah membawa Una ke kedai. Mahu mencari mencari winter jaket utuk Una dan juga dirinya. Ini kali pertama Una mempunyai winter jaket dan dia memilih warna kegemarannya, hijau kebiruan. 

"Thanks, mak," ucap Una, sebaik keluar dari kedai. 

"Your welcome, darling," 

Mereka berdua berjalan seiringan mencari restauran untuk makan. Namun, langkah Sakinah terhenti bila ternampak bekas mak mertuanya sedang berjalan dengan kakak Muzaffar, Maiselamah. Una hanya berkerut melihat Sakinah yang berhenti tiba-tiba itu. 

"Mak?" 

"Hai... Aku nak shopping kat sini, terbantut pula nampak muka perempuan tak guna ni," ujar Hjh Maimoon di depan Sakinah, terlupa agaknya dia ada larangan mendekati bekas menantunya itu. 

"Apa khabar, Puan Hjh?" soal Sakinah, lembut sahaja. 

"Khabar tak berapa nak baiklah kalau dah nampak muka kau kat sini. Kau shopping berita ni, guna duit anak akulah tu? Dasar pisau cukur," jawab Hjh Maimoon. 

"Excuse me? No, ini semua duit saya. Duit anak Hjh? Macam mana nak belanja duit anak Hjh, dia tak bayar lagi. 1 sen pun tak bayar lagi," 

"Yang ni siapa? Anak siapa kau culik ni? Dasar perempuan mandul," masih tidak puas hati lagi Hjh Maimoon mengutuk Sakinah. 

"Mak.. dahlah tu. Tak payahlah nak kutuk-kutuk lagi," tegur Maiselamah. 

"Kau diam. Dia ni memang tak habis-habis menyakitkan hati aku. Aku tak boleh lupa dia tipu aku hidup-hidup bertahun-tahun. Perempuan mandul tak tahu malu. Patut aku tak bagi Par tu kahwin dengan perempuan kapir ni,"

"Hmm.. Excuse me, makcik. Maaflah saya nak menyampuk ni. Saya tertanya-tanya jika makcik orang Islam ke bukan," soal Una, tiba-tiba. 

"Eh, kau ni! Aku dah pakai macam ni, kau tanya lagi aku Islam ke tak? Ini Hjh Maimoon," jawab Hjh Maimoon.

"Baiklah, makcik Hjh. Saya nak tanyalah. Apa hukumnya jika mencaci dan menghina orang lain? Dah pernah pergi haji kan? Apalah gunanya pergi haji, guna title Hjh. Tapi ayat yang dilontarkan oleh makcik tidak melambangkan Hjh tu? Malunya. Lagi satu, makcik Hjh asyik mengutuk mak angkat saya ni, mandul-mandul. Takukah makcik, mak saya ini juga satu ciptaan Allah S.W.T. Mak cik Hjh mencari mak saya adalah seperti makcik Hjh mencari ciptaan Allah," lantang Una bersuara. Menyampah dan benci dengan perangai manusia didepannya itu. 

Tidak menunggu apa yang Hjh Maimoon mahu membalasnya, Una terus menarik tangan Sakinah untuk meninggalkan Hjh Maimoon dan anakya itu. Hatinya panas mendengar wanita tua itu mengutuk insan yang berhati baik seperti Sakinah itu. 

"Terima kasih Una,"

"Kenapa diam je? Patut mak sekeh je orang tua tu. Mulut puaka," 

"Tak baik buat orang tua macam tu, Una. Dia pernah jadi my mother in law. Pernah menyayangi, mak. And I call her mak, before," 

Una mendiamkan diri. Dia hanya mengosok perlahan lengan mak angkatnya itu. Kenapalah baik sangat hati Sakinah, membiarkan Hjh Maimoon mengutuknya sebegitu. 

Mengejar Kebahagian... (rarely update)Where stories live. Discover now