Part 28

2 0 0
                                    

Beberapa bulan kemudian... 

Una dan Adra menyertai program menjalani latihan industri di Korea. Hampir semua pelajar di hantar ke Daegu. Hanya Una dan Adra sahaja di Seoul. Jadi, mereka berdua akan tinggal di rumah Sakinah untuk 6 bulan, tempoh latihan industri di situ. 

Sakinah membeli tiket penerbangan ke Jeju untuk Una, memenuhi janjinya. Adra yang mulanya mahu ikut, terpaksa tinggal kerana ada tugasan dari supervisornya yang perlu disiapkan hujung minggu itu. Jadinya, hanya Sakinah dan Una, berdua ke Jeju. 

Terbayangkan keindahan Pulau Jeju, Sakinah terus teringat keluarga Mun, kecomelan Junho dan Hyeri. Mungkin sudah lain rupanya sedikit sebab orang budak-budak kecil ni, membesar dengan cepat. Namun, senyumannya hilang bila teringat bapak kepada si kembar itu. Hilang mood seketika.

"Mak, agak-agak kat Jeju nanti kan. Dapat jumpa tak kembar yang mak jumpa hari tu?" soal Una, tiba-tiba. 

"Entah, tak tahu," jawab Sakinah. 

"Bapak diorang hensem. Mak diorang dah tak ada kan? Boleh Una mengorat bapak diorang kan?" soal Una, tersengih nakal. 

"Jangan nak mengarut,"

"Kenapa? Kenapa Una tak boleh mengorat bapak diorang?" soal Una, berkali-kali. 

"Mak tak naklah. Mak tak nak bapak diorang," jawab Sakinah. 

Una tersengih lebar. Ah ha! Mak angkatnya itu terlepas cakap. Pasti sebenarnya, Sakinah ada menyimpan sedikit perasan kepada bapak si kembar itu. 

" Eh eh? Apa mak cakap ni? Una cakap Una yang nak mengorat bapak diorang untuk Una sendiri. Bukan untuk mak. Kenapa mak perasan ni? Aaaaa... Confirm! Mesti mak yang suka bapak diorang ni," ujar Una, ketawa kecil. 

Una terkekeh perlahan. Sakinag berkerut cuba memikirkan semula apa yang dia kata tadi. Una masih ketawa sambil berjalan ke dapur. Sakinah masih termenung memikirkan hal tadi. 

"Kenapa kau ni, Una?" soal Adra, hairan. 

"Aku rasa, tak lama lagi. Bukan masa terdekatlah tapi. Aku akan dapat bapak baru. Korea mari," jawab Una, tersenyum lebar. 

"Mak Kinah ada boyfriend orang Korea ke?" 

"I hope so. Kita doakan yang terbaik untuk mak," jawab Una. 

Mengejar Kebahagian... (rarely update)Where stories live. Discover now