Part 27

2 0 0
                                    

Lama jugalah Sakinah duduk di tepi pantai bersama lelaki asing itu dan anak-anaknya. Dia agak budak dua orang itu, kembar lelaki-perempuan. Umur sama sahaja. 

"Macam dah lewat sangat. Saya nak balik ke hotel dulu," 

"By the way, kau ni orang mana? Asal mana? Your Korean sound funny,"

"Memanglah funny. Saya bukan orang sini pun. Saya Briton-Malaysian. Bekerja di Seoul," jawab Sakinah, tersengih. 

"Saya Mun Junghyuk," 

"Oh, saya Sakinah. Sekejap, Mun Junghyuk?"

"Iye. Kenapa?" soal Junghyuk. 

"Macam pernah dengar nama tu dulu. Tapi, tak ingatlah. And si comel dua orang ni?" 

"Mun Junho dan Mun Hyeri," 

"Comel. Boleh saya ambil gambar dengan mereka?"

"Hah? I guess you can,"

Sakinah tersenyum. Dia terus mengeluarkan gambar bersama si kenit Junho dan Hyeri. Mereka berduapun suka bila mengetahui gambar mereka mahu diambil. 

"Okay. Bye," ucap Sakinah. 

"Bye. Junho, Hyeri, bye-bye," 

"Bye bye ahjumma,"

Junho dan Hyeri melambai-lambai ke arah Sakinah yang sudah mula melangkah berjalan meninggalkan kawasan itu. Sempat juga Sakinah memuatnaik gambar itu di laman social Twitternya. Suka sangat sebab kedua-dua Junho dan Hyeri sangat comel. 

una - mak.. pergi jeju, jumpa keluarga baru ke? i saw your tweet.. hehehe

mak.kinah - eh.. tak adalah. comelkan kembar tu? 

una - pak dia hensem.. 

mak.kinah - ada ke gambar pak dia dalam tu? 

una - hai..gambar dia.. tanya kita pula.. hahahah

mak.kinah - dush3.. 

una - hahah! mak.. jgn lupa check emel..jemputan kawen adra.. 

Hah????!!!!!! Adra, kawan Una nak kahwin da? Wow!! 

Sakinah segera memeriksa kantung emelnya. 1 emel diterima dari Una. E-card jemputan ke mmajlis perkahwinan Adra Arissa dan YM Tengku Zarith. 

Wow.. Muda setahun dari Una, dah nak kahwin dah.. lebih kurang usianya sewaktu berkahwin dengan Muzaffar dulu... Hmmm.. apa khabar mamat seorang itu. 

Esoknya, Sakinah sudah mula mengemas pakaiannya. Dia sudah mahu checkout dan pulang semula ke Seoul. Memori di Jeju, akan dikenang lama. 

Mengejar Kebahagian... (rarely update)Where stories live. Discover now