Part 29

2 0 0
                                    

Pada hari yang dirancang, Sakinah dan Una tiba di Pulau Jeju. Angin sepoi-sepoi bahasa menepuk tampar wajah mereka berdua. Nasib baik sudah bersiap dengan jaket masing-masing. Tak adalah kesejukan nanti. 

"Jom?" 

"Mak, kita duduk hotel mana?" soal Una, cuba melihat peta Jeju.

"Guest house. 

"Aaaaa.."

"Don't worry. Mak dah kenal owner guest house ni. She provide a Muslim friendly guest house," ujar Sakinah. 

"No, Una tak risau langsung pun. Just wondering if we can see the twins," jawab Una, sambil keningnya terangkat-angkat. 

"Una, stop it,"

"Ala, mak ni. Una bergurau jelah. Lagipun, mak pernah jumpa family tu, sekali je kan? Kenapa mak macam terlalu beremosi bila Una cakap tentang dia? Sesuatu berlaku antara mak dan dia?" 

"Tak ada. Tak ada apa-apa berlaku," 

"Okay, Una percaya," balas Una terus berjalan ke luar bangunan airport sambil menarik beg bagasinya. 

Sakinah menggunakan perkhidmatan teksi sahaja menuju ke Guest house yang disewa olehnya. Tidak terasa nak memandu sendiri di situ. Mereka berdua disambut dengan baik pemilik Guest house itu, Han Hyoosun. 

"Selamat datang ke Pulau Jeju," ucap wanita tua itu ramah. 

"Terima kasih. Kenalkan, ini anak saya, Husna, tapi panggil Una," balas Sakinah. 

"Wah! Sudah besar anaknya?" soal Hyoosun, terkejut. Masakan wanita yang baru 30an itu sudah mempunyai anak sebesar Una. 

"Anak angkat sahaja," sampuk Una, melihat riak wajah Hyoosun itu. 

"Wah, si anak pun boleh berbahasa Korea?"

"Sikit je, halmeoni. Terlalu sikit," jawab Una, penuh drama. 

Hyoosun hanya ketawa kecil. Dia segera membawa dua beranak itu masuk ke dalam Guest house itu, menunjukkan di mana bilik, bilik air, dapur untuk kegunaan mereka berdua. 

Selepas meletakkan semua beg di dalam bilik, mereka berdua mengambil masa untuk berborak dengan Hyoosun. Sakinah bertemu kali pertama dengan Hyoosun sewaktu dia ke Jeju buat kali pertama. Ketika itu, dia menginap di hotel berhampiran. Bertemu Hyoosun secara kebetulan sahaja ketika dia berjalan-jalan hirup angin segar.

"Kamu berdua lebih kelihatan macam adik-beradik berbanding mak dan anak," ujar Hyoosun. 

"Hahahha. Kan? Ramai je cakap macam tu," balas Una. 

"Melihat kamu berdua, saya jadi rindu pada mendiang anak saya. Kebetulan petang nanti, cucu-cucu saya akan sampai. Dari Busan," 

"Cucu-cucu?" 

"Iye. Anak saya meninggal dunia sehari selepas melahirkan anak kembar. Kembar lelaki-perempuan. Nasib menantu saya rajin bawa cucu-cucu saya ke sini," balas Hyoosun. 

Jantung Sakinah berdegup kencang ketika itu. Tiada yang lain dia fikirkan, dia dapat rasakan, keluarga Mun yang Hyoosun katakan. Una tidak perasan perubahan wajah Sakinah. Dia gigih berborak dengan Hyoosun itu. Kerana Hyoosun mengingatkan dia pada Umi.

"Una, nak cari seafood tak nanti?" soal Sakinah. 

"Nak! Nak abalone," jawab Una, teruja.

Sakinah dan Una meminta izin untuk keluar berjalan dahulu. Mereka akan ke Yongduam Dragon Rock. Kadang-kadang mereka boleh bertemu dengan diver lady. Dan kadang-kadang mereka juga dapat membeli makan laut yang segar seperti abalone. 

"Kalau dapat abalone. Nak masak macam mana?" soal Una. 

"Nanti boleh tanya ahjumma resepi abalone," 


Mengejar Kebahagian... (rarely update)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang