Part 25

2 0 0
                                    

Pihak polis meminta Sakinah untuk menunggu sehingga suami kepada wanita hamil itu tiba di hospital. Jadi, dia hanya menunggu sahaja. Dia juga dapat tahu, nama wanita itu tadi, Han Hyemi. 

"Sorry. Saya Mun Junghyuk. Isteri saya Han Hyemi. Saya dapat tahu, dia dikejarkan ke sini, bersalin?"

Sakinah menoleh mendengar nama Han Hyemi. Kelihatan seorang lelaki yang tingginya dalam lingkungan 180cm mungkin lebih, berbadan agak-agak sedap mata memandang sedang berdiri di kaunter. Begitu runsing dan gelisah lelaki itu. 

"Cik, saya dah boleh balik kan? Suami wanita tadi sudah sampai?" soal Sakinah. 

"Ye, puan. Terima kasih atas bantuan dan kerjasama," 

Sakinah hanya menganggukan kepala dan turun ke bawah bangunan hospital itu. Dia ternampak sebuah kedai yang menjual barangan bayi. Dia terus masuk dan memberi sedikit hadiah untuk bayi dan juga untuk ibu baru lepas bersalin. Kemudian, dia naik semula ke atas. 

"Excuse me. Boleh tolong berikan hadiah ini untuk Puan Han Hyemi?"

"Aaaa. Baiknya puan. Baiklah, saya akan tolong sampaikan,"

Sakinah kembali ke rumahnya. Tiba-tiba rasa menyesal tidak menuggu pula. Dia nak juga tahu, wanita itu lahirkan anak jantina apa. Terasa juga nak bau bayi baru lahir. Tak apalah. Ada rezeki, berjumpa lagi nanti. 

Malam itu, dia melihat emelnya yang dipenuhi dengan kiriman gambar-gambar yang dikirim oleh umi dan juga Una. Umi memberikan gambar anak-anak di rumah mereka yang berbaju baru, menikmati ketupat dan rendang. Terselit juga gambar mereka rewang menyediakan juadah berhari raya. Una juga mengirimkan gambar dia beraya dengan keluarga Adra. 

Dear my beloved mak.. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin mak.. Jangan nangis-nangis kat tempat orang tu. Buruk betul rupanya orang tua menangis.. I'm doing fine.. Ad's family treat me very well.. 

semalam una ikut keluarga ad gotong royong siapkan juadah hari raya. mereka masih lagi menganyam ketupat bersama... rasanya, Una yang siapkan 80% ketupat semalam. ad mmg sampai sudah tak ada satupun ketupat dia buat.. 

nanti, kami nak ke kampung Auntie Ida.. mesti banyak makanan jawa.. una akan send lagi gambar makanan jawa yang sedap-sedap. heheheh... i miss you.. i love you... take care mak.. 

Sakinah hanya tertawa kecil membaca emel dari Una. Tidak rasanya bila Una akan terbang ke sini nanti. 

Mengejar Kebahagian... (rarely update)Where stories live. Discover now