Part 1

26 1 0
                                    

Pursuit of Happiness...

Andai aku diberikan kuasa untuk kembali pada masa lalu, akan ku tolak setolaknya kuasa itu. Kerana aku bersyukur dengan kehidupanku ini, walaupun penuh onak ranjau dan duri, dengan percaya dengan janji-Nya. Aku akan terus melangkah kehidupan ini dengan tabah...

---

Tidaklah jauh dari keluarganya, gadis itu memilih Cambridge untuk menimba ilmu. Hanya 2 jam perjalanan train. Cahaya Sakinah Hasting, nama yang diberikan pada gadis itu. Nama yang disebut-sebut oleh arwah ibunya untuknya. Dan dituruti sahaja oleh ayahnya, Abdullah@Christian Hasting. Walaupun beragama Islam, mengikut arwah ibu, Sakinah menjalani kehidupan yang bebas. Mungkin tiada siapa yang mahu mengajarnya.

Untuk hari itu, gadis itu lebih selesa untuk mengenakan skirt paras lutut bersama-sama jaket jeans yang dibelinya minggu lepas. Rambutnya yang panjang perang kemerahan itu dibiarkan lepas tidak diikat. Bibirnya dicalitkan dengan lipstick yang mempunyai warna yang sama dengan rambutnya. Dan dia lebih selesa dengan sneakers berbanding high heels.

"Sakinah,"

"Yes?"

"Tak sejuk ke?" soal lelaki yang memanggilnya tadi.

"Why?" soal Sakinah, hairan.

"Short skirt?"

"It not even winter. Of course I don't feel cold, Muzaffar," jawab Sakinah, sedikit jengkel.

Lelaki hanya tersenyum melihat gadis itu buat muka padanya. Cahaya Sakinah Hasting, unik namanya anak mat salleh itu. Mungkin ibunya yang memaksa ayahnya memberikan nama itu pada gadis yang bukannya dari kampung Malaysia itu.

"You're gonna just stand there? Not going to your class?" soal Sakinah.

Muzaffar hanya tersenyum sebelum menganggukan kepala. Dia segera berjalan mendekati Sakinah dan terus masuk ke dalam bangunan fakulti mereka.

Mengejar Kebahagian... (rarely update)Where stories live. Discover now